Thursday, September 22, 2022

Pakaian atlet renang wanita dari negara umat Islam M'sia..

 

Perenang Sarawak, Kelly Teo Yao mengungguli acara akhir renang kategori 800 meter gaya bebas Sukan Malaysia (SUKMA) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. 

SUKAN
Kelly sasar lebur rekod Cai Lin

KUALA LUMPUR: Perenang muda Sarawak, Kelly Teo Yao mempunyai misi besar apabila berazam untuk memecahkan rekod kebangsaan acara 800 meter (m) gaya bebas wanita milik Olimpian negara, Khoo Cai Lin.

Terdahulu, Kelly yang berusia 16 tahun membuktikan kehebatannya apabila memenangi pingat emas dalam acara berkenaan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dengan catatan 9 minit 26.05 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Catatan itu bagaimanapun masih ketinggalan jika dibandingkan dengan rekod kebangsaan milik Cai Li 8:45.36s yang melakukannya ketika memenangi perak di Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos. 

Perenang Sarawak, Kelly Teo Yao memenangi pingat emas acara 800 meter gaya bebas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Kelly yang juga perenang kebangsaan, bersedia untuk memberikan segala-galanya bagi merealisasikan hasrat menjadi pemegang baru rekod kebangsaan acara 800m gaya bebas wanita baharu.

"Acara 800m gaya bebas memang adalah acara kegemaran dan saya sasarkan untuk pingat emas. Saya sudah berikan yang terbaik hari ini kerana semua pencabar sangat bagus serta berikan tentangan sengit.

"Sebenarnya, catatan masa masih jauh jika dibandingkan dengan rekod kebangsaan 8:45.36s milik Cai Lin. Bagaimanapun, saya akan terus mencuba untuk merealisasikan hasrat itu," katanya.

Pingat perak pada temasya kali ini menjadi milik perenang Sabah, Chu Xin Ying dengan catatan 9:28.04s manakala gangsa dimenangi Hooy Jia Yee dari Pulau Pinang 9:32.52s.

Komen Weblog Ibnu HasyimPakaian atlet renang wanita dari negeri-negeri di negara umat Islam Malaysia.

Apa beginikah wajarnya? Berlaku di negara ini, untuk maslahat rakyat sendiri, ditadbir oleh orang sini.. Cuma otak berfikir cara penjajah yang menjajah negara ini?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails