Friday, September 02, 2022

Korea Utara kecam PBB. 4 pesawat Turkiye ke Pakistan.

 

Sesi Majlis Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland, pada 27 Februari 2020. (FOTO FAIL: Reuters)

1. Korea Utara kecam pakar hak asasi manusia PBB

SEOUL: Kementerian Luar Korea Utara mengkritik seorang pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baharu sebagai berat sebelah, dengan berikrar negara itu tidak akan bertolak ansur dengan apa yang dipanggil usaha pimpinan AS untuk menggulingkan rejim terpencil itu.

Pakar hak asasi manusia PBB di Korea Utara berkenaan, Elizabeth Solomon kini sedang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Korea Selatan sejak memegang jawatan itu bulan lalu.

Dalam kenyataan sulungnya, Salmon berkata situasi hak asasi manusia di Korea  Utara bertambah buruk berikutan lebih dua tahun langkah ketat untuk membendung pandemik Covid-19, lapor media kerajaan Korea Selatan, KCNA pada Jumaat (2 Sept).

“Kami telah menjelaskan pendirian berprinsip kami bahawa kami tidak mengiktiraf mahupun berurusan dengan mana-mana ‘pelapor khas’ yang hanya boneka AS,” lapor KCNA memetik  kenyataan jurucakap Kementerian Luar Negeri yang tidak dinamakan.

Pyongyang telah berulang kali menolak tuduhan pencabulan hak asasi manusia dan mengkritik penyiasatan PBB terhadap perkara itu sebagai skim yang disokong AS untuk mencampuri urusan dalamannya. 

Elizabeth Salmon bertemu dengan Menteri Luar Korea Selata, n Park Jin di Kementerian Luar di Seoul, Korea Selatan pada 31 Ogos 2022. (FOTO: AFP)

“DPRK tidak akan sekali-kali memaafkan raket ‘hak asasi manusia’ AS dan pasukan vasalnya terhadap DPRK yang bertujuan untuk menggulingkan sistem sosialnya,”  kata pegawai itu, merujuk kepada Korea Utara dengan nama rasminya, Republik Rakyat Demokratik Korea. (DPRK).

Laporan PBB baru-baru ini secara  berasingan juga mengatakan langkah-langkah pembendungan Covid-19 di  Korea Utara telah memburukkan lagi pencabulan hak asasi manusia di negara itu, memetik sekatan tambahan terhadap akses kepada maklumat, keselamatan sempadan yang lebih ketat dan pengawasan digital yang lebih tinggi. – HARAKAHDAILY 2/9/2022

2. Turkiye hantar empat pesawat bantuan kemanusiaan ke Pakistan 

Mangsa malapetaka banjir di Pakistan kini sangat memerlukan bantuan kemanusiaan daripada masyarakat antarabangsa. (FOTO Flickr)

ANKARA: Turkiye telah menghantar empat pesawat sarat dengan bantuan kemanusiaan ke Pakistan yang dilanda malapetaka banjir paling teruk di dunia sepanjang dekad ini.

Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye dalam kenyataan pada Isnin waktu tempatan(28 Ogos) berkata, sebuah kereta api yang membawa khemah dan makanan juga telah berlepas ke negara Asia Selatan dari ibu negara Ankara pada pagi hari ini (30 Ogos).

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan memberitahu, banjir angkara dilanda hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah mengorbankan lebih 1,100 orang nyawa dan lebih 1,634 yang lain tercedera dalam hujan dan kemalangan berkaitan banjir, sambil menambah bahawa lebih daripada 719,000 haiwan ternakan turut hilang.

Lebih 3,451 kilometer jalan raya, 162 jambatan, 170 kedai, dan 949,858 kediaman turut rosak di seluruh negara itu, lapor Anadolu Agency.

Pekerja penyelamat yang disokong oleh tentera bergegas merentasi Khyber Pakhtunkhwa untuk menyelamatkan ratusan orang yang terdampar ketika Sindh menjangkakan satu lagi kejadian banjir dari Sungai Indus dalam masa beberapa hari akan datang ini. 

Sebanyak empat empat pesawat penuh dengan bantuan kemanusiaan telah diterbangkan ke Pakistan pada 29 Ogos 2022. (FOTO Anadolu Agency)

“Helikopter tentera pula berjaya menyelamatkan 35 orang pelancong yang terperangkap di pergunungan lembah Kumrat yang indah di Khyber Pakhtunkhwa,” ujar pihak tentera Pakistan dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan yang memberangsangkan, paras air di Sungai Kabul telah menurun, walaupun masih dalam lingkungan banjir sederhana.

Kira-kira 33.4 juta rakyat Pakistan di 72 daerah di seluruh negara telah terjejas dan kehilangan tempat tinggal akibat hujan dan banjir yang berterusan. – HARAKAHDAILY 30/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sama-sama negara umat Islam, bantu-membantulah! Apa sumbangan Malaysia ke Pakistan yang dilanda malapetaka banjir paling teruk di dunia sepanjang dekad ini?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails