Pihak berkuasa mengiringi Adnan Syed keluar dari mahkamah selepas hari pertama perbicaraan untuk perbicaraan semula di Baltimore pada 3 Februari 2016. (FOTO FAIL: us.knews.media)
1. Selepas 22 tahun dipenjara: Mahkamah bebaskan Adnan Syed
MARYLAND: Seorang hakim di Baltimore pada Isnin memerintahkan pembebasan Adnan Syed selepas membatalkan sabitannya atas dakwaan membunuh bekas teman wanitanya, Hae Min Lee pada 1999.
Syed atau nama sebenarnya, Adnan Masud Syed disabitkan dengan kesalahan membunuh Lee, gadis kacukan Amerika Syarikat-Korea Selatan berusia 18 tahun yang merupakan rakan sekelasnya di Woodlawn High School ketika itu.
Warga Amerika Syarikat yang kini berusia 41 tahun itu telah menghabiskan lebih daripada 22 tahun dipenjarakan selepas diputuskan mahkamah pada 2000, dia disabitkan mahkamah dengan kesalahan membunuh, merompak, menculik sebelum dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor The Guardian.
“Syed merupakan kawan baik adik lelaki saya dan seperti abang kepada saya juga. Dari hari dia ditahan polis dari katil di kediamannya pada waktu subuh 28 Februari 1999 sehingga hari ini, dia telah mengekalkan penegasan bahawa dirinya tidak bersalah; saya dan keluarga mempercayainya,” kata peguam dan aktivis, Rabia Chaudry.
Selepas lebih 20 tahun, kes pembunuhan Hae Min Lee pada 1999 kini kembali diperkatakan dengan pengumuman pembebasan Adnan Syed oleh mahkamah pada 19 Sept 2022. (FOTO FAIL: YouTube)
Chaudry juga menegaskan bahawa setiap bukti forensik yang dikumpul menunjukkan Syed tidak bersalah – daripada helaian rambut yang ditemui pada mayat Lee, yang tidak sepadan dengan Syed kepada berpuluh-puluh sampel tanah yang diambil dari pakaian, kasut, kereta dan biliknya – yang mengembalikan keputusan negatif untuk tanah padanan dari Leakin Park, di Baltimore, lokasi mayat Min Lee ditemui pada 9 Februari 1999.
Pada minggu lalu, pendakwa raya memfailkan usul mengatakan siasatan panjang dijalankan dengan pihak pembelaan menemui bukti baharu yang boleh menjejaskan sabitan Syed.
Peguam negara untuk Baltimore, Marilyn Mosby dalam satu kenyataan berkata bahawa individu yang bertanggungjawab untuk jenayah kejam itu pelu bertanggungjawab.
Pejabat Mosby berkata siasatan telah mendedahkan maklumat yang tidak didedahkan dan baru dibangunkan mengenai dua suspek alternatif, serta data menara telefon bimbit yang tidak boleh dipercayai.
Hae Min Lee dan Adnan Syed merupakan pasangan kekasih 20 tahun lalu sebelum Lee kali terakhir dilihat masih hidup pada 13 Januari 1999. (FOTO FAIL: Nestia)“Suspek adalah orang yang dikenali pada masa penyiasatan asal tetapi tidak diketepikan atau didedahkan dengan betul kepada pihak pembelaan,” kata pendakwa raya yang enggan mengeluarkan maklumat mengenai suspek berikutan siasatan yang sedang dijalankan.
Penolong Peguam Negara, Becky Feldman pula menjelaskan bahawa butiran yang menjejaskan sabitan termasuklah keterangan saksi yang tidak boleh dipercayai dan detektif yang berpotensi berat sebelah dalam siasatan kes berkenaan.
“Kita faham betapa sukarnya perkara ini, tetapi kita perlu memastikan kita bertanggungjawab terhadap orang yang betul,” ujar Feldman.
Sementara, BBC melaporkan pendakwa raya minggu lalu meminta mahkamah membatalkan sabitan kesalahannya, dengan berkata semakan kes selama setahun telah menemui dua ‘suspek alternatif’ kes tersebut.
Adnan Syed dibebaskan selepas lebih dua dekad dijatuhi hukuman penjara untuk dibicarakan semula. (FOTO: Al Jazeera)Pejabat Peguam Negara Baltimore yang mengkaji kes itu sepanjang tahun lalu bersama peguam bela terbaharu Syed, berkata pada Rabu bahawa Syed ‘layak dibicarakan semula’.
Pendakwa raya berkata mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap integriti sabitan dan telah mengenal pasti dua suspek baharu yang diketahui polis sejak pembunuhan pada 1999 itu.
Kedua-dua suspek tidak dinamakan, tetapi pegawai berkata, kedua-duanya memiliki rekod keganasan terhadap wanita, termasuk sabitan yang berlaku selepas perbicaraan terhadap Syed.
Seorang suspek telah dibebaskan daripada penyiasatan ke atas kematian Lee selepas gagal dalam ujian pengesan pembohongan, kaedah yang tidak lagi boleh diterima di kebanyakan mahkamah AS.
Perbicaraan kes berkenaan telah disiarkan menerusi Serial Podcast yang diterbitkan oleh stesen radio awam Chicago WBEZ, yang telah menarik perhatian seluruh AS khususnya terhadap kes itu pada 2014. – HARAKAHDAILY 20/9/2022
2. Bai’ah memelihara integriti (dalaman PAS)
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمْۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad – untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
(Al-Fath: 10)
Bai’ah ini bahasa Arab. Maksudnya memberikan pengakuan taat setia. Bai’ah ini diperlukan untuk menjaga kesucian perjuangan ini. Mereka yang memberi bai’ah kepada perjuangan, tidak boleh dengan sewenang-wenangnya bermudah-mudah dengan perjuangan ini. Peristiwa bai’ah ini berlaku beberapa kali pada zaman Nabi S.A.W.
Pada sudut hukum, bai’ah tidak boleh dikaffarah seperti melanggar janji dan melanggar sumpah. Maka mereka yang berbai’ah akan memikul amanah ini selagi mana ia berada di posisi tertentu. Ia melibatkan dosa pahala, amanah dan soal jawab di hadapan Allah kelak.
Dalam kes mentadbir sesebuah negara, ia bukan kerja sambil lewa dan bermain-main. Maka untuk mengikat seseorang individu bagi melaksanakan tanggungjawab tertentu, bai’ah diperlukan. Dengan bai’ah, seseorang individu akan tertaklif dengan beban, sehingga dia tidak akan bermudah-mudah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Kita mengimpikan pemimpin yang berintegriti dalam melaksanakan tugas pemerintahan. Manakala PAS mempunyai satu sistem bagi menjamin setiap individu yang memegang jawatan dalam pemerintahan memahami tanggungjawab ini, dan mereka juga akan diikat dengan bai’ah. Jika bai’ah ini dilanggar, bukan sekadar hukuman dunia bahkan yang melanggar akan menanggung kesusahan yang besar di akhirat kelak.
Sebab tu dalam PAS, jawatan bukan kemuliaan bahkan satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan semula diakhirat kelak. Yang memperoleh jawatan kerana tamak, Allah akan meninggalkannya terkontang-kanting berlumur dengan kegagalan sehingga mendapat kesusahan akhirat, orang yang layak akan dibantu oleh Allah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Guru saya pun selalu kata, meminta jawatan dalam PAS itu haram. Tetapi apabila ditaklifkan, maka bekerjalah dengan sepenuh jiwa.
AIREROSHAIRI ROSLAN
Ketua Pemuda PAS Pahang – HARAKAHDAILY 20/9/2022
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
Jom pakat pakat sokong pas. Sama sama tolak rasuah. Nanti hidup berkat dan senang hati. Hidup berukun dan bermaruah.
ReplyDelete