Monday, August 01, 2022

Wardar penjara jadi hamba seks. Tidak hairan, kerana..

 


1. Wardar penjara jadi hamba seks, PM Israel janji siasat

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Yair Lapid, semalam berjanji akan menyiasat kes bekas wardar wanita di penjara keselamatan maksimum mendakwa dirogol berkali-kali oleh banduan warga Palestin, selepas dipaksa menjadi hamba seks oleh pegawai atasannya.

Laporan berhubung dakwaan oleh wardar wanita diperlakukan sedemikian oleh banduan di Penjara Gilboa tersebar dalam media Israel selama beberapa tahun.

Tahun lalu menyaksikan beberapa siri pendedahan mengenai apa yang digelar terhadap Penjara Gilboa sebagai 'Pimping Affair' (Skandal Bapa Ayam).

Ia merujuk kepada laporan meluas penyelia lelaki yang mengarahkan wardar wanita menghadapi keadaan di mana mereka terdedah kepada serangan oleh banduan.

Bagaimanapun, pada minggu lalu, seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas wardar Gilboa yang enggan dikenali, bertindak memuat naik testimoni secara dalam talian.

Dia mendakwa bahawa pernah dirogol berulang kali oleh seorang banduan warga Palestin dan 'diserahkan' oleh pegawai atasannya sehingga menjadi hamba seks peribadi banduan terbabit.

"Saya tidak mahu dirogol, dipergunakan berulang kali," katanya.

Peguam wanita itu, Keren Barak, kemudiannya mengesahkan keterangan tanpa nama di Saluran 12 media Israel pada hujung minggu lalu, yang mengatakan anak guamnya memerlukan sokongan kesihatan mental berikutan pengalaman pahit lalu.

Membalas dakwaan itu, Lapid memberitahu Kabinetnya semalam bahawa apa yang berlaku terhadap wanita itu tidak boleh diterima dan siasatan akan dijalankan.

"Kita tidak boleh bertolak ansur dengan dakwaan seorang wardar dirogol oleh seorang pengganas semasa perkhidmatannya.

"Ini mesti disiasat, kita akan pastikan wardar itu menerima bantuan," katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan semalam, Menteri Dalam Negeri, Omer Barlev, berkata perkara yang berlaku selama beberapa tahun di Penjara Gilboa menggemparkan orang awam Israel.

"Saya baca testimoni yang diterbitkan dan saya terkejut," katanya. - AFP


2. Banduan wanita dakwa diserang secara seksual lepas wadar jual kunci sel Julai 29, 2022 @ 2:08pm 

WASHINGTON: Banduan wanita di sebuah penjara di Indiana, Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman berhubung dakwaan seorang wadar menjual kunci sel kepada banduan lelaki yang kemudian melakukan serangan seksual.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS, seramai 28 wanita mendakwa mereka diserang sejurus selepas tengah malam 23 Oktober 2021 di penjara Clark County di Jeffersonville.

Banduan wanita itu mendakwa David Lowe, memberikan kunci kepada banduan lelaki dengan harga AS$1,000 (RM4,448).

Dakwa mereka, serangan oleh banduan lelaki yang memakai topeng tuala dan selimut itu berlangsung selama kira-kira dua jam dan walaupun terdapat kamera pengawasan, wadar tidak campur tangan.

"Walaupun kejadian itu membabitkan beberapa tahanan lelaki dan berpuluh-puluh mangsa dalam tempoh yang panjang, tidak seorang pun pegawai penjara yang bertugas pada malam itu datang untuk membantu plaintif dan mangsa lain.

"Kegagalan itu membolehkan ramai penyerang lelaki melarikan diri dari penjara selama beberapa jam, mengakibatkan malam keganasan bagi plaintif dan mangsa lain," katanya dalam satu tuntutan mahkamah.

Notis tuntutan itu juga menyatakan banduan lelaki meraba banduan wanita, mendedahkan kemaluan mereka dan membuat kenyataan seksual dan mengancam.

Dua daripada wanita itu turut mendakwa mereka dirogol.

Selain menamakan Lowe sebagai defendan, tuntutan itu juga menyatakan Sheriff Clark County, Jamey Noel cuai kerana gagal menghalang serangan itu.

Lowe memberitahu The Washington Post bahawa banduan itu mencuri kunci yang memberi mereka akses ke sel wanita dan dia hanya mengetahui serangan itu beberapa hari kemudian.

Dengan lebih dua juta orang di dalam penjara, Amerika Syarikat mempunyai populasi penjara terbesar di dunia. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak hairan berlaku begitu, kerana Israel sudah terkenal dengan 'bapak negara penjenayah paling agung di dunia'. 

Contohnya, perampas negara Palestin, perogol, pembunuh, yang asalnya bangsat tiada negara. Kini terus melebarkan penjajahan..

Apa yang nak diharapkan dari negara penzalim durjana itu? Apalagi soal kecil dalam penjaranya sendiri begitu?

Jahannam Israel! Jahannam Israel di negara dan rantau ini!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails