Saturday, September 17, 2022

Hari M'sia: Sureeya kekal rentak emas.

 

Atlet Johor, Sureeya Sankar (kanan) menewaskan atlet Selangor, Thevadharshan Kali Thass pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dalam perlawanan akhir Kumite bawah 67kg di Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA Shah Alam. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

1. Sureeya kekal rentak emas

SHAH ALAM: Atlet Johor, H S Sureeya Sankar membawa momentum kejayaan di Sukan SEA Vietnam 2021 ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, sekali gus mendedikasikan kilauan emas diraihnya itu untuk sambutan Hari Malaysia.

Sureeya yang memenangi dua emas di Hanoi dalam acara 67 kilogram (kg) lelaki dan kumite berpasukan lelaki, menewaskan lawannya dari Selangor, K T Thevadharshan dengan keputusan 8-0 di Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, hari ini.

Lebih manis, kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya dalam temasya SUKMA.

"Dari awal saya sudah meletakkan sasaran emas. Walaupun sedikit tertekan, perlawanan ini boleh dikatakan seimbang. Apapun, dengan mengikuti perancangan asal, saya mampu melakukannya.

"Perlawanan ini tidak mudah tetapi seimbang. Saya perlu bertenang dengan memberikan tumpuan kepada perkara yang lain," kata atlet berusia 20 tahun yang selepas ini mensasarkan dapat mewakili kontinjen negara ke Sukan SEA Kemboja tahun depan.

"Emas ini saya dedikasikan untuk Hari Malaysia. Tentunya saya berbangga kerana dapat meraih emas pada hari yang istimewa ini," katanya.

Sementara itu, kategori 75kg lelaki dimenangi atlet Selangor, M Gogulnath yang memenangi pertembungan dengan seteru dari Wilayah Persekutuan, K Logen dengan keputusan 3-0. 


2. PAS: Seni mempertahankan diri tuntutan agama Oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi 

Masyarakat Melayu Islam sudah sinonim dengan seni mempertahankan diri sehingga ia menjadi darah daging yang tidak dapat dipisahkan.

Bahkan, nama-nama pahlawan Melayu yang mempertahankan agama dan negara dari penjajah telah meniti dibibir turun temurun seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain lagi.

Beberapa hari lepas saya sempat menghadiri majlis penutup kursus latihan parang anjuran Persatuan Seni Silat Gayong Johor. Saya rasa bertuah kerana dapat menghadiri majlis ini khususnya pertemuan dengan Pengerusi Majlis Gurulatih PSSG Johor, Jazwan Kahar yang pernah meneyrtai Fight Masters Silat, National Geographic.

Seni mempertahan diri sama ada dengan senjata atau tanpa senjata, bukan saja satu budaya yang mesti dipertahankan, bahkan ia salah satu tuntutan agama untuk disuburkan dalam masyarakat.

Masyarakat kita selalu ditanam dengan mafhum hadis Nabi SAW bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Mereka lupa bahawa di sana ada hadis juga yang mafhumnya; syurga itu di bawah bayang-bayang pedang.

Bahkan juga di sana terdapat hadis; saranan Nabi SAW supaya mengajar anak-anak aktiviti lasak dan seni persenjataan.

Pun begitu perkara ini tidak mengambarkan Islam adalah agama ganas sebagaimana tuduhan sesetengah pihak apabila membicarakan topik jihad dan peperangan; termasuk persiapan untuk berperang.

Konsep jihad begitu luas di mana membawa erti bersungguh atau bersabar di dalam memikul tanggungjawab agama. Islam mendahulukan damai dan mengambil perang sebagai jalan terakhir.

Sekalipun Islam menyarankan umatnya untuk berperang, akan tetapi peperangan di dalam Islam mempunyai cara, kaedah, syarat dan adab-adabnya.

Setiap kali Nabi SAW mengutuskan Sahabat-sahabatnya ke medan perang, baginda berpesan jangan sekali-kali membunuh kanak-kanak, orang tua, perempuan dan paderi-paderi di dalam rumah ibadah mereka.

Di saat umat Islam dilabel sebagai pengganas, sebenarnya mereka adalah mangsa keganasan. Sekitar tahun 1990-an umat Islam di Balkan menjadi mangsa keganasan Serbia sehingga mengorbankan lebih dari 200 ribu nyawa.

Umat Islam di Palestin, termasuk Kristian menjadi mangsa keganasan regim zionis dari tahun 1948 sehingga sekarang. Puluhan ribu umat Islam Arakan di Myanmar menjadi mangsa keganasan fanatik Buddha yang tidak berkesudahan.

Sesetengah pihak di barat menuduh Islam tersebar dengan pedang. Walhal realitinya kebanyakan negara-negara yang dibuka oleh Islam adalah dengan jalan dakwah.

Pedang atau agama

Tidak dengan peperangan seperti wilayah nusantara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai. Malah sejarah membuktikan sebaliknya berlaku apabila tentera Sepanyol mendarat di wilayah Amerika Selatan, mereka memberikan kata dua kepada penduduknya; sama ada kamu menerima pedang kami atau kamu menerima agama kami.

Islam sendiri menyuruh kita mempertahankan agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Bermakna Islam memadukan jasad dan roh agar kekuatan tersebut dimanfaatkan kepada lima kepentingan yang dinyatakan itu.

Kerana itu para pengamal seni mempertahankan diri jangan terheret oleh dogma ketakutan dan pasif lantaran tuduhan-tuduhan seperti ini. Sedangkan kalian berada di satu martabat jika meletakkan niat ilmu persilatan yang ditimba untuk ugama. Tidak mudah mempersiapkan jasad dan roh seperti yang dilakukan anggota seni mempertahankan diri.

Oleh itu, kekal dan teruskan ia menjadi ilmu yang diwarisi atas semangat dan tuntutan agama dengan dipersiapkan penuh kesungguhan (jihad). Abaikan tuduhan-tuduhan yang memanah, sebaliknya amalkan secara benar mengikut ajaran Islam dan menurut disiplin diterapkan.

Kerana disebalik segala rekayasa memburukkan agama ini, hakikatnya Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah nyata dan jelas di mana ia lebih tajam dari mata-mata pedang.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

SPRM, PDRM dan AG out of servis..

Najib Razak bukan calang2 , DSNR respon dengan fakta, maka ini membuat Rafizi jem otak.

Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.

Setelah DSNR dimasukkan kedalam penjara melalui kerja kotor dan konspirasi , maka jika Rafizi serang DSNR , dia akan kena balun oleh netizen atas dasar ‘pengecut’ dan “pondan” seperti Tun Mahathir kerana menyerang musuh yang tidak boleh menjawap dan membalas serangan.

Apa yang elok dan patut Rafizi lalukan adalah mendedahkan rasuah terbesar bekas Gabenor Bank Negara dan juga kes rasuah Hakim Nazlan yang cuba di ‘cover up” oleh pihak tertentu.

Zety dan Taufik Ayman baru terserempak di Bangsar..shopping mopping sakan dng duit AMLA sebanyak RM700 jota

Depa tido lena makan gaji buta sedang kan Jho Low bermewah di Kelab Layar Hong Kong. JhoLow tak jumpa2. Nik Faisal tak jumpa juga. Zety Taufik Nazlan CEO Astro ada kat KL tak kan tak jumpa juga.

Jho Low n the gang jadikan maruah PDRM , SPRM dan AG dipandang rendah jadi bahan lawak jenaka oleh rakyat Malaysia..!?

Caller :Operator please call PDRM..

Operator : Sorry Sir PDRM not in servis

Caller : Ok please call SPRM now

Operator : Sorry Sir SPRM not in servis

Caller : Call AG lahhh..

Operator : Sorry Sir AG out of servis

Caller : OMG no wonder i call +603 No wonder this is Malaysia...

Operator : Kikikikiki...

#SelamatHariMalaysia

Anonymous said...

Bila Rafizi hendak dedah rasuah Zeti dan Nazlan?

Maka, “Ayuh Rafizi” sila dedah rasuah kedua kuda kayu Mahathir ini.

Jika Rafizi persoal kenapa kedua perasuah ini masih belum didakwa dakwa lagi Rafizi akan dilihat sebagai jaguh sebenar membenci skandal dan rasuah.

Selepas menghilang diri sebaik sahaja kes “BAFIA” kali ini Rafizi muncul semula dengan serang Najib Razak.

Tapi semenjak rakyat tahu kerja Rafizi suka buka isu dan skandal semata mata untuk meraih sokongan , maka kali ini Rafizi macam tidak laku lagi.

Walaupun Rafizi Ramli bersungguh sungguh dengan skandal LCS , tapi nampaknya rakyat semacam buat bodoh sahaja.

Skandal LCS tidak begitu jadi bahan bualan rakyat. Majlis “Ayuh Malaysia” anjuran Parti Keadilan Rakyat baru lalu, Rafizi bersama Anwar di hadapan penyokong sendiri sekadar menyerang Datuk Seri Ismail Sabri sahaja.

Anwar pula dengan slogan kosong “Kita Humban mereka”. Ansar tak hentam Zers dan Taufik Mazlan dan CEO Astro sebab kuda kayu Tun ada sebelah dia menyandang Tim Presiden PKR. Kesian Brother Anwar Bin Ibrahim mulut kena kunci.

Elok dan patut Rafizi lalukan adalah mendedahkan rasuah terbesar bekas Gabenor Bank Negara dan juga kes rasuah Hakim Nazlan yang cuba di ‘cover up” oleh pihak tertentu.

Itu lah sepatutnya Rafizi lakukan untuk dilihat ‘serious’ sebagai pembenci skandal dan rasuah.

Jika Rafizi boleh perolehi dokumen cincin Rosmah , dokumen LCS dan dokumen NFC, mustahil Rafizi tidak ada pihak yang boleh beri maklumat tentang rasuah Zeti dan Nazlan yang sah terima rasuah melalui siasatan PDRM dan SPRM.

Berbalik kepada isu LCS Rafizi, Nampak nya kali ini tidak menjadi bualan rakyat. Rakyat sudah tahu kerja skandal pilihan Rafizi bukan skandal sebenar ia sekadar permainan persepsi sahaja.

Mungkin agaknya Rafizi tiada modal lain lagi dan rakyat sudah jemu.

#raafizipejuangrasuahcopayam

Anonymous said...

Besar punya celaka..kerja kotor barua Melayu proksi DAP@Lee Kwan Yew yang terfitnah UMNO yang dapat laba Parti Kaum Cina dan individu kaum Cina yang ramai dari Pulau Pinang. Jho Low lesap dan kaum sedang tepok tangan lihat sesama Melayu bercakaran..!!

Bukan ke ini conflict of interest? . Ini besar punya celaka fitnah tuan puan.!!! Pernah kah MCA Gerakan dan DAP mencemuh dan mengutuk perbuatan Jho Low. Mereka menggangap Jho Low sebagai pejuang yang menghancurkan Melayu dan Parti UMNO.

Sebab apa tindakan tidak diambil terhadap lebih dari 350 penerima duit 1MDB yang bukan dari Umno? Kebanyakan penerima ini dari Pulau Pinang dan mereka telah menerima sejumlah RM780 juta, pada hal orang Umno menerima hanya RM19 juta sahaja.

Senarai Nama Kaum Cina Penerima Wang Rasuah 1MDB. Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah meminta bekas Peguam Negara Tommy Thomas sembunyikan di masa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kerajaan pH.

Rahsia DAP menyembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB.

1. Laverage Asia Sdn Bhd 31.5 juta
2. Enr Marketing. 24.3 juta
3. Mega Utilities Sdn Bhd. 18.3. juta
4. Kek Lok Si Tample 12 juta
5. Homewin Renovation n Cons 11.44 juta
6. Music Melody Store. 6.58 juta
7. G Event Managmnt. 2.93 juta
8. Pers Cintai A. Sekitar P. Pinang. 2.65 juta
9. Jaya Printing & Advertising. 1.07 juta
10. MCA Bah Tanjung P.Pinang. 1 Juta
11. Geh Choh Hun. 22.8 juta
12. Oii Teng Seng. 4.55. juta
13. Cheah Kah Chye. 4.4 juta
14. Yeap Chee Cheong 4.4 juta
15. Goh Kheng Huat. 4.2 juta
16. Oii Kheng Hin. 4.01 juta
17. Choo Keng Hock 3.84 juta
18. Toh Lean Seng. 3.5 juta
19. Chong Thong Yeow. 3.24 juta
20. Teh Hun Liang. 3.04 juta
21. Lembaga Union Pinang School 2.25 juta
22. Pinang Chinese High School. 1.25 juta
23. Chung Ling High School. 1 juta
24 J/K Chua Nan School. 0.5 juta
25 Pers Penduduk B. Daya Penang. 0.4 juta
26. Chung Ling High School. 0.25 juta
27. Smjk Phor Tay School Commitee. 0.25 juta
28. Pers Kebudayaan Pangkalan Kota P. Pinang. 0.204 juta
29. MCA Bah Tanjung P. Pinang. 1 juta
30. Parti Gerakan Rakyt Johor. 0.4 juta
31. Parti Gerakan Kelantan. 0.3 juta
32. Parti Gerakan Malaysia. 0.25 juta
33. Parti Gerakan Cameron H/land. 0.2 juta

Bukan ke ini conflict of interest? Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak kaum nya yang paling banyak dapat habuan. Barua melayu bertuan DAP@ LeeKwanYew spt Tun sedang diarah bercakaran sesama Melayu. Hina sungguh hidup bila jadi barua mereka..

Entiti dan individu ini kebanyakannya adalah orang Cina dari Pulau Pinang dan kebanyakannya dikaitkan dengan DAP.

Peguam peguam 1MDB kini sedang menyediakan saman terhadap mereka untuk mendapatkan semula RM307 juta ini.

Bulan ini lengkap sudah kaum Jho Low DAP@ LeeKwanYew tumpang gembira tepuk tangan melihat pemimpin Melayu bercakaran berantakan sesama sendiri.

Ini kerja kotor Kartel Kerala tuan puan sekelian.. Ini besar punya celaka fitnah tuan puan.!

Bahana bila pemimpin Melayupercayakan Bangsa Perasuah DAP@LeeKwanYew ini dlm semua urusan kerajaan. Selagi Mafia Kartel Kerala berkuasa 'Bangsa Perasuah' ini kebal undang undang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails