Tuesday, August 23, 2022

Tuntut k'jaan tunai janji. Ini berlaku pada PH, ghuyup 22 bulan

 

Petani dari pelbagai organisasi berkumpul semasa mereka mengambil bahagian dalam protes terhadap dasar kerajaan pusat, di New Delhi. - Foto AFP

Petani India protes semula tuntut kerajaan Modi tunai janji

NEW DELHI: Penunjuk perasaan merobohkan sekatan dan melaungkan slogan penentangan terhadap Perdana Menteri, Narendra Modi di ibu negara India semalam selepas beribu-ribu petani berhimpun menuntut janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan.

Lebih lapan bulan selepas petani membatalkan protes selama setahun dan kerajaan akur kepada beberapa tuntutan mereka, lebih 5,000 petani berkumpul semula di New Delhi untuk membantah Modi dan kerajaannya.

Menurut kenyataan Samyukta Kisan Morcha, antara yang dituntut petani adalah jaminan harga sokongan minimum untuk semua hasil dan menjelaskan semua hutang petani.

Jurucakap kementerian pertanian persekutuan bagaimanapun tidak menjawab permintaan untuk mengulas. 

Penunjuk perasaan memegang sepanduk dan bendera serta menerobos halangan ketika mereka berarak menuju ke lokasi, malah menjerit slogan menentang Modi.

November lalu, Modi berkata, beliau akan membatalkan tiga undang-undang ladang yang bertujuan untuk menyahkawal selia pasaran hasil tetapi didakwa petani akan membenarkan syarikat untuk mengeksploitasinya.

Kerajaan persekutuan juga bersetuju untuk menubuhkan panel penanam dan pegawai kerajaan untuk mencari cara untuk memastikan Harga Sokongan Minimum (MSP), yang dipanggil kadar yang dijamin, untuk semua hasil ladang.

Bulan lalu, kerajaan persekutuan menubuhkan panel dan menjemput wakil pertubuhan peladang untuk menyertainya.

Keselamatan di sekitar sempadan ibu negara diperketatkan dan kehadiran polis dipertingkatkan di dalam dan sekitar kawasan protes. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu pengajaran  dari kerajaan PH (Pakatan Harapan) Malaysia, kepada kerajaan Modi India. Sama-sama ingkar tunai janji. PH sudah ghuyup setelah 22 bulan, konon janji di manifesto PRU 14, bukan kitab suci yang mesti ditunaikan.

Awas di Malaysia, jangan ditipu dalam PRU 15 pula. Jangan dipagut ular 2 kali dalam 1 lubang. Porrah pambuu!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails