Fahmi (kiri) bidas Najib (kanan) kerana salahkah PH sebagai punca masalah dalam projek LCS.
1. 'Kapal mungkin dah siap kalau kamu dengar teguran Panglima Tentera Laut'
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak, yang menuduh Pakatan Harapan (PH) sebagai punca timbulnya masalah dalam skandal membabitkan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, turut mempersoalkan kenyataan Najib yang seolah-olah tidak menyedari kesilapan sendiri, sedangkan Ahli Parlimen Pekan itu adalah Perdana Menteri ketika segala persiapan kontrak perolehan LCS berlangsung.
"Yang salah, yang buat silap semua orang lain. Dia sendiri tak pernah silap walaupun dialah PM (Perdana Menteri) waktu segala persiapan kontrak perolehan LCS berjalan," katanya melalui Facebook.
Terdahulu, Najib menerusi catatan di Facebook berkata projek pembinaan enam LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih dimajukan sewaktu BN, namun diperlambatkan kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 dan dibekukan sepenuhnya pada tahun 2019, di mana kapal pertama dijadualkan untuk diserah.
Beliau berkata, pandemik yang menimpa pada 2020 dan 2021, turut menyumbang kepada masalah untuk menyiapkan LCS terbabit.
Mengulas catatan Najib itu, Fahmi mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil peduli surat teguran Panglima Tentera Laut berhubung masalah perolehan LCS itu.
"Yang kamu tak dengar teguran dalam dua surat Panglima Tentera Laut tentang masalah perolehan LCS tu, itu pun salah Pakatan (PH) ke?
"Dia (Najib) tak pernah terfikir ke, kesemua 10 surat Panglima Tentera Laut itu, kalau diterima dan diambil tindakan awal, mungkin tak sampai hangus RM6 bilion macam sekarang?
"Mungkin dah sampai kapal-kapal LCS yang diperlukan TLDM? Duit hangus, kapal tak sampai," katanya.
Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan bahawa Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) tidak menghiraukan pandangan TLDM selaku pengguna akhir dalam projek LCS.
Ia susulan perubahan dilakukan daripada kapal model Sigma kepada model Gowind selepas dicadangkan oleh BNS kepada menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, turut memetik kenyataan Panglima Tentera Laut ketika itu, Abdul Aziz Jaafar, bahawa ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan keputusan itu.
Beliau turut mengesahkan tiada satu pun daripada LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar kepada BNS, yang memperoleh projek itu secara rundingan terus.
Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan enam unit LCS sejak 2013 hingga bulan ini kepada kerajaan.
Susulan laporan PAC itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan pihaknya akan mematuhi semua saranan bagi projek terbabit. (BH)
2. Kebakaran kelab malam di Chonburi, korban terkini 15 orang
Kebakaran kelab malam Mountain B di wilayah Chonburi, tenggara ibu kota Bangkok menyebabkan 15 maut dan ramai lagi tercedera. - AP.
BANGKOK: Angka kematian akibat kebakaran kelab malam di Thailand meningkat kepada 15 orang, selepas seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia di Hospital Rayong, di sini.
Kematian terbaru itu disahkan oleh Sattahip Rescue.
Dalam kejadian 1 pagi semalam, seramai 13 pengunjung membabitkan sembilan lelaki dan empat wanita maut, manakala 35 yang lain cedera dalam kebakaran di kelab malam Mountain B yang sesak di wilayah Chonburi, tenggara ibu kota Bangkok.
Timbalan Pengarah Hospital Tentera Laut Queen Sirikit, Dr Nongluck Singhakowin, berkata 16 daripadanya cedera parah, kebanyakannya mengalami luka terbakar tahap tiga di lebih 60 peratus badan mereka dan masih menggunakan ventilator di unit rawatan rapi.
Menurut saksi, kebakaran bermula semasa persembahan muzik secara langsung, dengan penonton yang panik cuba melarikan diri melalui pintu depan apabila api merebak dengan pantas.
Video di media sosial menunjukkan asap hitam tebal berkepul-kepul muncul dari pintu ketika beberapa pengunjung dilihat berlari keluar dengan pakaian mereka terbakar.
Sementara itu, Komander Polis Daerah Chonburi, Pol Mej Jen Atthasit Kitchahan mengarahkan pemindahan segera lima pegawai kanan polis termasuk ketua di balai polis Phlu Ta Luang berikutan kebakaran itu.
Pemindahan itu didakwa berkaitan dengan kegagalan mereka bertindak ke atas kelab malam yang telah beroperasi secara haram.
Berikutan kebakaran itu juga, Ketua Pegawai Daerah Sattahip, Chatchai Sripoon, dipindahkan ke Institut Pembangunan Pentadbiran di bawah Jabatan Pentadbiran Wilayah. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
(i) 'Kapal mungkin dah siap kalau kamu dengar teguran Panglima Tentera Laut'. Ertinya salah guna berpolitik, hak kerajaan dan rakyat jadi mangsa. Perlu diselidiki dan di hukum siapa yang bertanggungg jawab.
(ii) 'Kebakaran kelab malam di Chonburi, korban terkini 15 orang'. Konsep pemikiran 'kelab malam sebagai pusat hiburan' perlu dibuang. Kerana ternyata sekarang kelab malam adalah pusat maksiat dan kerosaakan. Pemerintah perlu menangni dengan wajar, demi keselamatan rakyat bersama, kerana semua agama menolak maksiat dan kerosakan kepada penganutnya.
Sekian.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
No 3 tu duit torwong dah jumpa ke blom..!?
ReplyDeletelaki nurul dah masuk islam ke...
ReplyDeletekah kah kah