Video rakaman peminat yang tular dibanjiri komen lucah hingga mendapat perhatian blogger yang kemudiannya memanaskan lagi keadaan dengan menggunakan tajuk sensasi.
Toleh belakang lambai peminat, bukan tayang punggung - Janna
KUALA LUMPUR: Pelakon Janna Nick, 27, menyelar tindakan segelintir blogger yang sering menggunakan tajuk sensasi demi memancing emosi hingga mengakibatkan dirinya sering menjadi mangsa kecaman netizen.
Meluahkan perasaan menerusi Instagram (IG) Story, beberapa jam lalu, Janna berkata, blogger perlu lebih bertanggungjawab dalam hasil kerja dan tidak sewenang-wenangnya menulis artikel yang boleh memalukan dirinya.
"Kadang-kadang saya tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ya pun nak tajuk kejar 'clickbait', pastikan sumber sahih dan tidak memanipulasi pemikiran pembaca.
"Jangan sampaikan benda salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk sahaja," tulis Janna.
Hantaran berbentuk luahan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu merujuk kepada beberapa artikel berkaitan video tular yang mendakwanya sengaja menayangkan bentuk pinggul ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Juang, baru-baru ini.
Janna kesal apabila perbuatannya menoleh ke belakang sambil melambai peminat dianggap cuba menarik perhatian ramai. - Foto IG Janna NickJanna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner berkata, video itu dibanjiri komen lucah hingga mendapat perhatian blogger yang kemudiannya memanaskan lagi keadaan dengan menggunakan tajuk sensasi dalam artikel dikeluarkan.
"Video viral ini adalah rakaman peminat yang datang ke majlis tayangan perdana filem. Saya menoleh ke belakang untuk melambai dan mengajak mereka bergambar bersama. Bukannya saya sengaja nak tayang punggung," ujarnya.
Penyanyi lagu Gatal itu turut meluahkan kekesalan apabila perbuatan itu dianggap cuba menarik perhatian ramai.
"Habis tu nak kena buat apa? Kasihan jadi perempuan. Semuanya nak dijadikan simbol seks.
"Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun bernafsu. Kamu gatal…gatal…gatal," tempelak kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: '...bukan tayang punggung', video ini undang komen lucah.
Nampaknya hal-hal begini pun perlu didisiplinkan dengan peraturan 'patuh syariah'.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
No comments:
Post a Comment