SU Umno Terengganu, YB Dato’ Rozi Mamat mengumumkan bahawa Dato’ Seri Ahmad Said akan menjadi ‘poster boy’ bagi kempen BN Terengganu menghadapi pertarungan dengan PAS Terengganu dalam PRU-15 nanti. Aku tidak tahu apa maksud Dato’ Rozi membuat kenyataan begitu. Adakah beliau sengaja ‘menganjing’, mahu membalas kembali pengumuman mengejut DS Ahmad Said yang meletakkannya bertanding di Parlimen Hulu Terengganu, bukannya di DUN Telemong.
Umum mengetahui bahawa Umno Terengganu menghadapi masalah untuk memilih siapa yang layak menjadi Menteri Besar. Jika Umno Terengganu benar-benar mengikut piawaian, karismatik, pengaruh, cerdik dan amanah, masing-masing, semuanya tidak layak. Tetapi masalahnya, masing-masing merasa dialah yang paling layak. Inilah dilema Umno Terengganu.
Jadi untuk melayakkan diri mereka menjadi calon Menteri Besar Terengganu, Umno mesti menggunakan taktik, membuang semua calon yang layak atau dilihat layak untuk mencabar kedudukannya. Tentulah keistimewaan ini ada pada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, kerana beliau mempunyai kuasa yang besar, walaupun bukan berkuasa penuh.
Ingat dulu kisah bagaimana DS Idris Jusoh mematikan semua calon-calon yang berkaliber dalam mencabar kedudukannya sebagai Menteri Besar pada sekitar tahun 2004 dan 2008? Di Bukit Payong, Dr Latif Awang, juga bekas Exco, ditukarkan dengan Zaidi Muda. Dato’ Abu Bakar Ali di Kemasik, diganti dengan Ir Rosli Othman. Hampir semua Exco lama diketepikannya dalam masa sepenggal itu.
Sehinggakan, DS Ahmad Said sendiri hampir-hampir diketepikan dari senarai calon BN tahun 2008. Dengan bengkengnya Ahmad Said melawan balik dan beliau bukan sahaja berjaya menjadi calon dan menang, malah menjadi Menteri Besar sekali gus mengenepikan DS Idris yang hampir berjaya mengenepikannya. Haa, jangan main-main dengan Abang Mad, kan dah makan diri. Abang Madpun perongos.
Tetapi paling menarik ialah Dato’ Rashid Ngah, Exco Kerajaan Umno di zaman Tan Sri Wan Mokhtar yang DS Idris menggantikannya dengan iparnya Shapian Ali di Seberang Takir. Dan tahun 2008, Shapian pula diketepikan oleh DS Idris, dan menggantikannya dengan DS Ahmad Razif Abdul Rahman, mantan Menteri Besar yang merampas jawatan Menteri Besar dari DS Ahmad Said.
Sekarang, untuk PRU15, dikatakan nama Shapian Ali akan dinaikkan semula untuk mengambil tempat DS Ahmad Razif di situ. Ia jelas kerana DS Ahmad Razif adalah penggugat kedudukan DS Ahmad Said sebagai Menteri Besar nombor wahid selepas Dato’ Rozi, dan memang DS Ahmad Said sudah pernah kena pada tahun 2014 dengan DS Ahmad Razif. Takkan DS Ahmad Said mahu dipatuk dua kali dalam satu lubang, kan? Jadi DS Ahmad Said melihat Shapian lebih kurang mudaratnya.
DS Ahmad Razif tidak mahu menyerah kalah, dikhabarkan, tiga rombongan bas terus pergi ke Kuala Lumpur, mungkin untuk berbincang dengan Presiden Umno. Dan mereka sedang menunggu keputusan itu. DS Ahmad Razif seorang yang mengenang budi. Beliau dinaikkan DS Najib sebagai Menteri Besar dan kita dapat lihat kelibat beliau selalu bersama DS Najib, tanda sokongan.
Aku hanya dapat bayangkan, jika benar berlaku apa yang DS Ahmad Said rancangkan, kita mungkin akan melihat pula adegan tunjuk perasaan oleh pengundi Seberang Takir sekali lagi. Waktu Shapian Ali tidak dicalonkan, penyokongnya berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman dengan plakad yang tertulis penyokong Shapian akan turun ke laut, tidak akan mengundi. Adakah mungkin kali ini, penyokong DS Ahmad Razif pula yang akan turun ke laut? Aku rasa mereka tak akan menyerah.
Maklumlah, Seberang Takir, kerusi yang Umno tak pernah kalah semenjak dahulu lagi. Semenjak zaman Menteri Besar Tan Sri Ibrahim Fikri. Namun, semua calon PAS di situ sebenarnya bukan kalah kepada calon Umno, tetapi mereka kalah kepada undi pos askar dan polis hutan, dua kem terbesar yang ada dalam DUN itu. Sebab itu ADUN Umno di DUN ini dipanggil wakil Pos, bukan wakil rakyat.
