DATO’ Mohd Amar Abdullah, kalau kita dengar video pendek ucapannya sekerat-sekerat, memang berasa tak sedap dengar. Kenalah dengan ‘agenda’ orang yang potong video itu.
Tapi bila dengar ceramah atau ulasan isu dari beliau secara penuh, habis slot itu berasa puas hati sebab ulasan beliau dengan analogi yang sangat jelas. Jijok molek.
Kadangkala konteks ucapan itu khas pada pihak tertentu, tapi bila dipotong video dilihat macam tuju pada rakyat umum.
Contoh wartawan tanya, “Apa respon YB berkenaan sekumpulan pihak PH dan Umno demo di Tesco berkenaan isu air?”.
Contoh dijawab, “Bagitahu mereka kalau nak air sangat gi terjun dalam sungai tepi Tesco tuh…”
Kalau kita dengar soalan asal, kita boleh faham ini jawapan politik kepada aksi politik dari dua parti politik. Tak pelik jawapan sebegini.
Tapi dia jadi pelik bila dikerat video jawapan sahaja tanpa soalan dan disunting pula dengan, “tengok nie Mohd Amar kata gapo ke rakyat Kelate”.
“Bagitahu mereka (rakyat Kelate) kalau nak air sangat gi terjun dalam sungai tepi Tesco tuh…” kita yang tak tahu cerita dengar benda ini pun rasa berdesing.
Orang PAS yang baru dengar pun turut terasa, walhal sudah jelas soalan asal yang ditanya dan dijawab untuk dituju pada musuh politik.
Ini soal permainan media. Begitu juga jawapan Menteri KASA pasal air Kelantan. Husam ambil sudut serang kelemahan tadbir urus AKSB.
Sedang keseluruhan daripada jawapan Menteri KASA itu kita boleh keluarkan bahan dan penulisan menunjukkan usaha Menteri PAS dan Kerajaan Kelantan untuk selesaikan masalah air Kelantan.
Pelbagai inisiatif bernilai ratusan juta dibentangkan oleh Menteri. Tapi kita terpengaruh dengan 1 peratus jawapan Menteri yang diolah oleh Husam.
Sebanyak 99 peratus kita tak ambil peluang untuk up dan sebar kepada awam berkenaan usaha Menteri PAS dalam Kerajaan PN buat untuk Kelantan.
Begitulah kita, agak lemah, selalu diporak perandakan oleh game plan media musuh. Hingga kita pun turut terperangkap menyerang pimpinan sendiri.
Ya, tak nafi ada kelemahan dan kekurangan pimpinan kita, mereka perlu ubah. Namun, apa pula yang kita tonjolkan.
Jika musuh kita ambil 1 minit daripada 60 minit ceramah atau olahan pimpinan kita. Kenapa kita tak pilih mana-mana 59 minit ucapan pimpinan yang memberikan kredit pada jemaah kita?
Tak logiklah 59 minit yang bermanfaat dikalahkan oleh 1 minit yang dimainkan musuh. Kecuali kita tak manfaat dan mainkan 59 minit itu. Jom kita cuba ejah deh.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 4/8/2022
2. ‘Idealis Anak Muda’ gerakan sekularisme baharu di Kelantan?
Bagi mereka yang mahu berfikir, buka sahaja kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan Sekular ini diertikan sebagai duniawi. Atau kalian lihat juga Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 886. Satu lagi kamus Oxford yang mengertikan Sekular sebagai keduniaan dan kebendaan tanpa keagamaan dan kerohanian. Boleh rujuk Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English, halaman 771.
Apa pun yang kamus itu dan ini maksudkan, paling mudah untuk kita fahami, Sekularisme adalah fahaman yang mengasingkan hal keduniaan seperti urus tadbir negara, ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur dengan urusan keagamaan atau ketuhanan. Atau ringkas lagi, fahaman yang ingin membebaskan individu atau diri sendiri daripada cengkaman serta peraturan agama dalam kehidupan.
Di banyak negara umat Islam, ajaran ini dibawa masuk oleh para penjajah ke dalam masyarakat ketika penaklukannya dengan pelaksanaan strategi membuang kuasa agama dalam urusan dunia, khususnya dalam pentadbiran negara. Bahkan dahulu mereka akan sanggup memberi kemerdekaan kepada mana mana tanah jajahan sekiranya rakyat setempat sudah menerima dan mampu meneruskan dasar dasar Sekular itu.
Ramai rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya, terkejut dengan perbincangan dalam ‘group whatsapp’ gerakan ‘Idealis Anak Muda Kelantan’ yang dikatakan diketuai oleh beberapa individu yang kononnya mahu mengajak rakyat Kelantan ‘berubah’. Kenapa ia mengejutkan? Sudah pasti kerana masih ada golongan muda yang menjadi ahli gerakan ini yang mengekalkan fahaman Sekular.
Kita tertanya-tanya, adakah ini ciri-ciri pemuda yang ingin membawa perubahan kepada Negeri Kelantan? Kita tahu bahawa sekian lama majoriti rakyat Kelantan telah menolak politik Sekular. Politik yang meletakkan agama suku, politik suku, telah lama kita ‘flush’ ke tangki najis. Sepatutnya anak muda Muslim menjadikan Islam sebagai fundamental utama dalam pemilihan parti politik, dan bukannya menghidupkan kembali pemikiran sesat penjajah.
Kita harus sematkan dalam kefahaman anak Muda bahawa Islam adalah agama yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk siasah pentadbiran. Nabi Muhammad S.A.W bukan sekadar seorang Rasul yang membawa syariat agama Islam, malah Baginda merupakan seorang negarawan yang terunggul.
Di saat kutipan filem Mat Kilau mungkin telah mencecah nilai RM100 juta, dan telah mampu menjentik minda dan mengasah jiwa jutaan anak Melayu supaya kembali berpadu atas nama Islam, kini tiba tiba muncul gerakan baharu untuk fahaman sekular yang diperkenalkan penjajah?
Mat Kilau menentang penjajah disebabkan kezaliman mereka serta fahaman Sekular ini lah dahulu. Ia jelas bertentangan dengan Islam. Dan kebangkitan umat Melayu Islam terjadi pada saat itu dek kerana fahaman sesat ini yang dilihat mampu menjahanamkan akidah Islam dan adat Melayu.
Kita sarankan gerakan ‘Idealis Anak Muda’ ini supaya dipandu dengan benar agar misi dan visi mereka jelas mahu ke mana dan apa tujuan gerakan ini ditubuhkan. Kita tidak mahu gerakan ini diwujudkan hanya untuk menyebarkan fahaman sesat dan boleh merosakkan identiti serta akidah anak muda Muslim, khasnya di Kelantan.
Jika gerakan ini bermotifkan politik, maka suburkan semangat politik dalam kerangka menepati tuntutan agama Islam dan budaya Kelantan. Gerakan ini seharusnya tidak menjadi agen kepada budaya politik Sekular, fitnah dan kebencian.
Ingat, jangan bawa ajaran sesat kembali ke negeri Kelantan yang kita kasihi ini. Kami beri amaran!
MUHAMAD FARHAN SAMSUDDIN
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 9/8/2022
Dikir Marilah Undi Bule
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
2 comments:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=5985772481451189&set=a.589297691098722
Sekularisme merupakan ajaran sesat yang telah lama wujud dalam tamadun Dunia. Sekularisme ialah fahaman yang memisahkan agama dengan pemerintahan.
Ajaran ini dibawa masuk oleh para penjajah ke dalam masyarakat Islam ketika penaklukannya dengan perlaksanaan strategi membuang kuasa agama dalam urusan dunia, khususnya dalam pentadbiran negara.
Saya secara pribadi sedikit terkejut dengan perbincangan group whatsapp gerakan Idealis Anak Muda Kelantan ini yang diketuai oleh Wan Mahussin Wan zain dan Azhar Kamaruzaman, kerana masih ada golongan muda yang mengekalkan fahaman sekular ini.
Saya tertanya-tanya adakah ini ciri-ciri pemuda yang ingin membawa perubahan kepada Negeri Kelantan? Kita tahu bahawa sekian lama majoriti rakyat Kelantan menolak politik sekular. Sepatutnya anak muda muslim menjadikan Islam sebagai fundamental utama dalam pemilihan parti politik.
Kita harus sematkan dalam kefahaman anak Muda bahawa Islam adalah agama yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk siasah pentadbiran. Nabi Muhammad SAW bukan sekadar seorang Rasul yang membawa syariat agama Islam, malah baginda merupakan seorang negarawan yang terunggul.
Saya sarankan gerakan Idealis Anak Muda ini perlu dipandu dengan benar supaya misi dan visi mereka jelas kemana tujuan gerakan ini ditubuhkan. Kita tidak mahu gerakan ini ditubuhkan untuk menyebarkan fahaman sesat dan boleh merosakkan identiti anak muda muslim.
Jika gerakan ini bermotifkan politik maka suburkan semangat politik dalam kerangka menepati tuntutan agama Islam dan budaya Kelantan. Gerakan ini seharusnya tidak menjadi agen kepada budaya politik sekular, fitnah dan kebencian.
Post a Comment