‘Merungkai Perlembagaan’: PAN bentengi DAP?
PRESIDEN PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang pada Sabtu, 30 Julai 2022 lalu menyebut:
“Pakatan Harapan (PH) menunjukkan dasar tikus membaiki labu. Tak boleh selesaikan masalah, cuba nak rungkai Perlembagaan (Persekutuan Malaysia) cabar Islam, cabar hak istimewa orang Melayu. Buat macam-macam nak rungkai. Ini asas yang penting dalam Perlembagaan, nak dirungkainya. Berani cabar, hina Islam dan macam-macam.”
Ucapan panjang beliau itu ternyata mendapat perhatian banyak pihak di mana berbangkit isu melibatkan penyataan “PH merungkai Perlembagaan Persekutuan”. Lalu, PAN pada hari ini mengerahkan ahli-ahlinya di seluruh negara supaya mengadakan laporan polis ke atas ucapan itu.
Walhal dalam ucapan tersebut, Tuan Guru tidak menyebutkan secara terperinci pihak yang berkenaan. PAN mungkin bertindak balas atas semangat koalisi yang turut dianggotai PKR dan DAP. Tetapi dua parti ini tiada sebarang reaksi, bermakna secara munasabah, PAN paling terkesan dengan penyataan Presiden PAS.
Namun, sekiranya dilihat kepada dasar, perjuangan dan pendekatan setiap parti tersebut, maka akan menemui ketidakselarian dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah pada DAP.
Perlembagaan DAP yang kali terakhir dikemaskini pada 22 Oktober 2019 jelas enggan menerima Perlembagaan Persekutuan Malaysia apabila masih memakai terma ‘Perlembagaan Merdeka’ yang turut dinyatakan sebagai ‘satu dokumen sekular’.
Sedangkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengandungi 183 Perkara, merupakan satu dokumen undang-undang bertulis dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Dengan menggunakan terma ‘Perlembagaan Merdeka’ itu sudah membawa maksud bahawa DAP masih mempunyai hasrat membuka semula perbahasan atau merungkai mengenai perkara-perkara dasar yang asas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Malah hal tersebut diperkuatkan lagi dengan penyataan di Fasal 2(2) Perlembagaan DAP iaitu matlamat “Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.
Manakala Fasal 2(4) pula tercatat, “Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan Akta-Akta yang berunsur diskriminasi.”
Bahkan, sayap anak muda DAP iaitu Pemuda Sosialis DAP atau DAPSY turut mencatatkan Deklarasi antaranya untuk “Mengembalikan Perlembagaan Merdeka 1957” dan “Mencapai sebuah negara Malaysian Malaysia yang mengamalkan demokrasi sosial”.
Sedangkan jelas Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 3, menyatakan bahawa “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Sementara Perkara 11 pula menyentuh mengenai Kebebasan Agama menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”.
Jelas Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah meletakkan ketinggian agama Islam dan agama lain dihormati untuk diamalkan.
Tetapi Perlembagaan DAP bukan sahaja mahu memisahkan Islam dari negara (sekular), malah meletakkan kebebasan beragama sebagai satu kesamarataan (pluralisme), selain gambaran seolah-olah agama lain ditindas atau didiskriminasi dalam negara ini.
Oleh itu, Perlembagaan DAP itu sendiri bersifat propaganda dan hasutan di sebalik matlamat-matlamatnya merungkai Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hal ini bukan suatu rahsia di mana ia cukup masyhur dengan tindakan-tindakan DAP di sepanjang sejarah kewujudannya.
Apa dirungkai DAP?
‘Merungkai Perlembagaan’ itu sepertimana juga diketahui umum menjadi sasaran DAP adalah terhadap empat tonggak penting berada dalam perundangan tertinggi negara tersebut iaitu Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera; kedudukan Bahasa Melayu; dan kekuasaan Raja-raja Melayu.
Malah, keempat-empat tonggak asas dalam Perlembagaan Persekutuan ini juga langsung tidak mempunyai sebutan atau tercatat dalam Perlembagaan DAP. Sekali gus menunjukkan ia sejak awal penubuhan telah tidak selari Perlembagaan Persekutuan, malah menyembunyikan agenda perjuangan untuk menentang perkara termaktub itu.
Terlalu banyak untuk menyenaraikan tindakan DAP, mahupun mendalangi atau menjadi pembela kepada perbuatan memperlekeh, merendah-rendahkan, memperolok hinggalah menghina agama Islam yang sering berbaur kebencian.
Begitu juga hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera yang sering ditiupkan DAP untuk berbaur ketidakadilan, perkauman dan penindasan kepada kaum lain. Lalu mereka menuntut kesamarataan antaranya dalam pendidikan di sekolah dan pengajian tinggi awam, serta perkhidmatan awam dan ekonomi.
DAP juga enggan menerima kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, sebaliknya menggunakan terma Bahasa Malaysia, selain menuntut kesamarataan terhadap bahasa-bahasa ibunda lainnya.
Manakala terhadap kuasa Raja-raja Melayu, mereka menunjukkan sikap bukan sahaja tidak setia, tetapi juga tidak hormat dari beberapa kes yang pernah berlaku selama ini.
Deklarasi sebagai alat politik
DAP dalam persidangan atau majlis-majlis pentingnya turut pernah menghasilkan banyak deklarasi. Deklarasi-deklarasi dicapai sering mengukuhkan lagi pandangan, perancangan dan pergerakan politik semasanya.
Namun, perkembangan geopolitik dunia termasuk dalam negara telah membawa perubahan kepada pendekatan politik DAP. Antaranya kebangkitan di Timur Tengah atau ‘Arab Spring’, juga seiring penerimaan kepada PAS atau gerakan Islam serta paradigma Islamisme.
Maka, Deklarasi Shah Alam 2012 terhasil di Selangor tanggal 8 Januari 2012. DAP yang mengakui kecenderungan massa ketika itu segera mengubah wajah Cauvinis serta ekstrem perkauman dan agamanya kepada pendekatan lebih lunak.
Menerusi deklarasi tersebut yang kemudian diulang-ulang dalam setiap persidangan atau konvensyen dan majlis-majlis parti itu, mereka sedaya upaya menonjolkan julangan memartabatkan empat tonggak penting termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan itu.
Hakikatnya ia satu langkah politik penyamaran (camouflage), wayang lakonan dan tipu helah untuk memperalat dan memperdaya semata-mata. Kerana ia satu usaha untuk menarik sokongan kaum Melayu-Islam menjelang PRU2013 terutamanya setelah mereka berjaya menarik sokongan undi bukan-Melayu pada PRU2008.
Tikus membaiki labu
DAP menunjukkan taring atau membuka topeng dipakai mereka apabila memenangi PRU14 bersama PKR, PAN dan BERSATU. DAP-lah ‘Abang Besar’ yang bertindak mencengkam pakatan itu di mana begitu banyak unsur merungkai tonggak-tonggak tadi berlaku di era 22 bulan pemerintahan PH.
Persendaan dan penghinaan terhadap agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT menjadi-jadi secara meluas dan melampau dalam banyak perkara dan bentuk. Termasuk ke atas institusi dan tokoh-tokoh Islam.
Manakala sebaran bebas doktrin agama lain, termasuk juga ajaran-ajaran atau amalan songsang bukan sahaja dibiarkan, bahkan dilihat seperti diberi keizinan atas nama hak asasi kononnya, tetapi juga dilindungi dan dibantu, serta ‘dirahmati’.
Menerusi Belanjawan 2019 di bawah pemerintahan PH juga, Kementerian Kewangan yang diketuai DAP telah mengurangkan dan menghapuskan dengan banyaknya peruntukan ke atas rakyat. Antaranya:
• Subsidi baja padi dipotong separuh dari RM465 juta
• Insentif Pengeluaran Padi dipotong separuh dari RM563 juta
• Elaun Sara Hidup Nelayan dipotong tinggal RM98.5 juta dari RM262 juta
• Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100 peratus dari RM70 juta
• Program Foid and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan terus dari RM3 juta
• Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dipotong dari RM12.5 juta kepada RM3.5 juta
• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari RM5.1 bilion dipotong tinggal RM4.4 bilion
• Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada RM8.5 bilion kepada RM8.4 bilion.
Kerana inilah sektor di mana duduknya ramai orang Melayu-Islam dan Bumiputera, tidak termasuk cadangan mahu mengecilkan sektor Perkhidmatan Awam yang juga dijawat besarnya oleh orang Melayu-Islam dan Bumiputera. Bahkan, sektor Perkhidmatan Awam ini juga ‘disakiti’ dengan pelbagai konfrontasi.
Itu belum disenaraikan peruntukan, keputusan dan tindakan di Kementerian Pertahanan di mana menyebabkan kebimbangan terhadap tahap siap siaga dan ancaman ke atas kedaulatan negara ketika itu atas banyaknya keupayaan yang dikurang atau dicatu. Sedihnya, angkatan keselamatan kita turut diperlekehkan.
Ketika sama, unsur radikalisme dikompromikan sepertimana keterlibatan pemimpin DAP dengan kumpulan pengganas seperti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), juga mengangkat kembali perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) selain membawa pulang abu mayat Chin Peng.
Paling nyata apabila Kerajaan PH yang dicengkam DAP itu hampir sahaja meratifikasi dan menandatangani ICERD dan Statut Rom serta beberapa lainnya berkaitan hak asasi. Di mana di sebalik itu tersembunyi ‘roh perjuangan’ DAP untuk menghapuskan empat tonggak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerana itulah pemerintahan PH selama 22 bulan bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, bahkan pula menyebabkan gugatan terhadap kepentingan negara, tetapi juga jauh lebih teruk dari 60 tahun pentadbiran BN yang dijatuhkan mereka.
PAN benteng DAP
PAN yang diketahui umum dibentuk hasil tajaan DAP setelah gagal mengambil alih teraju kepimpinan PAS, kemudian dijadikan wadah atau proksi parti itu untuk menarik sokongan Melayu-Islam kepada PH pada PRU.
Terkini dengan kenyataan disebut oleh Presiden PAS dan penerangan serta pembuktian melibatkan DAP ini, mengesahkan bahawa PAN adalah khadam DAP. Mereka menyalak demi melindungi kepentingan tuannya yang merasa terancam dengan sebutan ‘merungkai Perlembagaan’ itu.
Selain PAN perlu tampil menggerakkan laporan polis itu sebagai satu motivasi politik, agar dilihat oleh DAP bahawa belaannya masih setia mempertahankan parti itu menjelang PRU15 yang semakin hampir.
IZWAN ABDUL HALIM – HARAKAHDAILY 3/8/2022
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
2 comments:
Presiden parti liberal memang hebat bila berpidato.
Tapi content nya kosong.
Lebih kepada content duniawi.
Tanpa ada roh Islamiah.
Berkahnya sifar kerana tuduk kepada tuntutan dapig.
Ya Allah kau hancurkan parti yang berpeluk cium dgn perahsuah
Post a Comment