Sunday, August 14, 2022

Seorang Cina penyebar budaya lucah di M'sia..

 


Kecam perlanggaran norma budaya kuning

KEPALA BATAS: Sikap mempertahankan keharmonian negara wujud dalam diri setiap masyarakat berbilang kaum di Malaysia bergantung kepada tindakan masing-masing.

Malah, kebiasaannya masyarakat Melayu paling lantang melontarkan kritikan untuk hal membabitkan perlanggaran moral, kebudayaan dan sandaran agama.

Bagi hal sedemikian, masyarakat Tiong Hua antara mendahului menyuarakan kritikan dan bantahan terhadap perbuatan perlanggaran norma masyarakat Malaysia oleh Wang Lei, artis veteran dipercayai daripada Singapura.

Aktivis masyarakat, Phan Sow Sun berkata, dia mewakili masyarakat Tiong Hua menafikan Wang Lei adalah orang Cina daripada Malaysia.

Penafiannya sebagai mengelak salah faham berbilang kaum di negara ini terhadap masyarakat Tiong Hua Malaysia supaya keharmonian negara kekal terpelihara.

Ujarnya, dia bersetuju jika Wang Lei dikenakan tindakan undang-undang seperti wanita Melayu yang dituduh mempersenda agama Islam dalam persembahannya di kelab komedi selepas tular videonya hingga mencetuskan ketidakharmonian umat Islam pada awal Julai lepas.

“Betulkah perbuatan Wang Lei itu tidak salah? Kalau ia tidak ada masalah, kenapa wanita Melayu yang tanggalkan tudungnya di hadapan khalayak sebagai konten komedinya dikenakan tindakan.

Phan Sow Sun

“Polis ambil laporan orang awam terhadap wanita itu dan mereka jalankan siasatan sehingga wanita itu ditangkap dan dibicara di mahkamah.

“Sebab itu semua bangsa tidak kira warga tempatan atau tidak, perlu patuh kepada Perlembagaan kita. Kalau wanita Melayu itu boleh dituduh kenapa orang luar dibiarkan,” ujar Sow Sun.

Sow Sun ditemui Harakahdaily selepas mengadakan sidang media dengan seorang lagi aktivis mewakili masyarakat India, Murugesan a/l Selvaraj dan Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang dalam isu sama di Markas PAS Pongsu Seribu dekat sini.

Phan Sow Sun dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff menunjukkan tangkap layar perbuatan Wang Lei yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, lebih 20 laporan polis dibuat terhadap Wang Lei di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Wang Lei didakwa melakukan aksi jelik di hadapan khalayak secara langsung (live) di Facebook menggunakan nama Wang Lei.

Perbuatannya itu dilakukan di pusat membeli belah, kedai-kedai dan pantai dipercayai di Johor, Perak dan Pulau Pinang.

"..meniup kondom sehingga membentuk seperti buah dada wanita.."

Jelas Sow Sun, antara perbuatan jelik Wang Lei adalah meniup kondom sehingga membentuk seperti buah dada wanita dengan beraksi tidak senonoh.

Ujar Sow Sun, Wang Lei meletakkan harga untuk setiap persembahannya kepada peniaga yang mengundangnya bertujuan menarik pelanggan ke premis perniagaan mereka.

“Dulu dia caj RM35,000, dalam satu hari dia boleh pergi sampai tiga buah premis perniagaan. Sekarang, dia caj sampai RM75,000 jadi sekarang dia semakin ‘kuatlah’ jadi dia berani buat perbuatan itu di pusat membeli belah dekat Ipoh.

“Kita sudah berjumpa dia minta dia berhenti berbuat seperti itu, sebab kita takut orang Muslim di negara ini nanti ingat Cina Malaysia jahat.

“Tapi dia tidak peduli, dia lagi cabar kita, dia lagi masuk (live) dan buat lagi seolah ada orang ‘cover‘ dia. Dia tidak takut,” kata Sow Sun.

Sow Sun berkata, Wang Lei dengan mudah seolah-olah menjadikan Malaysia sebagai lubuk rezeki dengan menawarkan khidmat mempromosikan premis-premis peniaga tempatan dengan perbuatan tidak senonoh.

Dipercayai modus operandi Wang Lei mula dikesan sejak tahun lepas dan tersebar di kumpulan (group) media sosial masyarakat Tiong Hua Malaysia hingga mengundang rasa tidak senang dengan perbuatan Wang Lei.

“Dia live terus, tidak ada tapis. Dia buat semua ini di Facebook. Sekarang ini ramai orang ikut dia jadi follower, dia rasa macam ini sudah bisnes,” ujar Sow Sun.

Sow Sun berharap Imigresen Malaysia menyenarai hitam Wang Lei daripada masuk ke Malaysia agar masyarakat tidak dipengaruhi dengan budaya kuning yang dibawanya.

Malah, dia juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat Facebook Wang Lei. – HARAKAHDAILY 12/8/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails