Saturday, September 17, 2022

Begini 'Wanita Ikon M'sia 2022', Patuh Syariah?

 

10 finalis wanita ikon peringkat negeri bersama (Normaziah) yang akan bersaing untuk gelaran ‘Wanita Ikon Malaysia 2022’. - Foto ihsan KWIM

1. 10 bersaing rebut gelaran 'Wanita Ikon Malaysia 2022'

KUALA LUMPUR: Seramai 10 pemenang wanita ikon peringkat negeri akan bersaing bagi merebut gelaran 'Wanita Ikon Malaysia 2022'.

Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), Datuk Normaziah Shiekh Mohamed, berkata semua finalis akan merebut gelaran peringkat nasional itu pada Majlis Makan Malam Anugerah 1 Wanita Ikon Malaysia, bakal diadakan di Hotel Majestic, 20 Oktober depan.

"Sebanyak 242 pencalonan diterima sejak pencarian peringkat negeri bermula Mac lalu dan 73 calon berjaya pada peringkat saringan pertama.

"Seterusnya, 42 calon terpilih ke peringkat akhir Anugerah Wanita Ikon Negeri dan hanya 10 pemenang Wanita Ikon Negeri terpilih untuk ke tahap ini," katanya pada program Anugerah Wanita Ikon Malaysia (AWIM) 2022.  

Program anjuran KWIM dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan mencari seorang wanita yang layak digelar ikon.

Menurut Normaziah, kesemua finalis itu seharusnya perlu atau mampu menjalankan aktiviti pemerkasaan wanita dalam komuniti dengan mengenal pasti keperluan atau permasalahan dihadapi mereka serta mencari penyelesaian bagi memperkasakannya. 

"Wanita ikon juga berperanan sebagai wanita contoh serta idola kepada wanita lain dalam menyuntik semangat dalam memajukan diri dan masa depan," katanya.

Katanya, dua kaedah pengadilan digunakan bagi memuktamadkan gelaran Wanita Ikon Malaysia 2022, iaitu 50 peratus juri profesional dan 50 peratus lagi undian umum.

"Undian umum mula dibuka mulai semalam dan akan ditutup jam 12 tengah malam, pada 10 Oktober ini," katanya.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM30,000, selain barangan kemas dan kosmetik.

Majlis itu dijangka dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun. 

2. Benzema, Putellas Pemain Terbaik UEFA

Pemain Barcelona, Alexia Putellas (kiri) bersama penyerang Real Madrid, Karim Benzema selepas diumumkan sebagai Pemain Wanita dan Lelaki Terbaik Tahunan dalam majlis di Istanbul. - AP

ISTANBUL: Karim Benzema dan Alexia Putellas menerima anugerah Pemain Lelaki dan Wanita Terbaik UEFA dalam satu majlis di Istanbul awal pagi tadi.

Penyerang Perancis, Benzema mengetuai Real Madrid mencipta kemenangan mengatasi Liverpool dalam final Liga Juara-Juara dan meledak 15 gol dalam kejohanan itu.

Putellas pula penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Wanita ketika membantu Barcelona mara ke final namun tewas kepada Lyon.

Benzema menerima anugerah berkenaan mengatasi rakan sepasukan, Thibaut Courtois dan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne serta menggantikan bintang Chelsea, Jorginho yang menang tahun lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu meledak hatrik ketika berdepan Paris Saint-Germain dan Chelsea pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dan menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan timbal balik separuh akhir berdepan Manchester City.

Dia menemui gawang sebanyak 44 kali dalam 46 perlawanan ketika Real juga menang gelaran Liga Sepanyol.

Putellas, 28, menang anugerah berkenaan buat kali kedua berturut-turut walaupun mengalami kecederaan lutut yang serius menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada Euro 2022.

Dia mengatasi penyerang England dan juara Eropah, Beth Mead, penjaring terbanyak bagi kejohanan berkenaan serta pemain muda Jerman, Lena Oberdorf.

Pemain wanita Barcelona, Alexia Putellas menerima anugerah Pemain Wanita Terbaik. - Foto EPA

Carlo Ancelotti dinamakan jurulatih terbaik bersama Real manakala jurulatih dari Belanda, Sarina Wiegman menerima gelaran jurulatih wanita terbaik selepas membawa England mencipta kejayaan pada Euro di laman sendiri bulan lalu. - AFP
Pasukan bertanding pada saingan Liga Juara Juara 2022. - Foto AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begini 'Wanita Ikon Malaysia 2022', Patuh Syariah?

Soalnya, mampukah penganjur mawujudkan disiplin 'patuh syariah' walaupun di luar negara?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment: