Thursday, September 15, 2022

PAS tolak PH.. Pertimbang PM, TPM.. Integriti..

1. PAS tolak PH demi elak mudarat politik lebih besar 

KUALA LUMPUR: PAS menolak bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan mudarat politik lebih besar walaupun partinya dijemput menyertai pakatan itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata penolakan itu kerana PAS mempunyai pengalaman paling lama dalam bertahaluf dengan beberapa parti yang ada bersamanya.

"Secara tegas, PAS menolak mudarat politik (dalam PH) yang memberikan akibat lebih besar dan parah kepada negara yang boleh merobohkan asas, sehingga ia boleh mematahkan cabang penting termasuk membolehkan hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh.

"Malah jika PAS bersama PH, ia akan lebih banyak menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara berbanding dengan Barisan Nasional (BN)," katanya di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata keadaan sedemikian dapat dirasakan dalam tempoh PH memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Pusat, walaupun dalam tempoh singkat berbanding BN yang paling lama memerintah sehingga ditolak rakyat dalam PRU-14 berikutan salah laku dan rasuah.

"Ramai dalam kalangan PH tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

"Paling ramai juga melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji manis dan bohong (seperti rasuah). Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman," katanya.

Malah katanya, dalam PH terkumpul kalangan mereka bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi agama rasmi.

Bahkan, terdapat kalangan PH fanatik bencikan Melayu dan Bumiputera, tanpa mempedulikan hak terhadap agama lain dan kaum yang sudah mencukupi.

"Justeru, PAS tetap mempertahankan hak Melayu, Bumiputera dan Islam, termasuk bahasa menjadi teras kepimpinan negara ini tanpa menghapuskan bangsa dan bahasa lain.

"Ini kerana, Islam mengajar bangsa Melayu ini agar tidak bersikap fanatik perkauman yang dapat disaksikan dalam masyarakat Malaysia.

"PAS juga menentang teori 'Malaysian Malaysia' dan menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia. Sekiranya ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halau dia kerana tidak mengenang budi," katanya.

Abdul Hadi berkata, parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam PH menegaskan ideologi sekular secara terbuka, sehingga mereka menolak prinsip agama dalam politik.

"Selain itu, ada kalangan mereka bersikap pragmatik mahu berkuasa semata-mata tanpa ideologi yang ingin diperjuangkan, menyebabkan mereka menjadi hanyut dan mudah melompat," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengatakan ada pihak yang lantang menentang usaha PAS dalam melaksanakan Islam secara demokrasi, sehingga mereka terus mempertahankan undang-undang warisan penjajah dan sistem kehakimannya yang rapuh.

"Maka, perlu dibatalkan perkara itu kerana menjadi penghalang kepada pelaksanaan hukum Islam yang adil kepada semua dan wajib ke atas umat Islam untuk ditegakkan," katanya.

Katanya, PH juga tidak menunaikan manifesto seperti janji menghapuskan tol, menangguh bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain, iaitu satu penipuan dan pembohongan yang menghilangkan sifat (adil) yang menjadi syarat penting dalam ajaran Islam, sekali gus menghilangkan kelayakan berpolitik dan berdosa sebagaimana perbuatan rasuah.

"Pengalaman PAS bertahaluf siyasi dengan beberapa parti komponen dalam PH, memberikan suatu pengalaman cukup matang kepada PAS untuk mengenali lebih dekat betapa mereka cuba menghalang perjuangan Islam," katanya.

Beliau berkata, PH yang berdegar-degar menentang rasuah dan salah laku, namun sewaktu memerintah dan berkuasa mereka terlalu lemah menanganinya berikutan sikap pragmatik dan sekular menjadikan mereka berkocak sesama sendiri.

"Hal ini disebabkan mereka lebih sibuk berebut jawatan Perdana Menteri dan lain-lain.

"Bahkan, mereka mengambil tindakan secara terpilih, sehingga ada dalam kalangan mereka yang ditamatkan proses mahkamah di pertengahan jalan. Malah, ada juga tidak meneruskan pendakwaan yang sangat meragukan, begitu juga ada yang dipilih untuk diteruskan sehingga memakan masa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menerima bebanan selepasnya dan ada pula seolah-olah media menjadi hakim dan seterusnya," katanya.

Sementara itu, katanya, PH tidak mampu menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada rakyat, walaupun dalam gabungannya terdapat parti yang menjadikan keadilan dan amanah pada jenamanya.

"PAS sentiasa memerhatikan sejak awal segala pendekatan PH yang tidak beradab terhadap jentera kerajaan dan rakyat sangat tidak sopan, melebihi kelemahan yang berlaku kepada BN yang menjadi sebab kejatuhannya.

"PAS tidak bersedia memasuki khemah besar PH kerana tidak boleh memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengubati penyakit salah laku dan rasuah yang membarah dalam BN sehingga menumbangkannya.

"Hal ini demikian, tokoh sama di dalamnya menjadi punca rasuah tersebut serta mencipta tokoh muda yang diajar dengan amalan rasuah.

Maka katanya, PAS menolak PH kerana kerajaannya melaksana pokok yang tidak berakar tunjang dengan teguh dan PAS menanganinya dengan pendekatan Islam yang sempurna dan holistik, daripada pendidikan yang sempurna dari sudut roh dan jasad, individu dan masyarakat.

"PAS dengan kemampuan mentadbir kerajaan negeri dan beberapa kementerian yang diamanahkan dengan bidang kuasa yang terhad tetap berusaha membuktikan Islam sahaja berjaya mencipta integriti yang sebenarnya, tidak palsu dan berpura-pura.

"Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) tanpa dendam menjadi pegangan PAS, walaupun PAS, parti paling ramai pemimpin dan ahlinya menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak zaman penjajah sehinggalah merdeka. Bahkan, ada yang mati terkorban bukan sahaja ditahan dan dibuang daerah," katanya.

"Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) tanpa dendam menjadi pegangan PAS, walaupun PAS, parti paling ramai pemimpin dan ahlinya menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak zaman penjajah sehinggalah merdeka. Bahkan, ada yang mati terkorban bukan sahaja ditahan dan dibuang daerah," katanya.(BH)

2. 'PAS wajar pertimbang jawatan PM, TPM' 

Sebahagian perwakilan hadir pada Muktamar Tahunan PAS ke 68. NSTP/ LUQMANHAKIM ZUBIR

ALOR SETAR: PAS Kelantan mencadangkan pimpinan parti wajar mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) berikutan kepimpinan parti itu mempunyai kewibawaan, integriti dan bebas rasuah.

Perwakilan Kelantan, Mohd Kamal Mohamed yang juga Ketua Pemuda PAS negeri, berkata ramai kepimpinan PAS boleh diketengahkan untuk jawatan utama itu, namun beliau tidak menyebut nama kepimpinan PAS berkenaan.

"PAS jauh daripada perebutan kuasa. Buktinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri mengaku PAS tidak pernah meminta jawatan PM atau TPM.

"PAS mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai PM dan TPM. Jadi pemimpin parti perlu mempertimbangkan untuk memegang jawatan itu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.

Mohd Kamal berkata, berbeza dengan pemimpin daripada parti lain termasuk dalam Pakatan Harapan (PH), PAS mempunyai integriti tinggi dan bebas rasuah, sekali gus menjadikan ia contoh terbaik terutama dalam kalangan pengundi muda.

"Untuk anak muda, mereka memerlukan contoh teladan yang baik daripada parti bagaimana anak muda mengidolakan pemimpin seperti ini.

"Integriti ini memainkan peranan penting dan kita lihat bagaimana ada pemimpin daripada PH yang terbabit kes rasuah," katanya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan PAS memberi peruntukan tambahan membabitkan pemerkasaan media sosial jentera parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menawan pengundi muda. (BH)

3. Apa sebenarnya pendirian Pakatan Harapan mengenai isu integriti? 

WALAUPUN Pakatan Harapan (PH) kini sibuk mencari kembali sokongan yang hilang selepas kegagalan memerintah selama 22 bulan, sehingga kini mereka masih tidak mempunyai pendirian jelas mengenai isu integriti, khususnya yang melibatkan pemimpin mereka sendiri. 

Mungkin mereka lupa, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP sendiri, sedang dibicarakan di Mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah bersabit projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, semasa beliau menjadi Ketua Menteri. 

Kes ini masih dalam perbicaraan, tetapi tidak ada satu pun teguran dari pemimpin PH terhadap kes ini. Berbeza jika melibatkan lawan politik mereka, baru kena siasat dah dituduh perasuah.

Begitu juga dalam kes perbicaraan melibatkan rakan mereka dari MUDA, Syed Saddiq. Beliau sedang berhadapan kes pecah amanah melibatkan wang parti lamanya. 

Tetapi tidak ada satu pun teguran dari pemimpin PH terhadap kes ini, malah ada yang bersolidariti lagi bersama beliau di Mahkamah.

Jangan lupa, sepanjang 22 bulan PH memerintah, banyak berlaku kes rasuah dan salah guna kuasa yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin mereka. 

Ada sebahagian yang ‘disucikan’ bila Pendakwa Raya menarik semula kes, seperti kes banglo Lim Guan Eng. 

Ada juga kes yang didakwa melibatkan pegawai-pegawai kanan, atau pegawai Menteri-menteri PH. Semuanya senyap sepi, bisu tanpa ulasan dan teguran dari mereka sendiri.

Rakyat tertanya, apa sebenarnya pendirian PH dalam isu integriti? Adakah hanya berdegang bila libatkan lawan mereka sahaja, dan kunci mulut bila libatkan pemimpin sendiri? 

Mungkin Altimet kena ubah sedikit lirik lagu Penyamun yang baru keluar, takut-takut nanti terkutuk geng sendiri.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 15/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim PAS tolak PH.. Pertimbang jawatan PM, TPM.. Integriti..

Oleh itu tolaklah PH dan kuncu-kuncunya dalam PRU 15 akan datang.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment