Sunday, September 11, 2022

AS negara pencuri...

 


Tentera AS dituduh 'curi' 80 peratus minyak keluaran Syria

DAMSYIK: Tentera Amerika Syarikat (AS) memindahkan 88 kapal tangki minyak Syria yang 'dicuri' dari wilayah timur laut Hasakah ke pangkalan askar republik itu di Iraq semalam, lapor agensi berita SANA.

Berdasarkan laporan sama, penghantaran terbaru itu dibuat secara berkelompok melalui persimpangan haram al-Mahmoudieh yang menghubungkan Hasakah dengan utara Iraq.

Minggu lalu, SANA melaporkan, lebih 300 kapal tangki minyak dihantar dari pelantar minyak Syria dikuasai AS di Hasakah ke pangkalan republik itu di Iraq.

Orang ramai di Syria bergelut mendapatkan bahan api kereta, perniagaan dan gas memasak. Kekurangan bahan api juga menyebabkan bekalan elektrik terputus setiap hari.

Kementerian Minyak Syria dalam kenyataan pada 8 Ogos lalu, berkata tentera AS mencuri 80 peratus daripada pengeluaran minyak negara itu.

Katanya, tentera dan askar upahan AS mencuri purata 66,000 tong minyak sehari di Syria kerana purata pengeluaran minyak harian negara itu dianggarkan mencecah 80,000 tong pada separuh pertama 2022.

Kementerian Minyak Syria dalam kenyataan pada 29 Ogos lalu, berkata amalan AS di Syria termasuk penyeludupan minyak Syria yang menyalahi undang-undang, setakat ini menyebabkan kerugian langsung dan tidak langsung kira-kira AS$107.1 bilion (RM482 bilion) kepada sektor minyak dan gas Syria. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimAS negara pencuri... bukti penjajah tak bertamadun dan penginjak hak asasi manusia!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails