Tuesday, August 02, 2022

Rafizi lwn Najib, curah air tempayan & gembira T'ganu..

 

Rafizi Ramli (kiri) dan Datuk Seri Najib Razak.

1. Saya pun tidak berminat dengan Najib - Rafizi

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, menegaskan beliau 'tidak meminati' Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya hanya mahu memastikan bekas Perdana Menteri itu menanggung kesalahan yang didakwa dan meringkuk dalam penjara dengan disabitkan oleh mahkamah.

Beliau menempelak sindiran Najib yang memaklumkan dirinya tidak berminat pada bekas Ahli Parlimen Pandan itu, susulan Rafizi dilihat menjadikan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkenaan sebagai sasaran serangan selepas kembali aktif berpolitik.

Rafizi berkata, beliau juga tidak berminat pada Najib, namun terpaksa menggalas tanggungjawab untuk terus mendedahkan dakwaan kesalahan dan taktik Ahli Parlimen Pekan itu, kepada rakyat.

"Saya tidak berminat dengan Najib. Sebagai pimpinan utama parti pro-rakyat di negara ini, memang menjadi tanggungjawab saya untuk terus mendedahkan kesalahan Najib.

"Fokus kepada kesalahan Najib yang membebankan rakyat ini, telah menjatuhkan Najib pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

"Minat sebenar saya ialah memastikan Najib menanggung kesalahan-kesalahannya kepada rakyat dan berakhir dengan menjalani hukuman penjara," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Konvensyen BN Selangor semalam, Najib menyifatkan Rafizi berlagak seperti pejuang rakyat selepas lebih tiga tahun menghilangkan diri daripada arena politik.

Sebelum ini, Rafizi secara terbuka memaklumkan enggan lagi aktif berpolitik, kira-kira setahun selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14, dan ketika gabungan itu mula dihimpit pergolakan dalaman susulan isu jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun pada 15 Mac lalu, Rafizi mengumumkan hasrat untuk kembali aktif dalam arena politik selepas PH dan PKR tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengulas lanjut, Rafizi turut menggesa semua pimpinan pembangkang untuk terus membalas tindakan dikatakan propaganda Najib, khususnya dalam media sosial, yang didakwa bertujuan untuk menggambarkan dirinya tidak bersalah.

Pada masa sama, beliau berkata, pembangkang perlu membentangkan idea untuk memperbaiki kebajikan dan menyelesaikan masalah rakyat, sekali gus menunjukkan bahawa sebahagian besar masalah terbabit didakwa berpunca daripada salah tadbir Najib ketika menjadi Perdana Menteri.

"Keupayaan pimpinan PKR dan PH mengutarakan kedua-dua perkara ini secara serentak adalah kunci kemenangan PKR/PH pada PRU akan datang," katanya. (BH)


2. Air tempayan yang dicurahkan 

ADA satu cerita berkenaan seorang pengusaha restoran, Mamat. Dia membuka kedai makannya itu di suatu tempat yang kebetulannya, tiada pengusaha lain yang menjadi pesaingnya. Keuntungannya agak baik kerana itu. Pekerjanya sangat bagus kerana mendengar kata dan proaktif bagi kemajuan perniagaannya. Masing-masing saling menjaga sesama mereka.

Suatu hari, Mamat mendengar cerita yang satu tunjuk perasaan secara aman akan berlaku berhampiran dengan restorannya. Si pencerita itu bercerita dengan bersungguh-sungguh dengan berbagai andaian yang dimasukkan dalam cerita.

Dianggarkan seramai 1,000 orang peserta akan hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. Katanya, mereka tidak menguar-uarkan kepada orang lain kerana takut disekat. Mamat yang mendengar berita itu, tanpa berlengah, segera mengatur strateginya. Mamat mempercayai cerita itu sepenuhnya tanpa berbincang dengan orang lain, kerana kelabu mata dengan keuntungan.

