Wednesday, August 24, 2022

Seks sesama lelaki. DAP nak, PRU 15 tolak DAP. & Indo..

 

Lelaki mengibarkan bendera pelangi selepas Lee Hsien Loong selepas mengumumkan cadangan pemansuhan undang-undang melarang hubungan sejenis sesama lelaki. - Foto REUTERS

1. Singapura benarkan seks sesama lelaki

SINGAPURA: Negara kota singa akan membenarkan hubungan seks sesama lelaki dan meminda undang-undang berkaitan liwat.

Seksyen 377A dari Kanun Jenayah yang mengatakan semburit atau hubungan jenis sesama lelaki sebagai jenayah akan dimansuhkan.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, berkata demikian dalam ucapannya pada Hari Kebangsaan, kelmarin.

Pada masa sama, beliau berkata, Perlembagaan Singapura juga akan dipinda untuk melindungi takrif perkahwinan, iaitu penyatuan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, daripada dipertikai di mahkamah.  

Seksyen 377A tidak membabitkan hubungan seks sesama wanita.

Berita Harian Singapura melaporkan, kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) menyuarakan rasa lega kerana undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah akan dimansuhkan.

Sementara itu, Pejabat Mufti Singapura mengeluarkan nasihat bagi masyarakat Islam selepas pengumuman undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki akan dimansuhkan.

Pejabat Mufti berkata, Islam menekankan pembentukan keluarga menerusi perkahwinan di antara lelaki dengan perempuan dan itu asas masyarakat.

"Islam melarang sebarang jenis hubungan atau ikatan seksual yang lain," katanya.

Nasihat yang diberikan oleh Pejabat Mufti itu juga berkata, sebarang perubahan undang-undang tidak bermakna cara masyarakat Melayu dan Islam menjalani hidup akan berubah dan masyarakat itu harus menjalani hidup dengan yakin, berpandukan pendirian dan nilai yang berterusan.

Katanya, cara terbaik memelihara amalan agama dan cara hidup kita adalah dengan mendidik secara aktif dan memupuk nilai-nilai dan pendirian yang diingini dalam masyarakat Islam.

Menurut kenyataan itu, masyarakat Islam berhak memelihara nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan yang dimilikinya, terutama jika kedua-dua nilai itu dicabar atau dipertikai secara langsung.

Pejabat Mufti berkata, sebarang usaha advokasi bagi kumpulan LGBTQ harus menghormati nilai yang dianggap amat berharga oleh masyarakat Islam, dalam mengamalkan agama.

"Jika nilai keagamaan dan kepercayaan kita dicabar secara terbuka dan dengan cara yang agresif, ini akan mengubah ruang awam menjadi bersifat pecah-belah dan berkonfrontasi.

"Kita harus berusaha mencegah sebarang perbezaan dari segi orientasi dan pandangan dunia daripada berubah menjadi perbalahan dan konflik yang melemahkan masyarakat," katanya. - AGENSI


2. Indonesia panggil duta Britain isu kibar bendera LGBTQ Mei 23, 2022 @ 9:01pm  

Indonesia memanggil duta Britain hari ini berhubung bendera LGBTQ yang dipamerkan di kedutaan UK. - Foto REUTERS

JAKARTA: Indonesia hari ini memanggil duta Britain ke negara itu berhubung tindakan mengibar bendera lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di kedutaan United Kingdom (UK), dengan Jakarta meminta utusan asing menghormati sensitiviti tempatan di negara itu, di mana hubungan sejenis adalah dilarang.

Seks gay adalah sah di negara dengan majoriti umat Islam terbesar di dunia itu, kecuali di sebuah wilayah, namun wujud diskriminasi meluas terhadap komuniti LGBTQ dan beberapa individu gay di Indonesia pernah ditahan di bawah undang-undang antipornografi.

Kedutaan itu minggu lalu menyiarkan gambar bendera pelangi yang dikibarkan di premis kedutaan melalui Instagram bagi menandakan Hari Antarabangsa Menentang Homophobia, Biphobia dan Transphobia.

Ia disertai dengan mesej sokongan untuk hak LGBTQ.

Bantahan disuarakan dalam kalangan warga Indonesia konservatif secara dalam talian sebagai maklum balas terhadap siaran media sosial itu dan hari ini, kementerian luar di Jakarta memanggil duta Britain, Owen Jenkins untuk memberi penjelasan.

"Tindakan itu, bersama-sama dengan penerbitan (gambar) melalui akaun media sosial rasmi kedutaan Britain adalah sangat tidak sensitif.

"Kementerian ingin mengingatkan utusan asing supaya menghormati sensitiviti nilai budaya dan agama," kata jurucakap kementerian, Teuku Faizasyah kepada AFP, hari ini.

Kedutaan berkenaan bagaimanapun tidak segera memberi maklum balas kepada permintaan AFP untuk mendapatkan komen mengenai isu itu.

Golongan konservatif yang berpengaruh mengkritik kedutaan berkenaan kerana mengibarkan bendera pelangi bersama Bendera Kesatuan UK.

Pengerusi Majlis Ulama Indonesia, Cholil Nafis, berkata misi diplomatik bertindak tidak hormat kerana menyokong hak LGBTQ secara terbuka.

"Kita mesti menegur mereka bahawa sebagai tetamu, seseorang itu mesti tahu tempat mereka dan memahami norma di negara tempat mereka berada," kata beliau kepada 68,000 pengikut Twitternya, Sabtu lalu.

Hubungan sejenis adalah haram di wilayah konservatif Indonesia, Aceh, yang mana mereka yang terbabit boleh dikenakan sebatan awam di bawah undang-undang Islam tempatan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Ini yang DAP/PAP mahu? 

(ii) Bertentangan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.. 

(iii) Maka tolaklah DAP dalam PRU 15 akan datang..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails