SEREMBAN: Kerajaan akan memastikan Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara tumpuan utama dalam bajet itu untuk memulihkan negara selepas pascapandemik COVID-19.
Beliau berkata, ini termasuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan rakyat serta memastikan kelangsungan sektor perniagaan.
"Kerajaan akan turut memberi tumpuan kepada memastikan persekitaran hidup yang selamat dan selesa, dengan menekan pembangunan yang inklusif serta selari dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda Pembangunan Mampan 2030.
"Langkah ini bertujuan memastikan semua ahli Keluarga Malaysia dapat menikmati manfaat daripada pencapaian pembangunan negara tanpa kompromi terhadap hak generasi akan datang.
"Kerajaan juga memberi jaminan untuk terus menumpukan kepada usaha memperkasa komuniti masyarakat Cina baik di kawasan bandar mahupun luar bandar dalam pembentangan Bajet 2023 pada awal bulan depan," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penutup Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-37 2022 di Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Chung Hua, di sini, malam ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan program tahunan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda tentang warisan dan budaya cina, namun sejak dua tahun lalu majlis ini tidak dapat diadakan berikutan penularan COVID-19.
Peserta dari kumpulan Line Dance antara persatuan Cina yang menyertai perarakan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia hari ini. - Foto BERNAMAIsmail Sabri berkata, kerajaan sememangnya menggalakkan penganjuran program kebudayaan seumpama ini, kerana perbezaan budaya membolehkan kita semua mempelajari falsafah setiap budaya seterusnya merapatkan hubungan di antara kaum.
Menurutnya, sebaik mengambil alih pentadbiran negara, beliau menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengembalikan kestabilan politik negara, selepas melalui satu detik yang mencabar apabila terdapat tiga Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun setengah.
Katanya, Kerajaan Persekutuan telah berjaya berunding dengan pihak pembangkang untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
"Saya sifatkan kerjasama dwipartisan ini satu lakaran sejarah baharu dalam landskap politik negara serta dapat menyumbang kepada kematangan politik dan menumpukan kepada pemulihan ekonomi negara.
"Usaha memperkenal konsep Keluarga Malaysia selari dengan matlamat untuk membina perpaduan yang utuh serta mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
"Konsep Keluarga Malaysia membawa nilai yang berteraskan; keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, agar kita semua dapat terus mengamalkan sikap hormat-menghormati, dan menghayati keistimewaan budaya masing-masing," katanya.
Perdana Menteri berkata, konsep berkenaan disebarkan ke seluruh negara melalui Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia serta pelbagai program yang diadakan di peringkat kementerian serta jabatan.
Peserta tarian naga antara persatuan Cina yang menyertai perarakan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia, di Seremban, hari ini. - Foto BERNAMAKatanya, ia turut disambut oleh pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat.
"Saya melihat insiden provokasi perkauman dan agama semakin reda. Kestabilan politik, keharmonian kaum dan agama sangat penting dalam negara majmuk seperti Malaysia untuk menggerakkan ekonomi negara melangkah ke hadapan.
"Justeru, kerencaman identiti dan budaya yang ada dalam kalangan kita sewajarnya merapatkan hubungan antara kaum supaya kita boleh mempelajari falsafah setiap budaya yang berbeza ini.
"Menjadi impian saya untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, harmoni dan hidup sebagai sebuah keluarga," katanya.
Ismail Sabri juga berkata, kerajaan juga prihatin dengan kesulitan ahli Keluarga Malaysia dan akan sentiasa berusaha untuk meringankan beban yang ditanggung, khususnya berkaitan kenaikan harga barang.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai 'poster boy' calon Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Ia disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa Ismail Sabri akan dipilih sebagai Perdana Menteri, jika parti itu menang PRU-15.
Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO itu dalam ucapan ketika merasmikan Bridged MIC di Stadium Axiata Arena di sini.
Beliau berkata, jika Perdana Menteri meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri, permintaan MIC akan dipertimbang.
"Saya yakin Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya dan PM (Perdana Menteri) akan memberi pertimbangan sehabis baik semua permintaan MIC.
"Kerana kita yakin kebersamaaan yang ada dalam parti komponen BN sudah diterjemahkan dengan sebaik- baiknya.
"Saya secara konsisten menyatakan bahawa BN akan terus mewujudkan negara bangsa, bangsa Malaysia. Apatah lagi jika PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri," katanya yang disambut hadiri dengan tepukan dan sorakan gemuruh.
Kira-kira 10,000 ahli MIC menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S Saravanan.
Kenyataan itu yang pertama seumpamanya berhubung kedudukan Ismail Sabri yang sebelum ini diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menjadi calon 'poster boy' dan calon Perdana Menteri pada PRU-15.
April lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan memaklumkan, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri, bagi menghadapi PRU-15.
Ahmad Zahid juga menegaskan permintaan MIC sebelum ini sudah pun ditunaikan Perdana Menteri.
"Saya yakin kesatuan parti pelbagai kaum ini walaupun agak berbeza, kita akan melayani apabila gendang 'perang' pilihan raya diumumkan Perdana Menteri.
"Kita akan berada dalam kesatuan besar BN dan yakin permintaan Tan Sri Vicky (Vigneswaran) didengar PM dan ada yang PM sudah umumkan pun tadi, semua permintaan itu diluluskan dan kita kena beri penghargaan kepada PM," katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada umpan baru?
(i) Bajet 2023 tidak pinggir masyarakat keturunan Cina
(ii) Ahmad Zahid beri isyarat PM kekal jika BN menang PRU-15
Bagaimana kes 'rasuah akbar' sudah bukan jenayah negara?
Sekian..
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
1 comment:
Orang bodoh aje terkinja kinja dng kaum Cina. Bajet 2023 tidak pinggir masyarakat keturunan Cina
Kerajaan akan memastikan Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.
Parti MCA perlu bertanding kaum Cina di kerusi DAP Gerakan bukan majotiti campuran dominasi kaum Melayu... Ini semua otak bangang Tun Mahathir...
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara tumpuan utama dalam bajet itu untuk memulihkan negara selepas pascapandemik COVID-19.
Belum.pernah lagi kaum Cina berterima ksih dengan orang Melayu danUMNO.
Mat Bera ada mewarisi otak otak karat bodoh dungu Tun Mahathir. Orang bodoh saja terkinja kinja dengan kaum Cina espcially DAP@Lee Kwan Yew.
Post a Comment