Monday, September 12, 2022

Ini usaha bangunkan kehidupan rakyat. Orang Asli di Tasik Chini.

 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (topi biru) dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua kiri) pada Program Pelepasan 21,000 Benih Ikan Air Tawar di Tasik Chini. - Foto MOHD RAFI MAMAT

Lebih 90,000 benih ikan dilepas demi kelangungan hidup Orang Asli di Tasik Chini

PEKAN: Jabatan Perikanan Pahang melepaskan lebih 96,500 benih ikan ke Tasik Chini, di sini secara berperingkat sejak tahun lalu, membabitkan empat spesies ikan air tawar iaitu lampam sungai, baung, sebarau dan terbol.

Pengarah Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata sumber utama benih ikan dikeluarkan Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok, Jerantut dan PPA Bukit Tinggi, Bentong.

Katanya, pelepasan benih ikan di Tasik Chini bertujuan untuk menambah stok ikan di perairan berkenaan seterusnya memberi manfaat khususnya kepada nelayan darat terutama komuniti Orang Asli.

Beliau berkata, penduduk setempat melakukan aktiviti memancing sebagai sumber makanan keluarga selain untuk dijual bagi menambah pendapatan. 

"Jabatan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha menambah stok ikan diperairan umum negeri ini, selain tasik aktiviti pelepasan benih ikan turut dilakukan di beberapa sungai utama dan empangan di Pahang.

"Turut dilepaskan benih udang galah dan antara lokasi pelepasan di Sungai Rompin dan Sungai Pontian di Rompin termasuk Sungai Kuantan serta Sungai Bukit Rangin di Kuantan," katanya pada Program Pelepasan 21,000 Benih Ikan Air Tawar di Tasik Chini sempena Program Penanaman Pokok dan Penggayaan Tasik Chini, di sini.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Turut sama Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa.

Abdullah menambah, aktiviti memancing diharap menjadi produk tambahan kepada sektor pelancongan di Tasik Chini yang sudah lama terkenal sebagai destinasi kunjungan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat keindahan tasik semula jadi.

"Saya difahamkan setiap hari komuniti Orang Asli yang menetap berhampiran Tasik Chini menangkap ikan menggunakan pancing, mereka menggunakan perahu untuk sampai ke tempat berkenaan.

"Jabatan akan terus berusaha menambah stok ikan di Tasik Chini menerusi program pelepasan benih ikan spesies utama seperti lampam sungai, baung, sebarau dan terbol secara berterusan setiap tahun," katanya yang berharap aktiviti pengawalan kegiatan dilarang mendapat kerjasama komuniti setempat.

BERITA BERKAITAN

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Bab I

Bab II
Bab III
Bab IV
Bab V 
    Bab VI

    Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

    PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

    2 comments:

    Anonymous said...

    Ada beberapa Langah supaya mendesak Ismail Sabri menyegrakan PRU 15. Perlu tindakan yang bijak dan berhati hati supaya UMNO tidak berpecah teruk lagi.

    Tun Mahathir menunggu saat UMNO berpecah belah baru lah dia akan memulakan langkah sailang UMNO dan ahlinya. Pecah belah dalam UMNO adalah kegemaran Tun Mahathir.

    1. Meminta beberapa orang MP dari UMNO keluar dari kerajaan dan jadi ahli bebas tanpa keluar dari Parti UMNO. Makna kata masih ahli dan MP UMNO cuma dalam Parlimen jadi ahli bebas atas alasan tidak percaya lagi pada pimpinan Ismail Sabri. Maka riuh rendah puak talam dua muka Tun seperti KJ Hisyamuddin Annuar Sahidan dll terkinja kinja panas bontot.

    2. Jika langkah diatas jadi kenyataan maka dikhuatiri beberapa blog bebas seprti Tun Boboi dll akan menyokong Ismail Sabri walau pun mereka kekal Bebas. Jika ini terjadi ahli UMNO dan BN sedia maklum Ismail Sabri bukan pemimpin yang boleh dipercayai. Ismail Sabri hanyalah kuda kayu pada sesorang yang mencaturkan pimpinan nya.

    Jika langkah di atas terjadi menjadi tanggung jawab Presiden UMNO membawa usul yang kerajaan Ismail Sabri sudah hilang majoriti dan PRU perlu diadakan segera. Imej Ismail Sabri sahaja akan tercalar teruk bukan imej UMNO.

    Imej UMNO tetap teguh bilamana melalui Presiden nya sudah mengistiharkan UMNO bukan parti dominan lagi dalam kerajaan Ismail Sabri. Biar Yang Dipertuan Agong mementukan samada parlimen bubar atau sebaliknya.

    Speaker Dewan Rakyat perlu menjalankan tanggungjawab nya supaya usul kerajaan Ismail Sabri sudah hilang majority sebagai kerajaan. Perkara ini perlu dibawa ke Yang Dipertuan Agong dengan kuasa Agong memutuskan supaya parlimen dibubar dan PRU 15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

    Anonymous said...

    Anwar Ibrahim Isytihar “Perang” Terhadap Azmin Ali. Lagakan Rafizi vs Azmim di Gombak. Depa semua barua Tun Mahathir

    Presiden PKR Anwar Ibrahim berikrar mengistiharkan “perang” untuk menuntut semula kawasan pilihan raya daripada mereka yang mengkhianati PKR. Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, keluar daripada parti itu dan memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Anwar berdendam dengan Azmin Ali.

    Anwar menegaskan PKR telah datang untuk “menyerang” kawasan dipegang oleh “pengkhianat” dalam acara Rapat Mega (himpunan mega) pertamanya di Melawati, kawasan dibawah DUN Gombak.

    “Dengar sini baik-baik, rakan-rakan di Gombak, Ampang dan sekutu-sekutu. Dalam strategi pilihanraya kita, kawasan paling kuat yang kita akan menyerang adalah kawasan yang dipilih rakyat, yang dipilih untuk bela nasib rakyat, yang dipilih atas nama prinsip perjuangan keadilan, kemudian khianati mereka.Sebab itu kawasan ini jadi tumpuan kita untuk hukum dan humban mereka.”- Anwar Ibrahim.

    Rafizi langsung tidak membantah dan mengkritik Tun Mahathir. Awas Bang Non Rafizi bukan kau yang punya, Rafizi itu Ahmad Albab Kerala yang punya..!!

    Maka lagakan kuda kayu Tun si Rafizi Vs Azmin Mat Blurr di Gombak..!!

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails