Saturday, September 03, 2022

Penyatuan Ummah, UMNO, BERSATU, tolak PH. & Air DAP PP..

 

Pewakilan Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Saripudin Tuan Ismail

1. Dewan Ulama PAS lulus usul penyatuan ummah dengan UMNO dan BERSATU, tolak PH

YAN: Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara hari ini menerima usul penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) dan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Usul berkenaan dibentangkan pewakilan Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Saripudin Tuan Ismail tanpa dibahas pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-61, hari ini.

Ia kemudian disokong oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dan majoriti perwakilan yang hadir.

Usul berkenaan akan dibawa dan dibahaskan di Muktamar PAS Pusat yang berlangsung selama dua hari, esok. (BH)


2. Air: Kerajaan DAP Pulau Pinang wajar fikirkan pengorbanan Kedah  


SIK: Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini Kerajaan DAP Pulau Pinang masih enggan membayar royalti bekalan air mentah sebagaimana dituntut oleh Kedah.

Bercakap ketika ditemui sebaik sahaja selesai majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-62 di Dewan Al-Hana di sini hari ini, ujarnya yang juga Timbalan Presiden PAS, Pulau Pinang wajar memikirkan pengorbanan Kedah memelihara hutan simpan semata-mata menjaga keaslian sumber air.

Walaupun tiada undang-undang yang termaktub agar Pulau Pinang perlu membayar royalti air mentah kepada Kedah namun pemimpin negeri itu perlu faham Kedah hilang sumber pendapatan dari hasil hutannya yang beribu hektar.

“Pengorbanan ini begitu besar dan sepatutnya negeri-negeri yang mengambil manfaat dari sumber airnya membayar imbuhan sebagai tanda terima kasih,” tegas beliau lagi.

Katanya, walaupun Pulau Pinang mengambil bekalan air daripada Sungai Muda di sebelah negerinya namun sumber air berkenaan datangnya dari Kedah.

Kedah juga, ujar Tuan Ibrahim mempunyai keperluannya sendiri seperti bekalan air untuk pertanian dan kegunaan harian namun dalam masa yang dama negeri itu terpaksa berkorban asetnya kepada pihak lain.

“Kalau mereka (Kedah) tebang hutan, ramai yang serang habis-habisan sedangkan hutan itu adalah sumber pendapatannya. Kedah korban hutan beribu-ribu hektar hutannya untuk orang lain,” tambahnya.

Beliau menegaskan, pihaknya telah dua kali bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk membincangkan hal ini namun hasilnya tetap sama.

Malah sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah memaklumkan pihaknya juga telah berkali-kali menuntut royalti bekalan air mentah sejumlah RM50 juta setahun daripada Kerajaan Pulau Pinang namun negeri itu masih enggan menunaikannya. – HARAKAHDAILY 2/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dewan Ulama PAS lulus usul penyatuan ummah dengan UMNO dan BERSATU, tolak PH. Al-hamdulillah! 

Mengenai isu air pula, kerajaan DAP Pulau Pinang wajar fikirkan pengorbanan Kedah, jangan duduk tunjuk keras kepalanya saja.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails