Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad di majlis perasmian Seminar Kertas Tema SOM Kali ke-46 di Kota Kinabalu, semalam. NSTP/Ihsan Jabatan Penerangan Sabah
1. Penerapan fiqh al ta'ayush harus diaplikasi dalam gagasan MABIMS
KOTA KINABALU: Penerapan fiqh al ta'ayush harus diaplikasikan dalam gagasan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata penerapan fiqh al ta'ayush, terminologi kontemporari cendekiawan Islam dalam membahaskan teori perdamaian akan mendatangkan impak positif kepada masyarakat dan negara.
Katanya, keharmonian kaum dan agama dalam negara adalah asas kesejahteraan serta kemajuan sesebuah negara.
"Ini kerana ia dapat menghalang kewujudan golongan yang berfahaman sempit membuat tafsiran menyimpang berhubung Islam sehingga melahirkan golongan ekstrim dalam mengamalkan ajaran agama.
"Penghayatan orang Islam terhadap fiqh al ta'ayush secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej kedamaian serta keindahan Islam kepada bukan Islam dan menyuburkan kerukunan dalam beragama.
"Fiqh al ta'ayush secara teori dan praktikal amat penting khususnya difahami dan diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia dan negara MABIMS di mana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan, kepercayaan serta budaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian Seminar Kertas Tema SOM Kali ke-46, di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Dalam pada itu, Idris berkata, bagi mengaplikasikan fiqh al ta'ayush dalam gagasan MABIMS, prinsip maqasid syariah hendaklah diberikan perhatian dan pertimbangan khusus.
"Perkara ini adalah perihal yang perlu diberikan perhatian dalam menentukan hukum, fatwa dan dasar negara," katanya.
Beliau berkata, bagi mengekalkan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran di negara MABIMS, ancaman keganasan, ekstremisme dan jenayah siber yang semakin meningkat harus diberikan perhatian.
Katanya, fenomena ekstremisme boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.
"Sikap dan fahaman melampau ini lazimnya disusuli tindakan keras serta ganas yang sering menyusahkan masyarakat dan mengancam keselamatan negara
"Dalam Islam, fahaman ini bukan sahaja menghilangkan nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah, malah mencemarkan imej Islam sebagai agama yang membawa perdamaian," katanya.
2. Ancaman keganasan, ekstremisme perlu diberi perhatian
Foto daripada Facebook Idris Ahmad.
KOTA KINABALU: Ancaman keganasan dan ekstremisme perlu diberikan perhatian setara dengan isu-isu lain, bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara anggota Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata peningkatan ancaman keganasan dan ekstremisme semakin membimbangkan dan boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.
“Islam mengajar umatnya sentiasa menjaga kerukunan hidup bertunjangkan semangat damai dan sejahtera, oleh itu kerjasama semua negara anggota MABIMS perlu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kertas Tema Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Ke-46 di sini hari ini.
Beliau berkata ekstremisme adalah satu fahaman yang melampaui batas sehingga melebihi had dan ketentuan yang sewajarnya, sama ada dari perspektif peraturan mahupun kemanusian.
Selain itu, Idris berkata SOM MABIMS mampu membentuk kesepakatan negara anggota untuk menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik.
Malaysia merupakan tuan rumah SOM MABIMS Ke-46 yang berlangsung di Kota Kinabalu bermula semalam hingga Jumaat ini.
“Semoga pertemuan kali ini yang dihadiri lebih daripada 200 peserta akan membuahkan hasil terbaik dalam rangka untuk memperkasakan umat Islam di Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura,” kata Idris.
Beliau berkata seminar berkenaan adalah wadah terbaik untuk MABIMS bermuzakarah dan berkongsi idea untuk mengatur strategi bagi merealisasikan kesejahteraan ummah serta kehidupan beragama secara harmoni di negara masing-masing.
“Kesatuan dalam kalangan negara serumpun dan serantau merupakan satu perkara yang amat penting dalam kita mengharungi krisis yang berlaku di peringkat serantau dan global khususnya melibatkan ekonomi, ideologi, sosial, kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Katanya matlamat penubuhan MABIMS adalah untuk mewujud dan mengukuhkan semangat persaudaraan sedia ada dalam kalangan umat Islam di Asia Tenggara. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertemuan Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura (MABIMS).. & fiqh, ekstrim..
Masih dalam rangka 'penyatuan ummah' untuk mewujud dan mengukuhkan semangat persaudaraan sedia ada dalam kalangan umat Islam di Asia Tenggara.
Sila lihat..
2 comments:
Jom pastikan pee hancing x menang. Kalau mereka menang, nahas penduduk asal negara ini.
Apa jadi tertuduh kes bunuh adib. Lepas bebas. Bahaya bila eng guan dan dapig dapat kuasa.
Bahaya jika parti liberal dapat kuasa.
Bahaya jika partii kuali dapat kuasa.
Dulu mereka menang kerana strategi fitnah.
Paling berkesan 90 juta.
Anggap saja apa yg dapig kata ttg pas sebagai fitnah.
Anggap saja apa yg abam kata ttg tghh sebagai fitnah.
Anggap saja apa yg mat sabun kata ttg tghh sebagai fitnah.
Pemimpin yg menang atas dasar fitnah, adalah pemimpin yg x berqualiti.
Abam tunjuk gambar lama bersama almarhum syeikh yusuf qardhawi.
Jauh panggang dari api abam se level dgn as syeikh.
Abam se level dgn al gore.
nanti habaq kat perwakilan brunei, indon dan singapura tu aku menteli paling berjaya, semua dah setel dalam 5 hari je..
Post a Comment