Dia mengarahkan pekerjanya untuk menambah jumlah hidangan pada hari itu. Dia mengeluarkan belanja berkali ganda untuk mendapatkan keuntungan lebih. Pekerjanya bekerja sehari lebih awal sebagai persediaan hari tersebut dengan dibayar elaun lebih masa. Dia sudah mengira keuntungan yang bakal diperolehinya setelah ditolak semua kos.

Tiba hari yang dinantikan, memang benar terjadi rancangan tunjuk perasan itu. Rupanya lebih 1,000 orang didapati hadir, menyebabkan dia yakin keuntungannya akan menjadi lebih besar. Memikirkan masih sempat, dia segera mengarahkan chef restorannya untuk menambah lagi hidangan kerana kehadiran sudah melebihi 1,000 orang. Chef dengan segera menyempurnakan arahan itu.

Hanya sahaja, Mamat tidak mengetahui bahawa tunjuk perasaan itu sebenarnya ialah mogok lapar. Jadi, tiada seorangpun peserta yang singgah ke kedainya untuk melepaskan dahaga atau mengisi tembolok kerana mematuhi arahan mogok lapar itu. Sementara itu, chef yang tidak mengetahui keadaan sebenar, masih berperang di dapur bersama kumpulannya. Apabila siap, chef bertanyakan Mamat yang sedang kemerahan mukanya, ada apa-apa lagi yang mahu ditambah? Mamat rupanya telah mencurahkan air di tempayan hanya kerana mendengar guruh.

Begitulah diibaratkan cerita ini dengan tawaran mahu UBAH Kerajaan Terengganu oleh satu pihak yang sedang galak berkempen. Pastinya akan menyesal sesiapa yang mempercayai cerita mereka yang konon mahu UBAH pentadbiran Kerajaan Terengganu sekarang, sedangkan sewaktu mereka memerintah dahulu, habis berterabur dikerjakannya. Kitapun tahu ceriteranya.

Jika didengar cerita separuh masak oleh kumpulan UBAH ini, boleh membuatkan kita hilang kewarasan pertimbangan. Mereka mencipta cerita dengan berbagai hiasan menarik untuk rakyat percaya kononnya penyelewengan, rasuah, pecah amanah, balak, bahagi tanah dalam Kerajaan Terengganu. Hal yang sebenar, mereka tidak pula sebut seperti pengurangan hutang, manifesto yang diselesaikan, pujian demi pujian daripada badan luar yang mengadili pentadbiran Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh PAS.

Namun, rakyat Terengganu pandai membezakan dua hal ini, ‘memerintah’ dengan ‘meratah’. PAS pandai ‘memerintah’ Terengganu sekarang ini, sedang dalam paksi kejayaan yang betul, jauh berbeza dengan keadaan satu pihak lain dahulu yang pandai ‘meratah’ sumber Terengganu. Bukti-bukti pembaziran telah banyak kali diulang dan disebut, serta ditunjukkan. Bas rosak, bangunan terbiar, hutang dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sudah masuk ke mahkamah.

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti Mamat? Kononnya mahu mengejar untung berlipat kali ganda, tetapi akhirnya dek kerana terpedaya dengan cerita orang dan tidak mengetahui hal sebenar, Mamat kerugian berganda-ganda. Tak cerdikkan? Jangan hilangkan kepintaran kita dengan mempercayai umpan kumpulan UBAH yang akan menghancurkan Negeri Terengganu yang kita sayangi ini.

Oleh itu, jika datang kepada kamu, makhluk-makhluk yang mengaku konon rakyat perlu mengubah Kerajaan Terengganu sekarang ini, maka kita yang berakal waras ini, jawablah dengan lidah yang fasih dan lancar dengan bertanya kembali kepada mereka…

Doh nok uboh, nok wi ke saper… beri ke mu smula ke? Haaa gitewww…

MOHD NASIR ABDULLAH
31 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 31/7/2022


3. Berita gembira dari Terengganu


Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Rafizi lawan Najib,  dengar guruh di langit curah air tempayan, dan khabar gembira dari Terengganu..  

Semuanya, al-hamdulillah!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails