Wednesday, September 14, 2022

'Legajiwa' Presiden PAS. Wali Songo & tembung Melayu-Islam.

 


1. Kebijaksanaan Presiden PAS menggulung hujah

PERINGATAN oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS pada sesi penggulungan Muktamar PAS Pusat ke-68, amat baik dan bermakna bagi yang mahu memahami arah tujuan perjalanan PAS. Saban tahun, begitulah pencerahan yang diberikan pimpinan ini, menyedarkan kita dari alpa, dibuai ombak ganas fitnah ciptaan musuh.

Mursyidul Am memberikan anologi berkenaan situasi kecemasan, seorang wanita, isteri orang yang sedang kelemasan. Maka pada waktu itu, menjadi kewajipan kita menolong dia, tanpa melihat hukum menyentuh perempuan bukan mahram. Dan sebaik sahaja dia telah dibawa ke daratan dengan selamat, maka pada masa itu, tidak boleh lagi memeluknya.

Contoh ini kelihatannya melucukan, tetapi ia benar dan terkadang tidak tercapai oleh ahli-ahli PAS yang sibuk untuk mengkritik pimpinan dengan rancangan politik yang dibincang dan diaturkan bagi mencari solusi terbaik menyelamatkan manusia yang dalam kelemasan ini. Serba tidak kena. Sedangkan antara bukti lain PAS berjaya dalam dakwahnya ialah, tiada yang berani berkata politik suku, agama suku, hasil daripada usaha PAS.

Presiden PAS memberikan sirah perjalanan Rasulullah dalam berjuang di jalan dakwah. Pada semua peringkat, Rasulullah menggunakan segala cara bagi mencapai tujuan dakwahnya iaitu mengembalikan manusia kepada Allah. Dan Baginda berjaya menjadikan Semenanjung Arab sebagai benua Islam.

Himayah, tahaluf, ta’awun adalah strategi yang digunakan Rasulullah dalam berpolitik. Kecerdikan Baginda dalam menerapkan rancangan ini, menjadikan Islam sangat dekat dengan masyarakat, kekal relevan, sentiasa ada. Maka dengan itu, Islam dikenali, malah dikasihi dengan akhlak dan adab yang mulia, sebagaimana Raja Najasyi melihat Islam.

Himayah ialah kaedah meminta perlindungan terutama pada zaman Islam lemah di Makkah, di mana Bani Hashim dan Bani Mutthalib yang majoritinya masih bukan-Islam, melindungi Rasulullah, kerana mereka mempunyai sifat kemanusiaan.

Ketika berhijrah, Nabi menggunakan cara ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan, iaitu menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqi’ yang belum Islam, sebagai pemandu jalan ke Madinah, kerana Abdullah dipercayai dan dia sukakan kebaikan.

Strategi bertahaluf pula dilaksanakan Rasulullah ketika di Madinah, iaitu bersefahaman dengan golongan bukan-Islam. Ia di atas nama dua Perpaduan Ummah. Pertama dengan umat Islam yakni menyatukan Aus dan Khazraj dua kabilah besar yang turun temurun berkelahi. Kedua, perpaduan dengan bukan-Islam yang tidak ekstrem atas nama kemanusiaan. Dengan syarat, Islam yang memerintah dan memandu, menjadi tonggak perpaduan.

Tetapi, dengan tujuan itu, tidaklah menjadi tiket untuk berbuat sesuka hati dalam semua perkara. Rasulullah menolak pelawaan Musyrikin Makkah melalui Abi Thalib untuk diberikan kekayaan, pangkat, kedudukan dan wanita, dengan syarat, Baginda meninggalkan Islam. Isu asas, dasar dan prinsip Islam, bukan barang tukaran. Rasulullah menjadikan Islam sangat indah, sama ada ketika ditindas, mahupun sedang berkuasa. Islam sentiasa ada caranya.

Jelas perjalanan jauh PAS sehingga kini diterangkan dengan sempurna oleh Presiden PAS iaitu pengkisahan PAS yang suatu masa dahulu, ditolak, ditekan dan dikenakan hukuman oleh British melalui jemaah yang dinamakan Hizbul Muslim. Kemudian bergerak atas nama lain, mengadakan ta’awun dan tahaluf dengan banyak parti politik, termasuk bukan-Islam.

Penjara adalah rumah kedua bagi sebahagian pimpinan PAS, kemiskinan, kesusahan hidup, tetapi masih tetap berjaya mendirikan sekolah-sekolah bagi menyelamatkan agama bangsa, agar tetap utuh dalam jiwa. Apapun yang berlaku, dasar PAS tidak pernah digadaikan, sanggup dibuang keluar oleh rakan ta’awun dan tahaluf, walau sudah kelihatan pintu masuk Putrajaya. Dan PAS benar dalam hal ini.

Rugilah bagi sesiapa yang sentiasa mengkritik pimpinan, tetapi tidak tahu yang jemaah ini walau dalam serba kedaifan, tetap berusaha mengikuti susur galur perjalanan Rasulullah. Kita mesti menguatkan jiwa kita dengan Islam, tiada jalan lain, tiada kompromi. Islam memuliakan kita samada di dunia, mahupun di akhirat nanti. Terima kasih Ayah Chik, penjelasan yang melegakan jiwa kita semua.

MOHD NASIR ABDULLAH
12 September 2022 – HARAKAHDAILY 12/9/2022


2. Masjid Kg Laut: Berkat Wali Songo, simbolik Penyatuan Ummah 

PERASMIAN masjid tertua bersejarah, Masjid Kampung Laut yang berusia lebih 400 tahun yang dipindah balik ke tempat asal di Tumpat oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, 3 hari lepas pada 9 September 2022  amatlah bermakna apabila dihadiri oleh 4 orang Menteri Besar bagi negeri-negeri berpantai Timur.

Majlis ini sudah tentu menjadi kegembiraan buat Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob sebagai tuan rumah apabila majlis perasmian tersebut disaksikan oleh ahli-ahli Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) termasuk 3 Menteri Besar sebagai tetamu iaitu Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam ucapan Menteri Besar Kelantan, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Perdana Menteri hadir merasmikan Laman Warisan Kampung Laut yang telah mengubah wajah Kampung Laut menjadi pusat pelancongan warisan yang penting di Negeri Kelantan.

Di samping itu beliau menjelaskan bahawa kerjasama semua pihak khususnya antara kerajaan negeri dan pusat serta ECERDC akan dapat membantu lebih banyak pembangunan sosio ekonomi untuk rakyat Kelantan.

Perasmian ulung bersempena masjid bersejarah ini dengan kehadiran 5 pemimpin utama masing-masing mewakili Malaysia dan negeri-negeri berteras Melayu Islam yang berada di jajaran pantai dapat dilihat sebagai simbolik Penyatuan Ummah. 

Ini membuktikan bahawa demi kepentingan sosio-ekonomi serantau, apa sahaja sentimen, dilema atau konflik tatkala PRU15 semakin hampir ini, semua pimpinan dapat bersatu di bawah bumbung keberkatan masjid binaan Wali Songo ini.

Sejak beberapa bulan lepas saya didedahkan berkaitan hal masjid ini. Saya hanya melihat-lihat di hujung mata dan di pinggir telinga. Waktu itu saya belum sedar apa istimewanya antara masjid ini. Hanya sekadar mendengar namanya. 

Saya amat tertarik dengan penjelasan Dr Aizan binti Ali, Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam tulisan beliau yang disiarkan di portal https://www.bebasnews.my pada 24 April 2022. 

Beliau menyatakan bahawa Masjid Kampung Laut ini antara masjid yang tertua dibina oleh Wali Songo pada abad ke 14 ketika dalam perjalanan dari kepulauan Jawa ke Champa. Kapal yang dinaiki telah dilanda ombak dan karam. Lalu mereka terdampar di Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Sepanjang keberadaan mereka di situ, sebuah masjid telah dibina tanpa penggunaan paku dan reka bentuk masjid ini sama seperti Masjid Agung Demak di Jawa Tengah.

Beliau menjelaskan lagi bahawa kedua-dua masjid Kampung Laut dan Masjid Agung Demak dipercayai telah dibina oleh orang yang sama iaitu Wali Songo. Wali Songo terdiri daripada sembilan orang wali. Menurut catatan sejarah, tapak masjid asal di Kampung Laut yang terletak dalam jajahan Tumpat telah tenggelam akibat banjir besar yang berlaku pada tahun 1926 dan 1966.

Oleh yang demikian beliau menyatakan, Persatuan Sejarah Malaysia menggerakkan usaha pemuliharaan setelah mendapat persetujuan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkannya ke tanah milik Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri dan ia dipercayai telah dipindahkan pada tahun 1970-an.

Beliau menjelaskan lagi, selepas lebih 50 tahun Masjid Kampung Laut tegak berfungsi di bumi Nilam Puri sebagai pusat ibadat masyarakat sekitar terutama para pelajar pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (sebelum dipindahkan ke Bachok) dan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), melalui detik perpindahan buat kali ke dua.

Hari simbolik bersejarah perasmian Perdana Menteri Malaysia pada 9 September 2022 adalah perkembangan terkini di mana masjid ini telah dipindahkan sekali lagi ke tempat asal di tepi sungai Kampung Laut.

Usaha pemindahan dilakukan dengan Kerjasama beberapa pihak iaitu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai badan pelaksana projek, Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri Kelantan, dan Fakulti Seni bina Universiti Malaysia Kelantan.

Kerjasama ini didorong oleh pelbagai faktor antaranya mengekalkan nilai-nilai sejarah, budaya dan seni bina masjid bagi memenuhi syarat pengiktirafan UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Masjid Kampung Laut bakal menjadi mercu tanda warisan Islam di Kelantan.

Dr Aizan menjelaskan kronologi ringkas mengenai proses pemindahan semula masjid ini. Kerja-kerja pemindahan bermula pada 14 September 2020 dengan meleraikan struktur binaan yang diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi iaitu kayu cengal.

Pembinaan semula telah selesai pada Januari 2022 dengan penambahan dua buah kompleks komersial bersebelahan Masjid Kampung Laut iaitu Laman Warisan dan Laman Seni sebagai tarikan sampingan sektor pelancongan di kampung tersebut.

Sepertimana yang telah dipublisitikan, kompleks yang dibina tersergam indah ini akan memenuhi keperluan para pelancong dan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam mempromosi hasil kraf seperti batik dan jualan makanan tradisional seperti dodol, serunding daging, ayam dan ikan.

Dr Aizan juga menyifatkan pengembalian Masjid Kampung Laut ke tempat asal penting bagi pengkaji sejarah Islam dan masyarakatnya bagi mengekalkan sifat ‘in situ’ dalam sesebuah kajian sejarah. Ia menjadi sumber rujukan sejarah Islam bagi pelajar-pelajar pengajian Islam, Sejarah dan Tamadun Islam, Seni bina Islam, dan budaya masyarakat Islam.

Beliau juga menyatakan banyak kajian ilmiah berkaitan Masjid Kampung Laut telah dikendalikan oleh para pelajar universiti di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Aspek yang dikaji adalah pelbagai mengikut bidang kajian masing-masing sama ada Sejarah Kedatangan Islam, Sejarah Institusi Islam, Sejarah Pembangunan Masyarakat Islam, Kesenian Islam, Kearifan tempatan dalam Seni bina Islam mahu pun budaya dalam masyarakat Islam.

Seterusnya beliau turut menjelaskan bahawa selain daripada struktur Masjid Kampung Laut, mimbar asal berusia 400 tahun yang diletakkan di Masjid ArRahman, Kampung Surau Pasir Pekan semasa proses pemindahan yang pertama dan beduk di Masjid Muhammadi turut kembali ke lokasi asal. Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan badan dunia seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang sedang dibuat bakal merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Beliau menyatakan, Malaysia memiliki hanya empat tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Taman Kinabalu, Melaka dan George Town Bandar Bersejarah di Sepanjang Selat Melaka dan Lembah Lenggong Warisan Arkeologi. Projek pemindahan ini ibarat sirih pulang ke gagang dan akan dicatat sebagai peristiwa penting dalam Sejarah Islam di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

Saya amat teruja dengan pendedahan yang dibuat oleh Dr Aizan ini dan penjelasan beliau menyebabkan saya begitu tak sabar untuk melawatinya bila berpeluang ke Kelantan kelak . Sebagaimana pertemuan 5 pemimpin dengan simbolik Penyatuan Ummah di masjid bersejarah ini, maka saya sendiri tak mahu lepaskan untuk juga berteduh di bawah lembayung masjid penuh keberkatan binaan wali songo yang amat berjaya untuk ummah di seluruh Rantau Nusantara daripada dulu kini dan selamanya. 

Semoga lawatan saya kelak sekurang-kurangnya dapat mencicip sedikit keberkatan ulamak ulamak silam ini, Maha Suci Allah masjid ini terpelihara lebih 400 ratus tahun. Subhanallah, wa Alhamdulillah, Allahu akbar.

Tahniah kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob atas satu lagi kejayaan yang mengangkat nama Kelantan ini. 

ZIKRULLAH ISMAIL 
Darulnaim Research Centre
12 September 2022 – HARAKAHDAILY 12/9/2022


3. Pertembungan tidak akan untungkan Melayu-Islam 
PAS Perak menyambut baik keputusan mesyuarat PAS Pusat untuk memperkasakan agenda Perpaduan Ummah. Keputusan untuk terus menjadikan Umno sebagai rakan taawun adalah satu keputusan yang membuktikan PAS mengutamakan perpaduan dalam politik sesuai prinsip Islam yang menjadi teras pegangan perjuangan PAS.

PAS Perak juga menyedari keputusan Umno Perak yang menolak kerjasama dengan PAS dalam PRU15. Keputusan ini dilihat sebagai tindakan yang membelakangkan kepentingan ummah dan membuka peluang DAP berkuasa.

PAS Perak juga menyedari bahawa kedudukan posisi kerusi DUN yang tidak seimbang dan akan merugikan kepentingan rakyat Perak khasnya ummat Islam dan orang Melayu. Pakatan Harapan pastinya akan meneruskan agenda mereka yang terhalang dalam kerajaan yang lalu khasnya pemilikan tanah 999 tahun.

PAS Perak masih meletakkan harapan agar Umno Perak berlapang dada dan mengutamakan agenda kepentingan ummah dan rakyat Perak lebih utama dari kepentingan politik kepartian. PAS Perak mengharapkan agar perbincangan dapat dibuat dalam konsep kerjasama dan tolarensi di beberapa DUN yang tidak menguntungkan Melayu Islam jika berlaku pertembungan.

PAS Perak berpegang dengan kaedah feqah ‘jika tidak dapat melakukan semua perkara, jangan tinggalkan semua’. Bagi PAS kepentingan ummat Islam, bangsa Melayu dan kestabilan politik antara kaum lebih utama dari keegoan partisan dan kepuakan.

PAS Perak masih mengharapkan PRU15 berlaku satu lawan satu berkonsep Penyatuan Ummah parti Melayu dan bukan-Melayu yang tidak ekstrem dengan menolak konsep jajaran baru dan khemah besar. 

“Malaysia Sejahtera”

YB RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
12 September 2022 – HARAKAHDAILY 12/9/2022

Komen Weblog Ibn Hasyim: 'Legajiwa' Presiden PAS. Wali Songo & tembung Melayu-Islam.

Hal-hal perpaduan begini hanya ada dalam PAS, tidak ada dalam parti-parti jahiliah lain.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Kesian Altimet, ibarat mencurah pasir dalam periuk nasi sendiri


Semalam kisah lagu penyanyi rap Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman mendapat sambutan dari penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) .

Melayu Altimet mcm ni yang Bangsa Lee Kwan Yew suka sangat... mudah dibatu apikan, diadu domba, digula gulakan dan digeli gelikan utk tujuan provokasi. Kesian Altimet kau yang curah pasir dalam periuk nasik sendiri... Belajar berpada pada jangan emo syok sendiri

Bossku biase biase saja... hakim hakim Tun dah buat perhitungan maka kita tunggu hakim rakyat akan buat perhitungan PRU 15 kali ini

Kes terhadap Datuk Seri Najib pula dianggap kes syok sendiri yang dicipta oleh Pakatan Harapan , dimana mereka sendiri yang mencipta kes , sendiri yang memilih pendakwaraya , sendiri yang memilih hakim dan sendiri yang jatuh hukum.

Ia kes yang tidak dipandang oleh rakyat Malaysia , maka itu sebab PH tewas pada 7 pilihanraya kecil dan 3 pilihanraya negeri dan hilang semua deposit calon calon Parti PejWang PRN Bangsa Johor.

Ketika kes berlansung, kes ini sudah pun tahu tanskrip ketua hakim dah keluar sebelum jatuh hukumnya...

Anonymous said...

kesian terpaksa la upah auncaimcai puji,, kalo mung bijok takdenya istiqomah ponteng, sedapnya jilat mcai slurpppp

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails