Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membuat lawatan mengejut di MARA Digital Mall sebelum menghadiri Majlis Minum Petang bersama Pengamal Media Wanita di Primiera Hotel. - Foto NSTP/Fathil Asri
1. Teruskan projek MARA Digital - Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah diarah meneruskan projek MARA Digital bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini dan masa depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beberapa MARA Digital telah diwujudkan iaitu di Shah Alam, Selangor; Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak selain beberapa lagi lokasi yang dikenal pasti termasuk Larkin, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah.
Bagaimanapun, beliau berkata setelah Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, MARA Digital telah ditutup dan projek baharu tidak diteruskan.
"MARA Digital sangat dekat di hati saya. Saya yang wujudkan bagi membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang IT dan gajet sama ada menjual produk, membaiki (peralatan rosak) dan lain-lain," katanya dalam catatan di laman Facebook malam tadi.
Terdahulu, Perdana Menteri melakukan tinjauan mengejut di MARA Digital Kuala Lumpur yang turut disertai Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"Alhamdulillah dalam tinjauan, peniaga memaklumkan masih mampu meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat, cuma (mereka) memerlukan sokongan daripada MARA seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain," katanya.
Pembukaan MARA Digital sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada 2015 dicetuskan oleh Ismail Sabri yang pada ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. – BERNAMA
2. Bajet 2023 terus beri penekanan kebajikan Keluarga Malaysia
KUALA LUMPUR: Bajet 2023 yang akan dibentang pada Oktober ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ia juga akan mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah, selepas hampir setahun menerajui pentadbiran negara, saya gembira melihat prestasi ekonomi negara kini berada di landasan kukuh untuk kembali pulih dan berdaya tahan.
“Jumaat lepas, Bank Negara mengumumkan prestasi suku kedua ekonomi negara pada tahun ini yang berkembang sebanyak 8.9 peratus dengan disokong kegiatan ekonomi yang kembali normal,” katanya berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, serta Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi, dan Presiden PERTAMA Sariha Mohd Ali.
Sementara itu ketika mengulas prestasi ekonomi negara, Ismail Sabri berkata meskipun negara berdepan dengan kenaikan inflasi dunia, perbelanjaan isi rumah dan perniagaan telah meningkat dan menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan rekod baharu pada bulan Mei 2022 dengan merekodkan RM129.8 bilion, sekali gus menjadi jualan tertinggi sejak tahun 2013,” katanya.
Perdana Menteri berkata jumlah dagangan Malaysia juga melepasi paras RM2 trilion buat pertama kalinya pada tahun 2021, iaitu peningkatan 24.9 peratus berbanding tahun sebelumnya hasil prestasi memberangsangkan bagi eksport domestik dan eksport semula.
Selain itu beliau berkata jumlah aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) bersih bagi tahun 2021 ialah sebanyak RM48.1 bilion, mengatasi tahun-tahun sebelum wabak Covid-19.
Ismail Sabri berkata sejak negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik, kadar pengangguran negara juga telah kembali menurun ke paras seperti sebelum pandemik Covid-19 iaitu 3.8 peratus.
Beliau berkata di sebalik angka-angka positif yang dikongsi, masih terdapat kumpulan yang tetap memburukkan kerajaan dan mengelirukan orang ramai serta ingin menganjurkan ‘flashmob’ dengan dakwaan bahawa ekonomi negara tetap merudum.
“Kita dengar di luar sana pelbagai kekeliruan ditimbulkan pihak-pihak tertentu. Bahawa ekonomi semakin merudum dan sebagainya jadi saya harap melalui media berita yang sebenar dapat disebarkan,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teruskan projek MARA Digital -Ismail Sabri. Dan bajet 2023 terus beri penekanan kebajikan Keluarga Malaysia.
Al-hamdulillah, dapat PM yang prihatin rakyat.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
Bila hakim cuba menipu dan perdaya mahkamah yang dia sendiri jadi hakim.
ReplyDeleteTuan Hakim di belakang Hakim itu sebenarnya hanya membaca skrip dari tuan nya. Hatta, kes menjadi longlai dan penuh keraguan kerana terdapat bukti Hakim telah memperdayakan mahkamah yang dia sendiri menjadi hakim.
Keterangan baharu” yang menunjukkan penglibatan Hakim Nazlan Ghazali dalam penubuhan SRC International dan pemberian kemudahan pinjaman RM4.17 bilion kepada 1MDB untuk memperoleh Tanjong Energy.
Sebelum ini pihak pembela telah pun ‘submit’ bukti kukuh “solid and hard evidence’ berkenaan pembabitan Nazlan pada penubuhan SRC Ketika bertugas di Maybank.
Nazlan juga sudah di ‘checkmate’ oleh pihak pembela dengan terdapat nya pengakuan Nazlan kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Perbicaraan semakin menarik apabila orang yang kena tuduh dapat membuktikan orang dan pihak yang menuduh yang penuh penipuan dan tipu muslihat.
Kes juga dilihat bukan untuk mencari kebenaran tertapi diolah oleh kartel mafia untuk menjatuhkan hukuman kepada DSNR.
KHALAS
PAS secara terbuka dilihat mulakan langkah untuk menawan Pahang selepas berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu melalui pilihan raya umum (PRU) lalu, selain Kedah selepas Langkah Sheraton.
ReplyDelete'Gerakan' tersebut dizahirkan melalui Pemuda PAS yang melihat potensi untuk parti itu menguasai negeri di Pantai Timur.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, berkata partinya itu berpotensi menawan negeri Darul Makmur jika kena pada kaedah dan pendekatannya.
Malah dalam usaha menawan Pahang itu, dia menyeru supaya penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya berfikir sejenak untuk melihat betapa pentingnya mengubah kepimpinan negeri terbabit.
"Hari ini PAS menang lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) daripada 42 kerusi Pahang dalam PRU ke-14. BN (menang) 25 kerusi manakala PH sembilan kerusi.
"Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, insya-Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang ‘syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang," katanya.
Untuk menegaskan hujahnya Ahmad Fadhli memberikan contoh DUN Pulau Tawar yang menyaksikan calon PAS kalah kepada Umno-BN dengan hanya perbezaan 587 undi pada 2018.
Untuk untuk calon PH pula, katanya, memperoleh 1,973 undi.
Dalam keadaan begitu, kata ahli parlimen Pasir Mas berkenaan, sangat rugi undi PH "dibazirkan" untuk memenangkan BN.
"Jika beramai-ramai pengundi mereka (PH) memberikan undi kepada PAS, PAS boleh memenangi DUN Pulau Tawar," katanya.
Keadaan sebegitu, tambah Ahmad Fadhli, turut berlaku di beberapa kerusi DUN lain termasuk Tioman.
Dalam PRU ke-14 PAS memenangi lapan kerusi DUN iaitu Tahan, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Panching, Luit, Chenor dan Jengka.
Kenyataan ketua Pemuda Perikatan Nasional itu dijangka akan mendapat reaksi balas daripada Umno-BN di sebalik hubungan baik yang pernah terjalin di antara kedua-dua parti sebelum ini.
Untuk rekod dalam keadaan hubungan PAS-Umno yang kian menegang, ada pihak tertentu di dalam - dan luar - parti itu sedang cuba memulihkan kerjasama yang dijalin melalui Muafakat Nasional.
Namun dipercayai kumpulan yang cenderung mahu berbaik-baik semula dengan Umno adalah lebih kecil berbanding mengambil sikap sebaliknya.
Kata Ahmad Fadhli sangat baik jika pengundi PH dalam PRU lalu dapat membuat pertimbangan semula dan mengambil pendirian memberi sokongan kepada PAS demi melihat Pahang berubah.
Katanya kekuatan PAS juga kian bertambah selepas parti itu mengadakan himpunan pada Julai lalu.
"Jom, bantu Pahang. Jadikan negeri keempat selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah," ujarnya.
Sementara itu mengulas ajakan Pemuda PAS tersebut, Anggota Parlimen Kangar Amin Ahmad menggunakan logik yang sama untuk bertanya soalan kepada Ahmad Fadhli.
Kata ahli parlimen PKR itu, dengan alasan yang dikemukakan Pemuda PAS, adakah mereka akan sanggup juga memberikan bantuan kepada PH untuk kerusi lain.
"Memakai logik yang sama, PAS (pula) perlu menyokong PH di kerusi yang PH dapat lebih banyak undi berbanding PAS.
"Sanggupkah PAS?" soalnya ringkas hari ini.
Tiada apa yg boleh dibanggakan dengan parti liberal. Hanya pandai cairkan air liur untuk memerangkap pengundi. Semuanya hanya kerana sebiji kerusi yg diidamkan. Realitinya tiada. Fitnah dan mahkamah.
ReplyDeleteApa yg ada pada presiden parti liberal. Bukan pengatur strategi. Harapkan mat jambu sebagai perancang. Langkah kajang, langkah port dikson, langkah yg dirangka oleh mat jambu. Sedangkan presiden parti liberal tidak merancang apa apa.
Nak jaga ekonomi, presiden hanya berkelulusan kesusasteraan melayu. Nak jaga agama, presiden menganut liberal. Nak jaga melayu, presiden ikut kata eng guan. Nak cetuskan semangat mat kilau, presiden cenderung lgbt. Nak jaga amanah, presiden pernah ke penjara kerana salah guna kuasa.
Jadi sudut mana presiden parti liberal layak jadi pm. Jati diri tiada. Perintis fenomena lompat parti. Lgbt makin terserlah zaman 22 bulan. Ada anak buah yg buat hubungan terlarang. Reformasi yg merugikan orang melayu. Liberal yg merosakkan syariat. Kesesatan bila beri kuliah hadis sedangkan tauliahnya tiada. Itu belum dapat kerusi pm. Kalau dapat kerusi pm, makin parah orang melayu.