Saturday, September 03, 2022

AS buruk: Seksual AS. Canada pun..

 

98 gadis jadi mangsa seksual anggota pengaman

1. Serangan seksual meningkat dalam pasukan tentera AS - Laporan Pentagon

WASHINGTON: Jumlah kes serangan seksual dilaporkan dalam pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun fiskal 2021 hingga mencecah rekod tinggi, menurut laporan tahunan dikeluarkan Pentagon, semalam.

Pejabat Tindak Balas dan Pencegahan Serangan Seksual (SAPR), Jabatan Pertahanan, berkata sebanyak 8,866 kes serangan dilapor 'membabitkan anggota berkhidmat, sama ada mangsa atau subjek' pada 2021 setakat 30 September, berbanding 7,813 pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada serangan seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa, dan SAPR dengan menggunakan hasil tinjauan dalam pasukan, menganggarkan hampir 36,000 anggota wanita dan lelaki yang aktif bertugas - 8.4 peratus daripada wanita dan 1.5 peratus daripada lelaki - berdepan kontak seksual yang tidak diingini pada tahun berkenaan.

Menurut Pentagon, pihaknya tidak dapat 'menentukan secara saintifik sama ada benar-benar berlaku peningkatan' berikutan terdapat perubahan dalam metrik ukuran berhubung serangan  seksual. 

Namun, menurut laporan itu, data lain juga menunjukkan peningkatan yang 'mencadangkan pertumbuhan menyeluruh dalam iklim ketenteraan yang tidak sihat' sejak 2018.

"Perangkaan kami menunjukkan ia adalah anggaran kadar prevalens serangan seksual tertinggi bagi wanita, sejak isu terbabit mula dikaji secara mendalam pada 2006," kata Pengarah Eksekutif Pejabat Ketahanan Pasukan Pentagon, Elizabeth Foster. Pejabat itu memfokus kepada kebajikan anggota dalam perkhidmatan angkatan berkenaan.

Bagi lelaki pula, tahap serangan adalah kedua tertinggi, di mana tahap tertinggi dicatatkan pada 2006.

'Perangkaan ini adalah tragik dan amat mengecewakan," kata Foster.

Peningkatan tertinggi kes serangan dilaporkan itu membabitkan pasukan tentera darat dengan kenaikan sebanyak 26 peratus), diikuti tentera laut (19 peratus), tentera udara (dua peratus) dan marin (dua peratus).

Januari lalu, Presiden Joe Biden mengarahkan gangguan seksual dijadikan sebagai jenayah bawah undang-undang tentera.

Arahan itu bermakna serangan seksual, keganasan rumah tangga serta serangan ke atas kanak-kanak bawah umur, kini akan dibicarakan di mahkamah tentera, dan keputusan untuk membawa kes ke mahkamah akan diamanahkan kepada pendakwa raya khusus, bukannya pegawai dalam rantaian pemerintah pasukan tentera.

Sebelum ini, golongan pegawai kanan didakwa sering mengabaikan, menutup atau tidak serius melayan dakwaan serangan seksual yang disuarakan.

Berikutan kegagalan usaha untuk membendung masalah itu, Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin, bertindak melantik sebuah suruhanjaya bebas bagi mengemukakan syor menangani pelaku keganasan seksual dalam tentera.

Suruhanjaya itu kemudian merumuskan bahawa dengan mengeluarkan kuasa daripada hierarki pemerintah pasukan terbabit, berhubung sama ada untuk mendakwa atau tidak mendakwa kes, merupakan satu-satunya cara untuk menangani isu berkenaan. - AFP


2. Kanada mohon maaf salah laku seksual dalam tentera Disember 14, 2021 @ 8:06am 

Menteri Pertahanan Kanada, Anita Anand. - Foto AGENSI

OTTAWA: Menteri Pertahanan dan Ketua Staf Pertahanan Kanada memohon maaf pada Isnin berhubung salah laku seksual yang berlaku secara meluas dalam pasukan tentera serta menyatakan Ottawa gagal melindungi anggota tenteranya.

"Saya memohon maaf kepada anda bagi pihak kerajaan Kanada," kata Menteri Pertahanan, Anita Anand, dalam satu program yang disiarkan secara langsung di media sosial.

"Kita perlu mengakui kesakitan dan trauma yang ditanggung ramai orang kerana institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi serta mempertahankan negara kita tidak selalu melindungi serta mempertahankan anggotanya sendiri," katanya

Permohonan maaf itu adalah sebahagian daripada penyelesaian melalui tuntutan yang difailkan terhadap kerajaan oleh hampir 19,000 anggota tentera yang berkhidmat dan bersara, serta pekerja pertahanan awam. 

Ia berlaku selepas beberapa pegawai kanan berdepan siasatan salah laku seksual, termasuk bekas Ketua Staf Pertahanan, Jonathan Vance, yang didakwa menghalang keadilan dalam siasatan itu.

Ketua Staf Pertahanan, Jeneral Wayne Eyre, dalam ucapannya berkata, dalam kalangan tentera, "kepercayaan boleh bermaksud perbezaan antara hidup dan mati... dan kami mengkhianati kepercayaan itu."

Ottawa sebelum ini menugaskan bekas pendakwa Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT), Louise Arbour, untuk membantu membersihkan budaya dalam tentera yang disifatkan Perdana Menteri, Justin Trudeau sebagai tidak "difahami" dari segi serangan dan gangguan seksual.

Bulan lalu, Anand menerima saranan Arbour supaya penyiasatan dan pendakwaan ke atas salah laku seksual dalam tentera diserahkan kepada pihak berkuasa awam kerana "ketidakpercayaan yang serius terhadap sistem keadilan tentera.

"Penelitian oleh Arbour itu dibuat lima tahun selepas satu lagi pasukan petugas mendapati tentera mempunyai "persekitaran yang memusuhi wanita... dan kondusif untuk insiden gangguan serta serangan seksual yang lebih serius."

April lalu, tentera melaporkan kepada Dewan Rakyat mengenai 581 serangan seksual dan 221 insiden gangguan seksual berlaku sejak 2015. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: AS buruk, seksual AS. Canada pun.. Jangan biarkan virus jahat ini menular ke seluruh dunia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment