DARI kiri; Fahmi Fadzil; Teo Nie Ching dan Khalid Samad.
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini menyatakan kekesalan dengan sikap kepimpinan UMNO yang mentadbir kerajaan kerana dikatakan melayan tentera secara 'take it or leave it' dengan membuat pesanan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan anggotanya.
PH dalam kenyataan hari ini mendakwa apa yang dipentingkan pimpinan kerajaan diterajui UMNO adalah mendapat projek untuk kroni mereka dan bukannya memenuhi keperluan tentera.
Menurut PH, pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarah reka bentuk kapal tempur pesisir (LCS) ditukar daripada Sigma yang diperlukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Gowind yang dicadang pembekal Perancis adalah contoh jelas tragedi 'take it or leave it' yang berlaku.
"Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya iaitu warga TLDM sendiri di samping rakyat negara ini.
"Kami kesal sikap kepimpinan UMNO sebelum ini yang melayan tentera secara 'take it or leave it' apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan penggunanya iaitu anggota tentera kita," kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil; Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad.
Tambah kenyataan itu jika rakyat memberikan mandat semula kepada PH dalam pilihan raya umum akan datang, gabungan itu berjanji akan menyambung kembali siasatan yang dihentikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selepas PH dijatuhkan.
"Kita juga akan melaksanakan segala strategi yang dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang telah dibentangkan sebelum ini.
"Kami akan memastikan tentera kita mendapat layanan terbaik dan warganya dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan terbaik bagi menjalankan tugas mereka untuk negara," katanya.
Kenyataan itu berkata, dalam KPP yang dibentang oleh Menteri Pertahanan ketika PH mentadbir kerajaan, TLDM mengharapkan mereka mempunyai LCS dilengkapi helikopter yang memiliki keupayaan peperangan anti-udara, anti-permukaan dan anti-kapal selam.
"LCS juga diharapkan dapat menggantikan kapal frigat dan korvet yang telah berusia," kata kenyataan itu.
TLDM juga perlu dalam keadaan siap-siaga sepanjang masa untuk mendepani ancaman maritim termasuk daripada sudut kelengkapan dan keupayaan aset-asetnya.
"Malaysia adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi lautan dan sentiasa terdedah kepada ancaman rompakan di laut, pelanunan, penculikan untuk tebusan, penyeludupan barang terlarang, pencerobohan migran dan kecurian hasil laut oleh nelayan asing.
"Dianggarkan kerajaan rugi hampir RM6 bilion setahun akibat kegiatan perikanan haram dan jenayah lain di domain maritim kita.
"TLDM berperanan penting menjaga keselamatan di kawasan lautan yang kaya dengan sumber semulajadi dan hidrokarbon yang juga penyumbang utama kepada pendapatan negara," katanya.
Semalam Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mendapati, tadbir urus Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam menguruskan kontrak pembekalan LCS adalah lemah dengan sebahagian klausa kontrak tidak mengambil kira kepentingan kerajaan.
JKSTUPKK menerusi laporan siasatan yang dinyahklasifikasikan, mendedahkan tadbir urus itu juga tidak mengambil kira peraturan dan prosedur yang sedang berkuat kuasa.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH kesal layanan UMNO terhadap tentera. Lucu dengar.. Seolah-olah 'Periuk kata, hai belanga pungkok lu hitam..' Rupanya dia tak sedaq pungkok dia pun hitam juga'.
Marilah, kedua-duanya termasuk kita semua, kembalilah kepada perpaduan menurut cara Islam yang pasti membawa keadilan kepada rakyaat negara ini. Insya Allah, Al-hamdulillah!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
2 comments:
Masa pee hancing jadi kerajaan, pembunuh adib dibebaskan oleh tommy tommy. Boleh dibuat main soal nyawa.
Abam bisu jer. Sebab tommy tommy orang kuat dapig. Nyawa orang melayu begitu murah pada timbangan abam. Rasuah lebih utama.
Itu belang abam. Kalau bersuara bererti kerusi pm milik orang lain. Tidaklah hebat abam. Patriotik jauh sekali. Abam gagal kontrol serakah dapig.
Liberal sangat mesra dengan komunis anutan dapig. Musuh utama dua fahaman ini ialah Islam. Hanya Islam menekankan patriotik mempertahankan tanah air. Air liur abam sekadar menambah dosa kepada Islam dan bumiputera.
Tu baru 22 bulan. Belum pun dua tahun. Dah macam2 masalah. Mengapa masa tommy tommy bebaskan sipembunuh, abam dan sekutu membisu. Tu yg dikelaskan sebagai setan bisu. Tinggalkan masalah untuk orang lain selesaikan.
Post a Comment