1. PH terkinja-kinja, termasuk perangkap ‘checkmate’
DUA artikel Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) telah menyebabkan Pakatan Harapan (PH) terloncat-loncat. Lebih teruklah loncatan mereka daripada penonton konsert di Kelantan.
Isu pertama, umpan TGHH berkenaan majoriti pemberi rasuah adalah dalam kalangan bukan-Bumiputera.
Umpan dimakan. Habis bangkit pemimpin DAP marah kepada TGHH dan macam biasa burukkan imej TGHH dan PAS dengan wajah rasis.
Sekali dikeluar data dan fakta kajian, bahawa memang pemberi rasuah di Malaysia untuk tahun 2010-2014 adalah ramai dari kalangan bukan-Bumiputera.
87.97 peratus pemberi rasuah (57.46 peratus adalah Cina, 30.51 peratus adalah India dan lain-lain) adalah bukan dari kalangan orang Melayu. Checkmate! Mati kutu dan mati akal geng PH nak membalas.
Sebelum ini kita dimomok-momokkan bahawa orang Melayu kuat rasuah, rupanya pemula dan pemberi rasuah adalah dari kalangan bukan-Melayu.
Betullah apa yang ditulis oleh TGHH. PH terperangkap, checkmate!
Isu kedua, TGHH campak umpan lagi dengan tulisan ramai dari kalangan PH tak beriman. Sekali lagi, umpan mereka ‘ngap’. Kecoh pula PH, pimpinan PAN pun terkinja-kinja lebih dari tonton konsert Wings.
Kata depa inilah bukti PAS amalkan budaya takfiri, ekstremis bla bla dan bla. (Menguap)
Sekali lagi dikeluarkan fakta, dalam web Parlimen terdapat seramai 90 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan. 55 daripadanya bukan-Islam dan 35 adalah Muslim.
Bersamaan 61.11 peratus dari kalangan Ahli Parlimen PH adalah bukan-Islam. 61 peratus ini ramai ke sikit?
Maka tiada yang salah dari tulisan TGHH, bahawa ramai dari kalangan PH adalah tak beriman (61 peratus) yang bukan-Islam.
Sekali lagi PH terperangkap dan checkmate!
PH nak gunakan isu perasuah untuk wajahkan PAS rasis. Data membuktikan ramai bukan-Melayu pemberi rasuah.
PH guna isu tak beriman untuk wajahkan PAS itu ekstremis dan takfiri. Data juga buktikan ramai Ahli Parlimen PH tidak beriman (bukan-Islam).
Sekarang nak tuduh PAS mesra dengan perasuah pula. Depa tak sedar yang berbelas-belas kes pemimpin PH digugurkan ketika PH jadi kerajaan.
Isu rasis, checkmate.
Isu ekstremis, checkmate.
Isu integriti, checkmate.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/9/2022
2. Prospek kembali ke Putrajaya menggamit DAP
Musuh utama kita Pakatan Harapan yang didominasi DAP, menyimpan dendam kesumat terhadap kita. Pada mereka mandat besar yang mereka perolehi dalam PRU14 lalu telah di‘rampas’ oleh kita setelah mereka cuma mampu bertahan 22 bulan di Putrajaya.
Jatuh tersembam akibat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 cukup mereka kesali, dan segala usaha akan mereka gembeling bagi memastikan mereka dapat menebus kembali apa yang ‘dirampas’ dari mereka itu.
Pada PRU ke-14 lalu, bukan rahsia lagi bahawa PH menang, pertama kerana undi Melayu Islam berpecah tiga dan keduanya kerana undi bukan-Melayu ‘solid’ hampir melebihi 90 peratus cenderung pada mereka lantaran keyakinan terhadap kemampuan DAP.
Mereka berjaya berkuasa apabila menabur janji-janji bulan dan bintang pada rakyat yang ketika itu sedang berhadapan dengan ketidaktentuan akibat pelbagai tekanan hidup yang membebankan.
Sejurus PH tumbang, BN, PAS dan BERSATU selain GPS telah membentuk kerajaan baru mulanya di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudiannya hingga kini di bawah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Sepanjang pertukaran kerajaan itu. ramai menjangkakan kekuatan politik kerajaan yang ada semakin mantap dan kukuh bagi menghadapi PRU ke-15 dan memastikan PH tidak kembali berkuasa.
Itulah yang rakyat harapkan. Namun demikian apa yang berlaku hari ini tidak menunjuk ke arah itu. Kita seakan berbalah sesama sendiri dan sama ada disedari ataupun tidak sedang membina pentas yang sama sebagaimana PRU14 dahulu.
Kiranya pihak yang memegang kuasa hari ini khasnya BN, BERSATU dan PAS tidak dapat bermuafakat, bermakna mereka akan bertanding sesama sendiri.
Apabila keadaan ini berlaku, kita sebenarnya membuka pintu untuk diulangi senario PRU14 dahulu. Sekali lagi kita akan memaksa undi Melayu Islam berpecah tiga sebagaimana pada PRU 2018. Dan jika ini berlaku yang akan menangguk di air keruh sudah pastilah adalah PH.
Awas, portal Cina, Oriental Daily baru-baru ini melaporkan bahawa Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membayangkan bahawa potensi untuk PH kembali berkuasa adalah besar dalam PRU ke-15 ini. Apa faktornya?
Kerana menurut Lim, berdasarkan perkembangan politik semasa, undi Melayu dijangkakan akan terpecah tiga sekali lagi.
Oleh itu beliau merayu kepada para penyokong PH agar jangan lagi lesu tetapi sebaliknya keluar mengundi beramai-ramai kerana prospek untuk PH yang didominasi DAP menguasai kembali Putrajaya adalah besar, tambahan katanya dengan lulusnya RUU Anti Lompat Parti, senario PRU15 nanti akan jauh berbeza.
Lim nampak kegagalan permuafakatan antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional jelas sudah membayangkan yang masing-masing akan bersaing sesama sendiri dalam PRU ke-15 nanti. Sebab hakikatnya jika umat Melayu Islam boleh bersatu mendukung permuafakatan ummah, yang akan menanggung rugi besar adalah PH, kerana ketika itu hampir keseluruhan kerusi majoriti Melayu termasuklah kerusi campuran akan dikuasai blok ini.
PH akan menggigit jari cuma bertahan di kerusi-kerusi majoriti bukan-Melayu khasnya melalui DAP itupun belum tentu menyeluruh. Beberapa siri PRK atas kerjasama Muafakat Nasional adalah bukti nyata di mana kuasa politik Melayu apabila bersatu, yang menjadi mangsa adalah PH termasuklah DAP sebagaimana berlaku di siri-siri PRK antaranya Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan lain-lain.
Justeru apabila melihat Penyatuan Ummah itu gagal, Lim dan partinyalah yang paling gembira, kemungkinan kembali berkuasa di Putrajaya cukup cerah buat mereka. Kerana itu secara terbuka Lim merayu agar pengundi-pengundi PH dahulu agar keluar beramai-ramai mengundi kali ini kerana mereka punya prospek untuk kembali berkuasa.
Malah beberapa hari sebelum kenyataan Lim itu, pakar strategi DAP Liew Chin Tong juga dipetik sebagai berkata bahawa PH cuma perlu menang 80 dari 165 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk kembali berkuasa di Putrajaya.
Liew menjangkakan baki sokongan buat PH akan datang dari sekutunya dari Sabah dan Sarawak.
Kalau kita perhatikan dalam PRU ke-14 dahulu, PH menang 98 kerusi di Semenanjung dan 33 dari 98 itu adalah sumbangan DAP. Keseluruhannya DAP menang 42 termasuk 3 di Sabah dan 6 di Sarawak.
Sebagaimana Lim, Liew juga diyakini bercakap begitu setelah melihat dan menjangkakan kemungkinan besar permuafakatan politik umat Melayu, sebagimana yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini, tidak akan berlaku.
Persengketaan sesama sendiri terus tajam dan meruncing sehingga kini seakan tiada harapan lagi untuk terbina satu pakatan kerjasama.
Jika kekuatan itu gagal dibina, maka tiadalah tembuk yang akan mampu menjadi batu penghalang ke atas kemaraan PH yang didukung DAP itu.
DAP sedang galak merayu dan mengemis sokongan masyarakat bukan Melayu sebagaimana mereka berjaya kuasai dalam PRU ke-14 lalu. Dengan menguasai Pulau Pinang serta dominan pula di Selangor dan Negeri Sembilan selain punya 42 kerusi di Parlimen, tidak mustahil suara mereka akan mendapat simpati pengundi bukan-Melayu khasnya apabila mereka mendakwa yang mereka akan mampu kembali berkuasa di Putrajaya.
Sementara itu PKR dan PAN akan dikerah memancing saki-baki undi Melayu yang enggan bersama BN atau PN, sasaran mereka satu pertiga dari blok ini.
Jika ini tercapai dengan dukungan ‘solid’ pengundi bukan-Melayu, serta sekurang-kurangnya sepertiga dari undi Melayu, bersedialah kita untuk memberi laluan buat kaduk untuk kembali naik junjung sebagaimana berlaku dalam PRU ke-14 lalu.
Mahukah atau relakah kita melihat nestapa PRU14 itu berulang kembali? PH dan DAP sudah nampak peluang mereka, kita bagaimana?
Masih adakah harapan buat umat Melayu Islam bangkit bersatu atau sudahklah kita sampai ke peringkat berpatah arang dan berkerat rotan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian, air mata darah pun tidak bernilai lagi.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 20/9/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: ‘Checkmate’, buktikan PH terkinja-kinja.. Tapi, benarkah Putrajaya mampu gamit DAP?
Mari, kita sama-sama fikirkan, dan atasi melalui persefahaman Melayu Islam dan Malaysia..
Insya Allah!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
3 comments:
Pasca PRU 15 semua barua DAP@ LeeKwanYew spt Tun, Brother Anwar Bin Ibrahim cari Melayu balik. Bukan nak cari Jho Low tapi cari Melayu
Senarai penerima ini dari Pulau Pinang dan mereka telah menerima sejumlah RM780 juta, pada hal orang Umno menerima hanya RM19 juta sahaja.
Senarai nama Parti DAP sembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB semasa PH jadi kerajaan diterajui barua meraka Tun Mahathir Mohamad.
1. Laverage Asia Sdn Bhd 31.5 juta
2. Enr Marketing. 24.3 juta
3. Mega Utilities Sdn Bhd. 18.3. juta
4. Kek Lok Si Tample 12 juta
5. Homewin Renovation n Cons 11.44 juta
6. Music Melody Store. 6.58 juta
7. G Event Managmnt. 2.93 juta
8. Pers Cintai A. Sekitar P. Pinang. 2.65 juta
9. Jaya Printing & Advertising. 1.07 juta
10. MCA Bah Tanjung P.Pinang. 1 Juta
11. Geh Choh Hun. 22.8 juta
12. Oii Teng Seng. 4.55. juta
13. Cheah Kah Chye. 4.4 juta
14. Yeap Chee Cheong 4.4 juta
15. Goh Kheng Huat. 4.2 juta
16. Oii Kheng Hin. 4.01 juta
17. Choo Keng Hock 3.84 juta
18. Toh Lean Seng. 3.5 juta
19. Chong Thong Yeow. 3.24 juta
20. Teh Hun Liang. 3.04 juta
21. Lembaga Union Pinang School 2.25 juta
22. Pinang Chinese High School. 1.25 juta
23. Chung Ling High School. 1 juta
24 J/K Chua Nan School. 0.5 juta
25 Pers Penduduk B. Daya Penang. 0.4 juta
26. Chung Ling High School. 0.25 juta
27. Smjk Phor Tay School Commitee. 0.25 juta
28. Pers Kebudayaan Pangkalan Kota P. Pinang. 0.204 juta
29. MCA Bah Tanjung P. Pinang. 1 juta
30. Parti Gerakan Rakyt Johor. 0.4 juta
31. Parti Gerakan Kelantan. 0.3 juta
32. Parti Gerakan Malaysia. 0.25 juta
33. Parti Gerakan Cameron H/land. 0.2 juta
Bukan ke ini conflict of interest?
Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak kaum nya yang paling banyak dapat habuan.
Barua melayu bertuan DAP@ LeeKwanYew spt Tun sedang diarah bercakaran sesama Melayu. Hina sungguh hidup bila jadi barua mereka..
SIAPA JADI KERAJAAN PUN, KONSERT & MAKSIAT TETAP WUJUD.. BELAJAR SIFAT DEMOKRAT NABI TERHADP HIBURAN..
Baru baru ni heboh Konsert Rock..Konsert nyanyian di Kelantan dibuat secara besar besaran.. Riuh laki perempuan duduk bersama, Bukan hanya Kelantan.. Dok Ingat Saudi jer..Rupanya negeri Serambi Mekah pun sama.. hari ni Dok tengok kat Facebook dan Media Sosial..merata rata penuh dengan pesta nyanyian, Lebih teruk ianya tajaan Kerajaan...
Malam tadi kat Perak pun aku lalu depan Stadium Indera Mulia punya sesak.. Sampai dengar orang menjerit dan bersorak dgn nyayian... Ingatkan ada game Bola..rupanya Konsert..seolah olah Negara kita jadi tempat dan pesta muzik sempena cuti hujung minggu dan hari Malaysia..
Tak cukup acara Fesyen Show, rupanya zaman PAS dan UMNO jadi Kerajaan lagi galak pesta ,Konsert dan Maksiat.. dari sudut politik..UMNO bijak membeli jiwa anak muda menjelang PRU 15, Menghilangkan kecanduan mereka tehadap hiburan.. tetapi Mana hilang suara Pejuang Islam dan Pendokong PAS.. ?
Maksiat ni sama jer..samada hat nama Justin Bieber, Hat nama billie eilish, Atau nama Mas Idayu atau Wings.. Tapi kenapa bila datang penyanyi Barat, Seolah olah nak jadi gempa Bumi dibuat penyokong PAS... Selama ini depa berfantasi, jika depa perintah akan lenyaplah Maksiat dari muka bumi..
Tapi itulah hakikatnya yg kita kena terima.. oleh kerana negara kita ini terdiri dari rakyat berbilang kaum.. maka terima lah sapa pun jadi Kerajaan, Konsert,Pesta keramaian, Maksiat akan tetap wujud.. Tugas Kerajaan adalah melakukan kawalan, Sama lah seperti Industri Judi dan Arak.. tanpa DAP..Kerajaan 95% Melayu Islam, Siap dengan anggota kabinet dari parti Islam..lesen Judi, Pesta Maksiat tetap wujud, Malah akin banyak..
Aku ni bukan lah kaki konsert.. Dan tidaklah anti Konsert...Aku sendiri dari sekolah Peminat Linkin Park.. Tapi seumur hidup takda lah sampai nak pergi layan dan tengok Konsert..Cukup dengar lagu.. Dalam waktu yang sama..Kita kena raikan hak bukan Islam untuk adakan Konsert dan hiburan depa.. Memberikan hak bukan bermakna Redha dgn Maksiat..sama seperti judi dan arak..
Dalam Islam.. Samada dengan Istilah al-Ghina’ (الْغِنَاءَ ) yakni Nyayian.. atau alunan muzik Al-Ma’azif (مَعَازِفُ) Sebahagian Ulama mengHARAMkannya.. Jika ikut tafsiran sebahagian Ulama, Muzik dalam Nasyid juga Haram.. tu sebab penetapan hukum mestilah dilihat pada sudut konteks(Siyaq) dan kefahaman yang betul ..
SIFAT DEMOKRAT NABI SAW TERHADAP HIBURAN..
Namun dalam pemerintahan, Dalam Politik...kita belajar lah dari sifat demokrat yang dilakukan Nabi SAW meraikan kepelbagaian tradisi suku kaum meraikan hari kebesaran dan nyanyian kaum mereka.. kerana hiburan ini sebahagian dari perhiasan bagi manusia..
Sifat Demokrat dan meraikan kepelbagaian Ini pernah dilakukan Nabi SAW.. Ketika itu Abu Bakar bersama Nabi SAW sedang meraikan Eidulfitri dan Perayaan..Kebetulan lalu dikawasan kaum Ansar.. Dan lalu kedengaran bunyi seruling... Lantas Abu Bakar berkata sebanyak 2 kali..
مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ
" Seruling Syaitan.."
lalu apa kata Nabi SAW kepada Abu Bakar.. ?
دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا، وَإِنَّ عِيدَنَا هَذَا الْيَوْمُ "
“biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum adanya hari perayaan, dan hari ini merupakan hari raya bagi kita....”
Nabi SAW tidak bersikap seperti taliban atau Ahli majlis PBT Kelantan merampas alat muzik atau memotong pakaian seksi depa.... sebab disitu ada banyak ruang lain untuk dakwah.. Malah pernah dalam satu Majlis Perkhwinan.. Nabi tahu kesukaan kaum Ansar, lalu apa kata Nabi kepada Aisyah... ?
يَا عَائِشَةُ مَا كَانَ مَعَكُمْ لَهْوٌ فَإِنَّ الأَنْصَارَ يُعْجِبُهُمُ اللَّهْوُ
“Wahai Aisyah, apakah tidak ada sebarang hiburan dalam majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan... "
Namun apa yang aku lihat kebelakangan ini yang menjadi Salah.. Bila Muslim berlebih lebih dengan hiburan.. Kalau Hiburan itu anjuran swasta dan korperat..takpe lah.. Dalam Keadaan negara kita dihimpit masalah Ekonomi..Peningkatan Kos sara hidup..patutnya Kerajaan berfikir bagaimana mahu membantu Rakyat..Tetapi tak kira Kerajaan Pusat atau negeri, depa berhabis jutaan ringgit hanya untuk membayar artis dan Hiburan, menaja konsert konsert besar....Jadi Kerajaan dan Pemimpin Kerajaan hari ini perlu ingat ancaman ini..
لا تَبِيعُوا الْقَيْنَاتِ وَلاَ تَشْتَرُوهُنَّ وَلاَ تُعَلِّمُوهُنَّ وَلاَ خَيْرَ فِي تِجَارَةٍ فِيهِنَّ وَثَمَنُهُنَّ حَرَامٌ .
" Janganlah kamu menjual penyanyi-penyanyi wanita, atau membeli mereka, atau mengajar mereka menyanyi. Tidak ada kebaikan pada urus niaga melibatkan mereka, dan nilaian harga mereka adalah HARAM ! .."
Jadi disinilah kita lihat, Biarpun di pusat ada Menteri PAS.. di Negeri ada Exco PAS.. Semua ini tidak befungsi sama sekali..yang kita marah..Bila duit Kerajaan bermudah mudah depa belanjakan untuk Konsert dan Hiburan.. 😉
Ipohmali
Post a Comment