Eh, panjang pula cerita aku ni, melalut entah ke mana, macam lari dari tajuk pula. Ok sekarang berbalik kita kepada soalan asal aku, laku ke muka DS Ahmad Said nak dijadikan ‘poster boy’ BN Terengganu PRU15 nanti? Ikutlah, asal jangan jadi Boboiboy sudahlah, tua dah.
MOHD NASIR ABDULLAH
30 September 2022 – HARAKAHDAILY 30/9/2022
2. Serangan balas Presiden PAS, makin jelas PH tidak berubah
Ia bukan untuk menarik perhatian golongan dewasa, kerana pengundi yang matang, telah mengetahui akan cerita sebenar, apa yang berlaku. Umno tidak sebodoh itu, merasuah PAS untuk mengalahkan dirinya sendiri. Cerita dongeng Pak Pandir pun tidak sanggup membuat naratif sebegitu. Umno beri wang kepada PAS, menyuruh PAS kalahkannya dalam PRU. Pak Pandir pasti meggelengkan kepala kerana melihat PH yang lebih pandir darinya.
Cerita fitnah yang digali semula mereka ini, hanyalah menzahirkan peribadi PH yang tidak akan berubah walaupun diberi peluang memerintah sekali lagi. Sekarang, mereka terkial-kial menangkis persepsi rakyat yang begitu yakin, 22 bulan kebobrokan mereka dahulu, akan berlaku lagi, jika menang sekali lagi PRU. Tuduhan rasuah RM90 juta ini, antara buktinya.
SPRM, ketika berada di bawah Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan di hadapan Speaker, Menteri Besar dan ADUN-ADUN PAS Terengganu bahawa tiada kes salah laku duit Umno yang difitnah diberikan kepada PAS waktu itu. Waktu itu, PH sudah memerintah Malaysia. Lalu Pesuruhjaya SPRM bertukar orang. Latheefa Koya orang kuat PKR dilantik menjadi Pesuruhjaya SPRM. Pun sama, tiada kes seperti tuduhan PH terhadap PAS.
Mengapa ketika berkuasa, mereka tidak mendakwa PAS, jika benar ada kes? Sedangkan isu YB Nik Abduh dengan MBKB pun Lim Guan Eng suruh siasat sebagai kes rasuah. Yang PH percaya ialah dakwaan Clare Brown dari Sarawak Report yang mana si kafir itu turut disaman oleh Tuanku Permaisuri Sultanah Nur Zahirah, kerana memfitnahnya. Satu lagi bukti ialah melalui sekeping kertas photostat hitam yang dipegang DS Anwar ketika berkempen dalam satu Pilihan Raya Kecil.
Kita sudah mengenali PKR, salah satu komponen PH yang kuat memfitnah, sehingga rakan sendiri pun mereka fitnah. Kita juga mengetahui DAP yang amat bencikan Islam yang dibawa PAS, ahlinya tidak menerima orang Melayu Islam sebagai AJK Pusat mereka dengan hanya seorang yang menang pemilihannya.
PAN yang mundar-mandir tiada haluan itu juga kita tahu, hanya menjadi khadam kepada DAP, mengkhianati PAS dari dalam, tidak mempedulikan rakyat yang dilanda banjir, sebaliknya bermain ski ketika bencana. Lengkaplah ‘The Three Stooges’ dalam PH ini. Mereka hanya pandai melawak, menipu penonton bagi membuat orang ketawa. Betul atau tidak, apa mereka peduli. Dan mereka juga telah merekodkan hampir 30 kes rasuah.
Kita mesti memberikan penerangan sewajarnya kepada golongan pengundi kali pertama supaya mereka tahu siapa pembohong yang sebenarnya. PH akan mengulang-ulang berita fitnah yang basi, tetapi dihangatkan kembali, buat santapan anak muda yang tidak mengenali mereka sebelum ini. Bahaya hidangan basi itu, kerana ia akan menjadi racun kepada anak muda ini.
Jadi jelas, PH tidak akan berubah melihat kepada cara kempen mereka yang sama iaitu menggunakan fitnah untuk cuba menang. Fitnah, ia bukan dari Islam, ia bukan dari sikap profesional, ia bukan juga dari budaya kita. Jadi daripada mana PH mengambil contoh? Dari syaitan yang sering menghasut manusia dan PH mengikutnya. Wahai anak muda, jauhilah PH.
Atau agaknya ada pihak dari PH yang takut PAS minta balik duit kempen-kempen PRU waktu bersama PAS dahulu yang mereka tak bayar lagi? Lalu mereka kata PAS sangat kaya, jadi mereka tak perlu bayar duit itu?
MOHD NASIR ABDULLAH
28 September 2022 – HARAKAHDAILY 28/9/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mat Said ‘Poster Boy’. Makin jelas PH X berubah..
Jom serang terus PH!
No comments:
Post a Comment