Sunday, September 25, 2022

‘Dark Side’, jenayah seksual bom jangka.. & DBKL surau bergerak.



1. Aktiviti ‘Dark Side’: Jenayah seksual anak muda membimbangkan.  OlehNORHANA MAT ZIN
Senator Dato' Ahmad Yahaya

KUALA LUMPUR: Isu jenayah seksual dalam kalangan anak muda, lebih parah melibatkan golongan terpelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bukan suatu topik baharu, bahkan telah melibatkan perbincangan yang lumat sejak sekian lama. 

Jika sebelum ini pelajar IPT dikaitkan dengan pertambahan bilangan individu yang dijangkiti HIV di negara ini, khususnya angkara hubungan songsang gay antara lelaki dengan lelaki; terbaharu, negara dikejutkan dengan laporan berita mengenai seorang pelajar lelaki yang boleh diletakkan dalam kategori golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan aneh (LGBTQ+), ekoran kecenderungan seksualnya yang pelik tetapi berbahaya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin (19 Sept) lalu telah menahan seorang pelajar IPT lelaki warga asing berusia 24 tahun di Seremban, Negeri Sembilan kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit miliknya, yang mana kesemua mangsa ialah kanak-kanak di luar negara.

Tangkapan dilakukan terhadap suspek oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, hasil kerjasama antara PDRM dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).

Modus operandi suspek yang akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban untuk pertuduhan pada hari ini, Khamis (22 Sept) mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan·Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga puluh tahun dan sebatan, adalah dengan menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapat bahan berunsur seksual (sextortion). 

Budaya LGBTQ+ tiada tempat di Malaysia bagi kesejahteraan dan keharmonian berpanjangan masyarakat di negara ini.

Namun, wujud jenayah seksual yang lebih membimbangkan dan sudah menular dalam kalangan anak muda Malaysia secara ‘tersembunyi’, apa yang dikenali sebagai aktiviti ‘ Dark Side’ (DS).

Senator Dato’ Ahmad Yahaya berkata, betapa meruncingnya realiti kerosakan anak muda sekarang ini dengan kebebasan tanpa batasan. 

Sehubungan itu, beliau berkongsi suatu penulisan milik Cikgu Fadli Salleh, seorang aktivis masyarakat yang menceritakan mengenai aktiviti ‘Dark Side’ dalam kalangan golongan anak muda tempatan di ruangan Facebook miliknya. 

Cikgu Fadli mendedahkan bahawa ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, pelajar IPT di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan anak-anak gadis Melayu yang telah bekerja terlibat dengan aktiviti DS khususnya melalui Twitter.

“Kelompok ini masing-masing bertukar pasangan songsang serta tidak kurang daripadanya sehingga ke aktiviti kelamin yang tidak sah di sisi agama. 

“Walaupun bergelar status isteri, masih ada juga yang melibatkan diri dengan aktiviti DS.  Ada sebahagiannya pula, berhubung semula dengan bekas pasangan untuk berasmara dan seterusnya merakamkan aktiviti lucah dan sebagainya,” dedah Cikgu Fadli di FB miliknya itu.

Mengulas lanjut, Ahmad menegaskan, aktiviti DS dan HIV yang dikaitkan dengan anak muda tempatan adalah bukti menunjukkan senario itu membimbangkan.

Katanya, selain aktiviti DS yang didedahkan, sebelum ini aktiviti bertukar pasangan suami isteri turut heboh diperkatakan dalam masyarakat mencetuskan kegusaran terhadap tahap masyarakat kita pada hari ini. 

Bom jangka yang bakal meletus

Namun demikian isu ini tidak pernah selesai meskipun ia terlindung daripada lensa dan perhatian umum masyarakat. 

Beliau turut memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pernah mengeluarkan statistik pada tahun 2021 yang menunjukkan 77 peratus golongan berusia di antara 20 hingga 39 tahun didapati positif HIV. 

Perkongsian Cikgu Fadli Salleh mengenai aktiviti Dark Side di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, statistik yang dikeluarkan pada tahun 2020 pula, mendapati 94 peratus daripada keseluruhan 3,146 kes jangkitan baharu menunjukkan faktor utama jangkitan HIV adalah melalui transmisi seksual homoseksual mahupun biseksual. 

Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berkata, lebih mendukacitakan adalah pengidap HIV itu terdiri daripada golongan Melayu yang mengamalkan seks songsang.

“Disebabkan perkembangan teknologi dan arus kemodenan semasa turut mendorong kepada peningkatan jenayah seksual khususnya dalam kalangan anak muda yang sukar untuk ditangani,” ujarnya kepada HarakahDaily

Menurutnya lagi, dalam isu ini tiada siapa yang boleh menafikan bagaimana jenayah seksual semakin membarah dalam masyarakat, tidak terkecuali juga golongan yang masih muda. 

Justeru, beliau berpandangan bahawa kerajaan perlu menggariskan pelan tindakan yang jelas bagi menangani jenayah seksual dalam kalangan anak muda pada hari ini. 

“Pertama, pemantauan terhadap aktiviti jenayah seksual yang berlaku di media sosial perlu dilaksanakan secara berstrategi. 

“Kedua, penggubalan dasar yang khusus untuk menangani jenayah seksual anak muda merangkumi ruang-ruang kerosakan yang masuk ke dalam negara,” ujarnya. 

Katanya, beliau pernah menyebut dalam persidangan Dewan Negara bahawa sudah sampai masanya kerajaan merintis denai untuk mengawal sebahagian kandungan penerimaan siaran langsung seperti Netflix.

“Medium sebegini tetap memberikan merit kepada isu jenayah seksual secara tidak langsung. 

“Hal ini termasuklah produksi drama tempatan yang lebih banyak menggalakkan hubungan ‘couple’ anak muda yang menjadi titik awal kepada jenayah seksual zina pada masa akan datang,” ujarnya. 

Seterusnya, beliau turut berpandangan agar pihak kerajaan dapat menyediakan ruang perundangan yang jelas bagi intervensi jenayah seksual dalam negara khususnya dalam kalangan anak muda. 

Katanya, sudah tiba masanya semua pihak berbincang soal masa depan iaitu berbalik kepada prinsip asas yang dianjurkan dalam Islam iaitu Amar Ma’ruf Nahi Munkar. 

Namun demikian, ujar Ahmad, kerajaan juga perlu bertegas dengan tanpa kompromi untuk menutup segala ruang paparan bersifat pornografi.

Tidak terkecuali sudah tentu aplikasi jaringan geososial yang dikhususkan untuk mencari teman seksual baik buat golongan heteroseksual mahupun homoseksual yang begitu mudah dan meluas diperoleh hanya melalui kecanggihan teknologi telefon bimbit.

“Penyelesaian secara tuntas mesti digerakkan bermula hari ini. Usah biarkan generasi hari ini dan akan datang semakin hanyut ditelan gelombang kerosakan yang menggila. 

“Dunia hari ini bercakap soal kebebasan di sana sini. Kita juga bergelut sama bercakap soal kebebasan sehingga tanpa kita sedar ianya telah melanggar sempadan yang ditetapkan oleh agama. 

“Akhirnya, kesemuanya semakin merekah dan meruncing ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletus,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 22/09/2022


2. DBKL perkenal surau bergerak mudahkan pengunjung tunaikan solat  

Foto DBKL

KUALA LUMPUR: Pengunjung program luar di sekitar ibu negara kini lebih mudah menunaikan solat menerusi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengubah suai satu unit pejabat bergeraknya sebagai surau bergerak.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata surau bergerak menggunakan lori seberat 10 tan itu dilengkapi dengan penghawa dingin serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.

"Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

"Surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, turut dilancarkan kenderaan baharu bagi Skuad Penyelamat DBKL iaitu Rapid Response Vehicle (RRV) yang dilengkapi peralatan kecemasan seperti mesin pemotong besi, gergaji dan pakaian anti lebah.

Ia akan digunakan untuk memberi bantuan kecemasan bencana alam apabila terdapat pokok tumbang atau objek yang menghalang laluan awam selain menangani masalah gangguan binatang liar dan berbisa seperti ular, lebah dan tebuan.

"DBKL sudah ada persefahaman antara agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekiranya membabitkan ancaman haiwan berbisa dan tidak membabitkan nyawa, Skuad Penyelamat DBKL akan memberi bantuan segera," katanya.

– BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Awas! ‘Dark Side’ jenayah seksual, bagai bom jangka bakal meletus..  

(ii) Tahniah DBKL, surau bergerak lambang keprihatinan dan kemudahan rakyat. Al-hamdulillah!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Dapig kata menentang rasuah adalah agenda utama parti. Ia ker. Sedangkan eng guan punya kes pun belum tahu putusnya. Berlegar di luar sana ramai pemberi rasuah. Hati hati dengan dapig. Mat sabun pun kononnya terima rasuah untuk bawa keluar team 18. Mat sabun pun dibayar oleh dapig untuk merosakkan pas.

Abam terima berapa juta dari dapig. Politik abam, politik berbayar. Rumah abam pun punya nilai 12 juta lebih. Banyak fulus beredar dalam politik parti liberal, parti kuali dan dapig. Mana sumbernya? Negara mana beri dana?

Beza ngan pas. Dana cuma dari tin milo. Satu satunya parti yg terang ttg sumbernya. Walaupun kelihatan kekampungan tapi pimpinannya berqualiti ilmu dan akhlaq.

Satu satu parti yg sukar difahami oleh parti kotor seperti parti liberal, parti kuali dan dapig. Parti kotor utamakan arak. Parti kotor utamakan liberal. Parti kotor utamakan lgbt. Parti kotor utamakan fitnah. 90 juta, 47kes. Politik jadi kotor bila pee hancing masuk gelanggang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails