KUALA LUMPUR: Wanita yang tular di media sosial kerana mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki wajar didakwa kerana menghina agama.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata tindakan itu perlu bagi mengelak lebih banyak kes seumpamanya berlaku.
"Pertama, hukum wanita menyerupai lelaki atau sebaliknya dilaknat Allah SWT, maknanya ia berdosa. Orang ini tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Sejak semalam, tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.
Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah, seorang pengguna Twitter, .am mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, banyak perkara yang bercanggah dengan agama dilakukan wanita berkenaan.
"Apabila seorang wanita menunaikan umrah, perlu tutup keseluruhan aurat.
"Jika tidak, tak sahlah ibadat umrah dan perlu bayar dam serta buat semula (umrah)," katanya.
Pada Februari 2020, ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajat menimbulkan kontroversi kerana mengenakan pakaian jemaah wanita ketika mengerjakan umrah. (BH)
2. RUU Antigangguan Seksual bukti kepentingan tamadun Islam
KUALA LUMPUR: Akar masalah gangguan seksual hingga menyebabkan negara menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 sebenarnya bermula daripada masalah peribadi atau individu tidak bermoral, tidak bertamadun dan cetek pemikiran.
Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, hakikatnya negara sedang meniti denai-denai untuk meningkatkan peradaban dan ketamadunan negara yang berpaksikan ajaran agama, nilai moral dan tatasusila adat ketimuran.
Katanya, peradaban yang terbaik pastinya adalah Islam yang disebut sebagai Hadharah Islamiyyah, iaitu tamadun yang dibangunkan berdasarkan prinsip dan nilai Islam dengan pasaknya adalah rakyat yang dididik dengan jati diri sempurna sehingga membentuk masyarakat yang sejahtera.
“Ada yang mendakwa bahawa RUU Antigangguan Seksual 2021 adalah kemenangan buat wanita di luar sana. Saya katakan tidak.
“Ia bukan sekadar kemenangan buat wanita, tetapi kemenangan untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, kaum, kedudukan dan pangkat, terutama mangsa yang dizalimi selama ini,” katanya ketika membahaskan RUU Antigangguan Seksual 2021 di Dewan Negara.
Khairil Nizam yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, RUU ini adalah titik perubahan kepada masalah ribuan rakyat yang selama ini menjadi mangsa, namun tidak dibela dan diberi perhatian kerana tiada undang-undang khusus.
“Dewan Negara yang mulia ini menjadi saksi bahawa tidak ada tempat buat jenayah gangguan seksual di negara ini. Kita sesekali tidak akan berkompromi dan bertoleransi dengan jenayah ini,” katanya.
Beliau berkata, menyedihkan apabila gangguan seksual menyebabkan mereka yang berpotensi dan berkemahiran tinggi terhalang akibat kesan psikologi, hilang keyakinan diri, menjauhkan diri daripada masyarakat dan berasa tidak selamat di tempat kerja.
Beliau juga membangkitkan persoalan mengenai faktor yang mengundang kepada jenayah gangguan seksual ini.
“Saya yakin tidak ramai yang berani untuk menyatakan ini. Antara faktor besar yang mengundang kepada jenayah ini adalah masalah tatacara pakaian, sama ada lelaki atau perempuan yang bertentangan dengan kod etika pakaian profesionalisme di tempat kerja.
“Selain itu, ramai yang cuba menormalisasikan budaya pakaian barat yang menjolok mata atas nama kebebasan individu dan meninggalkan adat ketimuran sehingga mengganggu kesejahteraan pihak lain seperti yang dinyatakan dalam tafsiran,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan kementerian sama ada RUU ini memberikan perlindungan kepada mana-mana individu yang berasa terganggu di tempat kerja akibat pakaian rakan sekerja yang menjolok mata dan bersifat keterlaluan bertentangan dengan adat ketimuran negara ini.
Pada masa sama, beliau ingin tahu sama ada kementerian boleh menjelaskan mengenai garis panduan atau jaminan bahawa individu yang membuat aduan akan dilindungi, termasuk dari sudut keselamatan, iaitu ancaman jenayah, kerjaya, maruah diri atau keluarga serta kerahsiaan diri.
“Saya kira RUU yang kita bahas hari ini hanya permulaan kepada usaha untuk memerangi gangguan seksual. Bak kata pepatah, melentur belum biarlah daripada rebungnya.
“Daripada peribahasa ini, apakah pelan jangka panjang kementerian untuk memperkasakan RUU ini dan meningkatkan kesedaran melawan gangguan seksual ini,” katanya.
Selain itu, katanya adakah kementerian bercadang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan silibus antigangguan seksual dimasukkan dalam sistem pendidikan negara agar kesedaran ini dapat diterapkan dalam setiap diri rakyat sejak di bangku persekolahan. – HARAKAHDAILY 12/8/22
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
No comments:
Post a Comment