Saturday, September 24, 2022

Gadis mati di tahanan polis Iran. Wartawan siar ditahan.

 

Mahsa Amini meninggal dunia pada Jumaat, 16 Sept 2022 ketika berada dalam tahanan polis moral Iran. (FOTO: Harperbazaar.com)

1. Kematian Mahsa Amini perlu disiasat – Presiden Iran

NEW YORK: Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengumumkan bahawa kematian seorang gadis berusia 22 tahun, Mahsa Amini ketika berada dalam tahanan polis mesti disiasat selepas insiden itu mencetuskan bantahan meluas orang ramai.

Bercakap dalam lawatan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Raisi bagaimanapun menuduh Barat hipokrit kerana menimbulkan kebimbangan mengenai kematian Mahsa Amini, lapor BBC.

Amini meninggal dunia beberapa jam selepas polis moral menangkapnya kerana didakwa melanggar peraturan bertudung.

Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam rusuhan terburuk di Iran itu, yang tercetus susulan kematian Amini dari bandar Saqez yang meninggal dunia di hospital di Tehran pada Jumaat (16 Sept) selepas tiga hari koma ketika berada dalam tahanan polis moral Iran.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi ketika menghadiri Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 23 Sept 2022. (FOTO: BBC)

Raisi mengulangi kesimpulan koroner bahawa wanita muda itu tidak dipukul. Polis Iran dalam kenyataannya sebelum berkata, Amini mengalami ‘kegagalan jantung mengejut’.

Penunjuk perasaan menolak pernyataan itu, menunjuk kepada laporan bahawa pegawai memukul kepala Amini dengan baton dan menghantukkan kepalanya pada salah satu kenderaan mereka.

Sementara itu, Raisi memberi amaran kepada penunjuk perasaan bahawa ‘tindakan huru-hara’ tidak boleh diterima.

Beliau menuduh negara Barat bias, dengan menyamakan kes kematian Amini dengan pembunuhan oleh polis terhadap orang awam di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Setiap hari di negara yang berbeza, termasuk Amerika Syarikat, kita melihat lelaki dan wanita mati dalam pertemuan polis, tetapi tidak ada sensitiviti mengenai punca dan menangani keganasan ini,” ujarnya.

Kenyataan Raisi kepada Barat itu adalah beberapa jam selepas AS mengumumkan sekatan dikenakan ke atas polis moral Iran.

Terdahulu, Jabatan perbendaharaan AS berkata bahawa sekatan itu adalah susulan penderaan wanita Iran dan pencabulan hak penunjuk perasaan.

BBC turut melaporkan bahawa pengawal Revolusi Iran yang mempunyai hubungan rapat dengan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, menggesa badan kehakiman untuk mendakwa ‘mereka yang menyebarkan berita palsu dan khabar angin’ sebagai sebahagian daripada usaha nyata untuk menghentikan momentum protes orang awam di jalanan.

Protes jalanan dilaporkan BBC Parsi telah merebak ke kira-kira 80 bandar dan pekan di seluruh Iran.

Dalam temu bual dengan BBC Parsi, Amjab, bapa Amini berkata dia tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk melihat mayatnya selepas ia dibungkus untuk pengebumian, sedangkan hanya muka dan kakinya yang kelihatan.

“Terdapat kesan lebam di kakinya,” katanya, sambil menambah bahawa dia telah meminta doktor untuk memeriksa mereka tetapi tidak pernah mendengarnya.

Amjad juga menolak dakwaan daripada menteri dalam negeri dan pengarah perubatan forensik Tehran bahawa anak perempuannya mempunyai sebarang masalah kesihatan. – HARAKAHDAILY 23/9/2022


2. Wartawan siar gambar Mahsa Amini ditahan polis Iran 

Wartawan akhbar Shargh, Niloufar Hamedi kini berada dalam tahanan pasukan keselamatan Iran sejak semalam, Khamis, 22 Sept 2022. (FOTO: tco/Twitter)

TEHRAN: Seorang wartawan yang menyiarkan gambar menyayat hati saudara-mara Mahsa Amini, wanita muda yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh polis moral di Tehran, telah ditahan oleh pasukan keselamatan Iran.

Mohammed Ali Kamfirouzi, peguam yang mewakili wartawan wanita akhbar Shargh dikenali sebagai Niloufar Hamedi itu berkata, anak guamnya itu ditangkap pada pagi Khamis (22 Sept), lapor The New Arab.

“Kediaman dan barang-barang Niloufar telah dirampas,” katanya. 

Gerombolan penunjuk perasaan di Tehran, Iran pada 21 Sept 2022. (FOTO: AFP)

Laporan penahanan Hamedi berikutan tindakan keras oleh pasukan keselamatan Iran di seluruh negara terhadap penunjuk perasaan yang marah dengan kematian Amini pada Jumaat (16 Sept) lalu.

Amini, wanita Kurdish berusia 22 tahun itu ditahan polis di Tehran minggu lalu kerana didakwa memakai tudung dengan cara yang ‘tidak wajar’, namun dia mengalami koma dalam tahanan, sebelum meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara Iran, didakwa selepas dipukul oleh polis.

Hamedi menyiarkan ke Twitter imej bapa dan nenek Amini ketika mereka berpelukan di hospital, lokasi Amini meninggal dunia, dengan imej berkenaan dikongsi secara meluas di media sosial.

Wartawan foto terkenal Iran, Yalda Moaiery juga kini berada dalam tahanan pasukan keselamatan negara itu selepas ditangkap ketika membuat liputan sekitar protes jalanan orang awam di Tehran pada 20 Sept 2022 yang menunjuk perasaan susulan kematian Mahsa Amini. (FOTO: Wikimedia Commons)

“Sekurang-kurangnya 31 orang awam telah terbunuh dalam tindakan keras terhadap protes itu,” dakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi yang berpangkalan di Norway pada Khamis (22 Sept).

Terdahulu, Jawatankuasa Melindungi Wartawan pada Selasa (20 Sept) mendakwa wartawan foto, Yalda Moaiery telah ditangkap oleh pasukan keselamatan Iran pada Selasa (20 Sept) semasa membuat liputan protes berkenaan. – HARAKAHDAILY 23/9/2022

Lihat sebelum ini.. 

CNN Batal interbiau Presiden Iran, bila diminta be... Wartawan CNN, Christiane Amanpour, batal wawancara dengan Presiden Iran Raisi kerana diminta bertudung (Sumber foto: Twitter @amanpour)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

  1. Hasutan, fitnah jijik Gang Mafia Kerala masih belum cukup ‘power’ sebab itu nak lambat kan PRU 15. Rakyat buat bodoh dengan segala fitnah jijik walaun Tun Mahathir, Lim Guan Eng dan Brother Anwar Bin Ibrahim

    Pembangkang dakwa kerajaan hari ini kerajaan gagal, tetapi tuntut PRU-15 dilambatkan. Sebenarnya fitnah mereka belum cukup power.

    Rakyat tidak terpengaruh. Sebab itu minta dilambatkan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

    PH termasuk Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli semakin giat menyerang kepimpinan BN termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Rafizi Ramli takut kepada pengaruh Facebook Datuk Seri Najib Razak.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi turut menyifatkan Rafizi hipokrit apabila menjaja kononnya bekas Perdana Menteri itu mendapat layanan umpama ‘merpati’ di penjara selepas melihat Facebook Najib masih aktif... takut ke main Raja Bongkar Cap Ayam diam bisu takut nak bongkar AMLA Zety dan rasuah Hakim Nazlan hanjing Kerala ini..!?

    Sebenarnya Rafizi takut pada FB Najib. Penjara berjaya lemahkan sebahagian kekuatan media sosial Umno. Sebab itu Rafizi bawa cerita fitnah bila FB Najib diaktifkan.

    Tak cukup fitnah jijik ratib Najib hari hari maka peranan Majlis Peguam Malaysia warning Agong... Pendirian Majlis Peguam bukan lagi bersandarkan keluhuran undang2 tetapi lebih kepada pendiran politik kepartian terutama nya Pakatan Harapan....peerghh tak cukup power lagi nampak nya Gang Mafia Kerala PH ini rupanya..!!

    Sebab apa Tok Guru Abdul Hadi Awang menjadi sasaran serangan? Pada tahun 2015, DAP dan PKR cuba menjatuhkan Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang sebab beliau tidak sokong Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih sebagai Menteri Besar Selangor. Hari ini, mereka nak jatuhkan Tok Guru Hadi sebab beliau enggan putuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu.

    Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada masa ini membangkitkan isu kemungkinan berlaku banjir besar sekiranya PRU-15 diadakan hujung tahun ini.

    Kenapa Zahid bebas ada terpekik terlolong lgi... hurmat sket mahkamah la wooii..!! Pi cari Jho Low, Zety Nik Faisal n Taufiq ada jugak paedahnya..!!

    Kanina punya olang

    ReplyDelete