Wednesday, September 21, 2022

Konsert Riuh Sokmo 'Ikut Syariat'? Jadilah belia bermanfaat..

 


1. Konsert Riuh Sokmo ikut syarat PBT

KOTA BHARU: Penganjuran Konsert Riuh Sokmo! di Stadium Mini Ketereh malam tadi diangggap menepati syarat ditetapkan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Malah ia juga selari dengan dasar kerajaan negeri, Membangun Bersama Islam antaranya melaksanakan pengasingan lelaki, perempuan dan keluarga.

Konsert tersebut menampilkan artis terkenal termasuk Ramli Sarip, Awie, dan Faizal Tahir serta artis tempatan. Kembara Riuh Keluarga Malaysia (KRKM) dianjur Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). 

Adlan Ismail

Penghulu Mukim Lachang, Adlan Ismail berkata, persembahan artis pada Konsert Riuh Sokmo dianggap tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan.

Katanya, konsert itu sepatutnya berlangsung tiga malam, namun pada hari Jumaat konsert tidak diadakan sebagai menghormati peraturan kerajaan negeri.

“Konsert hanya diadakan malam tadi dan malam semalam biar pun program itu dijadualkan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat.

“Berdasar pemerhatian saya pengunjung diasingkan mengikut mengikuti Enakmen Hiburan, cuma ada segelintir pengunjung yang enggan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya di sini.

Adlan juga berkata, usahasama K-KOMM menerusi Kumpulan Mycreative Sdn Bhd (MyCreative) dapat menarik pengunjung sehingga 20,000 orang dalam misi jelajah ke seluruh negara. Dan Kelantan merupakan edisi keempat.

Menurutnya juga penganjuran konsert seperti itu memberi peluang rakyat Kelantan untuk berhibur dengan mengikuti peraturan ditetapkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun beliau mencadangkan penganjuran konsert seperti itu perlu ditambah baik termasuk menempatkan pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mepastikan pengunjung mematuhi peraturan ditetapkan termasuk berpakaian menutup aurat, asing lelaki dan perempuan.

Lokasi tempat berlangsung konsert Riuh Sokmo penuh sesak dengan kehadiran orang ramai sehingga deretan kenderaan boleh dilihat di kiri kanan jalan di Pekan Ketereh. – HARAKAHDAILY 19/9/2022


2. ‘Jadilah belia bermanfaat, jangan jadi belia lesu’ 

KALABAKAN: Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Kalabakan bakal melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing serta memiliki disiplin yang tinggi, kata Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah.

Sehubungan itu, katanya, program itu diadakan untuk melatih belia bersama Jabatan Amal melaksanakan kerja-kerja kebajikan.

“Jadilah belia yang bermanfaat di luar sana, jangan jadi belia yang lesu. Kita sebagai anak muda perlu proaktif dan cakna dengan keadaan sekeliling kita.

“Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk menilai perkara yang baik dan buruk. Oleh sebab itu setiap perkara yang kita lakukan seharian terikat dengan perkiraan pahala dan dosa,” ujar beliau ketika merasmikan majlis penutupan perkhemahan itu.

Program itu telah berlangsung selama tiga hari dua malam di Taman Bukit Tawau yang berakhir semalam. Turut hadir ialah Ketua Unit Operasi JAM negeri, Haris Abdul Rachim.

Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan berharap, pengisian program yang diterapkan dengan nilai kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong, saling hormat-menghormati di samping ujian kecergasan, ketangkasan dan jati diri mampu menjadi bekalan berguna kepada para peserta.

Sementara itu, pengarah program, Mohd Syafiq Solehudin berkata, menariknya program kali ini turut disertai oleh seorang non-Muslim daripada 50 peserta.

“Program ini menyasarkan pelajar yang berumur 13 tahun ke atas dari sekolah-sekolah yang berhampiran,” katanya. 

Mohd Syafiq turut menzahirkan kesyukuran di atas sumbangan orang ramai demi menjayakan program itu yang tertangguh selama dua tahun akibat Covid-19. – HARAKAHDAILY 19/9/2022


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konsert Riuh Sokmo 'Ikut Syariat'!  Jadilah belia bermanfaat..

 Al-hamdulillah, Malaysiaku.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

  1. Jom sokong pas. Jom turunkan indeks rasuah. Hanya parti yg bebas rasuah mampu turunkan indeks rasuah.

    ReplyDelete