Thursday, September 08, 2022

Konsert Afgan, hibur tetap hibur, rumah tiada juga..

 

Afgan kembali ke Malaysia menerusi Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Disember depan. - Foto IG Afgan

HALAMAN HIBURAN

1.  Konsert Afgan ubati rindu peminat Malaysia

KUALA LUMPUR: Lebih dua tahun tidak muncul dalam konsert terbuka di Malaysia, penyanyi Indonesia, Afgan bakal mengubat rindu peminat melalui persembahan istimewa di ibu negara, Disember depan.

Afgan yang selama ini menganggap Malaysia persis rumah keduanya, bakal beraksi pada Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Disember depan, mulai jam 8.30 malam.

Pastinya, Afgan atau nama penuh, Afgansyah Reza, 33, bakal mengisi masa dua jam mendendangkan rangkaian lagu hit pada konsert berkenaan.

Penganjur konsert itu, Renjana Idea Sdn Bhd menganggap sekarang masa sesuai untuk membawa Afgan bertemu peminat di Malaysia. 

Pengarahnya, Aliya Arisya Anuar, berkata peminat memberi maklum balas merindui kemunculan Afgan di Malaysia.

"Peminat nampaknya tidak sabar untuk menyanyikan lagu hit Afgan beramai-ramai," katanya. 

Afgan baru melancarkan EP berjudul +62 yang mengandungi tiga lagu iaitu Pendam, Lestari Merdu dan Pulih. - Foto IG Afgan 

Aliya percaya penganjuran Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur akan memeriahkan industri muzik dan mengubat rindu peminat.

"Kami percaya 'die hard fans' akan menyokong konsert kali ini yang bakal mempamerkan lagi kematangan Afgan dalam dunia muzik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Afgan baru melancarkan EP berjudul +62 yang mengandungi tiga lagu iaitu Pendam, Lestari Merdu dan Pulih.

Tiket berharga antara RM258 hingga RM1,388 boleh dibeli dengan melayari laman web, golive-asia.com.


2. Separuh rakyat Malaysia akui tak mampu beli rumah 

Peruntukan di bawah Bajet 2023 boleh membantu memacu pasaran hartanah -NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KUALA LUMPUR: Bakal pembeli rumah menghadapi masalah kemampuan apabila 51 peratus responden dalam Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 PropertyGuru Malaysia menyatakan mereka tidak layak untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah tanpa bantuan kewangan.

Dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada Julai dan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang meningkat kepada paras tertinggi sehingga 4.4 peratus tahun ke tahun, bakal pembeli rumah mungkin akan terus berdepan dengan isu kemampuan dan kebimbangan berhubung kemelesetan global dan kadar inflasi yang berterusan.

Ini terbukti dalam kajian PropertyGuru Malaysia itu, dengan kira-kira separuh daripada responden yang dikaji menyatakan bahawa mereka tidak layak untuk skim perumahan kerajaan dan mungkin tidak mampu untuk membeli hartanah tanpa bantuan.

Dalam kajian itu, 73 peratus daripada responden mempunyai pemahaman yang jelas mengenai syarat kelayakan untuk perumahan mampu milik, menunjukkan bahawa bakal pembeli rumah akan terus mencari inisiatif perumahan kerajaan yang lain untuk membantu perjalanan pemilikan rumah. 

Pengurus Negara, Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez, berkata seperti yang dilihat dalam Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022, pengguna mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap inisiatif kerajaan dan kelayakan untuk perumahan mampu milik.

"Akibat kemelesetan, inflasi, kenaikan harga dan kenaikan OPR yang berterusan, kami menjangkakan bakal pembeli rumah akan terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keseluruhan kos sara hidup kembali stabil.

"Dengan pembentangan Bajet 2023 yang akan datang tidak lama lagi, kami berharap akan ada peruntukan yang boleh membantu memacu pasaran hartanah dan membantu mereka yang merancang untuk memulakan perjalanan pemilikan rumah.

"Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 juga telah menunjukkan bahawa lebih 69 peratus daripada mereka yang ditinjau merancang untuk membeli rumah jika Kempen Pemilikan Rumah dihidupkan semula," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kajian turut mendapati menunjukkan bahawa pembeli rumah bimbang banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di seluruh Malaysia tahun lalu akan memberi kesan kepada hartanah dalam jangka panjang.

Sheldon berkata, 92 peratus daripada responden dalam kajian telah menekankan banjir sebagai kebimbangan utama mereka, manakala 83 peratus bimbang dengan tanah runtuh.

"Dengan kesedaran alam sekitar merekodkan aliran menaik, pengguna kini mencari rumah dan ciri-ciri lestari sebagai pertimbangan utama semasa membeli rumah," katanya.

Beliau berkata, responden kaji selidik turut menyatakan bahawa panel solar, penuaian air hujan dan pengkomposan sisa makanan adalah ciri penting yang perlu dimiliki pada masa hadapan.

Selain itu, katanya satu daripada tiga responden daripada kumpulan berpendapatan tinggi sanggup membayar lebih untuk hartanah dengan port pengecasan kenderaan elektrik (EV).

"Walaupun lokasi sentiasa menjadi salah satu pertimbangan utama bagi pencari rumah di Malaysia, kita akan dapat melihat lebih ramai orang semakin mengutamakannya berikutan kejadian banjir pada tahun lalu.

"Kesedaran yang lebih tinggi terhadap kemudahan dan ciri mesra alam juga mungkin dikaitkan dengan isu perubahan iklim yang berterusan. Pengguna kini lebih peka terhadap isu semasa dan kini membuat keputusan mesra alam dengan harapan dapat melakukan perubahan.

"Memandangkan ramai yang kehilangan dan kerosakan rumah tahun lalu, amat jelas bahawa bencana alam ini telah memberi kesan yang berkekalan, apabila 66 peratus responden berkata mereka sanggup membayar premium insurans yang lebih tinggi ke atas hartanah untuk kesan perubahan iklim kerana tiada siapa yang dapat meramalkan rumah mereka akan dilanda banjir atau sebarang bencana alam", katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimKonsert demi konsert, hingga ke konsert Afgan, hibur tetap berhibur..  namun rumah sendiri masih tiada juga.. Separuh rakyat Malaysia akui tak mampu beli rumah 

Kenapa jadi begitu? Sama-sama kita cari solusinya.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails