Friday, September 02, 2022

Indo cadang tubuh bank makanan. Forum G20.

 

Padi, sebagai makanan ruji di rantau ASEAN adalah antara komoditi yang disyorkan bagi bak makanan serantau. - Foto BERNAMA

1. Indonesia cadang ASEAN tubuh bank makanan

JAKARTA: Indonesia, yang akan mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, mengesyorkan negara serantau menubuhkan bank makanan.

cadangan itu dibuat Menteri Penyelaras Ekonomi, Airlangga Hartarto, yang bercakap pada kuliah umum di Sekolah Pengajian Antarabangsa Rajaratnam di Singapura Isnin lalu.

Beliau berkata negara serantau perlu mempunyai mekanisme pembiayaan bagi membolehkan penghantaran bahan makanan asas seperti beras dari satu negara kepada yang lain sekiranya berlaku krisis bekalan makanan.

"Berapakah setiap negara boleh memperuntukkan sebagai stok kepada rakan kongsi ASEAN kita, seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam?

"Kita juga perlu menyediakan mekanisme pembiayaan untuk memindahkan stok makanan ke negara yang paling memerlukannya," kata menteri ekonomi kanan itu.

Tambah Airlangga, mekanisme yang sama turut dicadangkan oleh Indonesia dalam konteks negara anggota G20.

"Kami juga menggunakan model sama pada mesyuarat G20 untuk keselamatan makanan bagi komoditi seperti gandum.

"Kami perlu mempunyai pembiayaan kendiri dan pembiayaan multinasional yang tersedia untuk mendapatkan sumber makanan," katanya.

Julai lalu, dalam mesyuarat menteri kewangan dan pemimpin bank pusat, negara anggota G20 gagal mencapai kata sepakat mengenai krisis makanan global.

Ancaman terhadap sumber makanan global diburukkan lagi oleh pencerobohan Russia ke atas Ukraine, yang kini mengancam dan mengakibatkan jutaan orang berisiko kebuluran.

"Majoriti ahli bersetuju bahawa terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam kesaksamaan pengagihan makanan dan tenaga," kata Indonesia dalam satu kenyataan.

Data Program Makanan Sedunia menunjukkan bahawa 323 juta orang di seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk tahun ini, meningkat dua kali ganda berbanding sebelum COVID-19 dan perang di Ukraine.

Berikutan krisis harga makanan pada 2008, ASEAN sudah meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota bagi memastikan keselamatan makanan jangka panjang di rantau ini.

Dengan beras sebagai makanan ruji dalam pengeluaran pertanian, ASEAN menghasilkan rangka kerja keselamatan makanan bersepadu dan pelan tindakan strategik ke atas keselamatan makanan dengan objektif utama untuk mewujudkan rizab beras kecemasan.

Indonesia dijangka mengambil alih kepimpinan ASEAN daripada Kemboja tahun depan, ketika krisis Myanmar dan ketegangan geopolitik serantau terus meruncing.

Indonesia dijangka mendorong lebih banyak perubahan struktur kepada ASEAN, termasuk pemeriksaan semula proses asas ASEAN seperti pembuatan keputusan melalui konsensus dan mengubahnya kepada mekanisme pengundian. - AGENSI


2. Indonesia gesa forum menteri bersama G20 untuk menangani krisis makanan  

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat menteri kewangan G20 di Nusa Dua. - Foto AFP

BALI: Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati menggesa forum bersama membabitkan kementerian kewangan dan pertanian G20 menghasilkan tindakan konkrit bagi menangani masalah keselamatan makanan yang semakin meningkat dan krisis bekalan baja.

Isu keselamatan makanan antara antara agenda utama pada mesyuarat pemimpin kewangan G20 di Nusa Dua, di sini, di mana tuan rumah Indonesia cuba mencari titik persamaan dalam kumpulan ketika konflik perang Russia dan Ukraine masih berterusan sehingga menyebabkan tekanan ekonomi meningkat akibat inflasi melambung tinggi.

Sri Mulyani berkata, dunia sedang menghadapi kebuluran global membimbangkan berikutan perang, sekatan eksport dan kesan pandemik yang berlarutan.

Katanya, risiko krisis bekalan baja boleh memburukkan lagi krisis makanan sehingga 2023 dan seterusnya.

"Tahun lalu, G20 sudah berjaya melakukan ini untuk kewangan dan kesihatan...kami berharap perkara yang sama juga dapat diwujudkan dengan mengukuhkan keupayaan kami untuk menggerakkan bukan sahaja pembiayaan, tetapi yang paling penting ialah penyelarasan dasar merentasi negara dan disokong oleh organisasi antarabangsa," katanya.

Tahun lalu, mesyuarat bersama yang sama telah diadakan untuk kementerian kewangan dan kesihatan bagi menangani isu seperti pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak sekata.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen pada mesyuarat yang sama menyeru ahli G20 untuk meningkatkan perbelanjaan mereka untuk menangani cabaran keselamatan makanan sedia ada.

Yellen berkata, isi rumah miskin di negara termiskin adalah yang paling terjejas secara langsung, menyekat pembangunan dan menjejaskan usaha untuk membasmi kemiskinan.

"Presiden Russia, Vladimir Putin menggunakan makanan sebagai senjata perang," katanya sambil menambah kemusnahan kemudahan pertanian, kecurian bijirin dan peralatan ladang serta sekatan berkesan pelabuhan Laut Hitam.

Perang di Ukraine telah menyebabkan harga bijirin, minyak masak, bahan bakar dan baja melambung tinggi.

Pencerobohan dan sekatan laut Russia telah menghentikan eksport, menyebabkan berpuluh-puluh kapal terkandas dan kira-kira 20 juta tan bijirin tersangkut di Odesa.

Semasa perbincangan, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala, berkata terdapat risiko bekalan makanan mungkin dialihkan dari negara yang lebih miskin kepada yang lebih kaya, seperti yang berlaku dengan vaksin COVID-19. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimIndonesia cadang tubuh bank makanan. Juga gesa forum menteri bersama G20 untuk menangani krisis makanan.

Teruskan dengan izin Allah SWT! 

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa kuda kayu Tun senyap kes Torwong Bawah Laut Lim Guan Eng

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar supaya segera membongkarkan segera penyelewengan projek terowong Pulau Pinang yang melibatkan Lim Guan Eng.

Kuda kayu Tun Mahathir, Rafizi Ramli tidak akan berbuat demikian kerana Guan Eng kroni PKR.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, walaupun Guan Eng sudah didakwa tetapi rakyat juga ingin tahu macam mana terowong itu gaib.

Katanya, Rafizi ‘bising’ apabila projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) lewat, tetapi terowong ghaib senyap. ”Penghantaran kapal pertama lewat dari tarikh asal pada April 2019.

Kelewatan itu tambah parah kerana dibekukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Tetapi LCS tidak ghaib macam terowong,” katanya dalma hantaran di Facebook.

Secara sinis mungkin terowong Guan Eng ghaib disorok oleh orang bunian laut sampaikan kuda kayu Tun jelejah bersama‘trak Rafizi’ jadi bisu kaku dan bebal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails