Sunday, August 21, 2022

Semalam Blackpink menggegar. Bawa masuk budaya kuning

 

Blackpink mempromosikan single baharu berjudul Pink Venom melalui Instagram (IG). Foto IG Blackpink Official

HALAMAN HIBURAN

1. Blackpink menggegar dengan Pink Venom

KUALA LUMPUR: Blackpink terus mencipta fenomena apabila single terbaharu, Pink Venom yang dilancarkan semalam, mendapat sambutan luar biasa peminat.

Beberapa jam selepas ditayangkan di Youtube rasmi kumpulan itu, single berkenaan mencecah lebih 50 juta tontonan dengan lebih sejuta komen dilayangkan peminat.

Sehingga tengah malam tadi, video muzik Pink Venom sudah mencatat lebih 61 juta tontonan.

Pink Venom yang dilancarkan dengan kerjasama Youtube menerusi YouTube Shorts dimuatkan dalam album studio baharu kumpulan itu, Born Pink, yang bakal menemui peminat, bulan depan.

Pada 29 Julai lalu, Blackpink muncul dengan lagu Ready For Love yang dilancarkan ketika mengadakan konsert permainan video PUBG mobile, The Virtual.

Sempena pelancaran single Pink Venom, kumpulan dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa itu mengajak peminat setia, iaitu Blink untuk menyertai pertandingan menghasilkan video pendek menari diiringi lagu berkenaan.

Peminat juga perlu memuat naik video pendek berkenaan di Youtube Shorts diiringi kata pagar #PinkVenomChallenge.

Peraduan ini berlangsung sehingga 15 September depan, iaitu sehari sebelum album Born Pink dipasarkan.

Peminat dijangka menyaksikan Blackpink menyanyikan lagu Pink Venom secara 'live' buat kali pertama pada MTV Video Music Awards (VMAS) 2022 yang bakal berlangsung dari Prudential Center, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada 28 Ogos ini. (BH)


2. Konsert artis antarabangsa bawa masuk budaya kuning 


SAYA merujuk kepada penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin. Media massa memaklumkan bahawa konsert itu menyaksikan sambutan hangat orang ramai yang membanjiri perkarangan stadium sejak pagi, walaupun konsert hanya akan berlangsung di sebelah malam.

Selain itu, kita dikejutkan bahawa terdapat sembilan kali penganjuran konsert yang melibatkan penyanyi antarabangsa akan diadakan selepas ini. Situasi ini sangat mengecewakan berikutan umum mengetahui penganjuran konsert berskala besar seperti ini lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Kita perlu melahirkan kebimbangan terhadap kesan penganjuran konsert ini berikutan golongan belia adalah kumpulan yang paling ramai menghadiri konsert ini. Selain dari konsert ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, ia juga akan menyuburkan perasaan kecintaan terhadap budaya Hedonism atau pandangan yang cenderung kepada keseronokan semata-mata. 

Di kala negara kita baru memasuki fasa endemik dan menyaksikan negara kita diuji dengan musibah kesihatan dan ekonomi, seharusnya negara kita yang majoritinya penganut beragama Islam banyak memuhasabahkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah Taala agar kehidupan kita dipenuhi dengan keberkatan dalam menuju ke dunia akhirat nanti.

Saya ingin mencadangkan pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) memperketatkan syarat kelulusan penganjuran konsert agar budaya kuning yang dibawa masuk dari negara Barat dapat dikekang. Saya berharap ketegasan dari pihak kerajaan dapat mengurangkan kesan gejala sosial yang semakin membarah pada waktu ini.Kita memahami fitrah manusia yang memerlukan hiburan, namun seharusnya hiburan itu dilaksanakan mengikut lunas syariat yang telah diletakkan oleh Allah Taala dan Nabi Muhamad S.A.W.

“Islam Menyatukan Ummah”

YB DATO’ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat – HARAKAHDAILY 20/8/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimSemalam Blackpink menggegar dengan Pink Venom. Bawa masuk budaya kuning ke negara ini, bererti membawa malapetaka. 

Bagaimana menghindarnya? Semuanya ada ditangan anda, dengan menyokong dan memberi undi kepada PAS & rakan kumpulannya dalam PRU 15 akan datang ini..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails