Thursday, September 29, 2022

Presiden PAS turun ke Sg Merchang,.. & X ulas kes seksual ini..

 


1. Presiden PAS tinjau projek pembinaan pemecah ombak

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turun melihat kemajuan yang dicapai dalam projek pembinaan struktur pemecah ombak yang dilaksanakan di Sungai Merchang, Marang, pagi tadi.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Sebanyak 26 peratus daripada keseluruhan projek telah berjaya disiapkan,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, projek itu dijangka akan dapat disiapkan pada Disember 2023.

Tambahnya, mengikut taklimat yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Hanizan Deraman, setelah pelbagai ujian dibuat, reka bentuk yang telah dipersetujui adalah yang terbaik.

Sebelum ini, ujarnya telah diumumkan bahawa projek berskala besar bagi menangani pemulihan muara sungai dan pengawalan hakisan pantai bernilai keseluruhan RM1.55 bilion diluluskan di negeri Terengganu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang melibatkan kerja pengorekan alur navigasi dari muara Sungai Merchang sehingga Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, pembinaan struktur pemecah ombak, struktur dinding penahan, lapis lindung dan penyuburan pantai.

“Mudah-mudahan projek ini akan berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat terutamanya nelayan tempatan,” ujarnya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong turut mengiringi Tuan Guru. – HARAKAHDAILY 28/9/2022

2.‘Saya tegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan ini’

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan gangguan seksual melibatkan seorang insan yang dikenali.

Ini, katanya sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama.

“Kita semua maklum bahawa sedang berlangsungnya kes perbicaraan gangguan seksual yang melibatkan seorang insan yang dikenali rakyat Malaysia atas keprihatinan dan usaha membantu masyarakat yang memerlukan di banyak tempat,” ujarnya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengambil peluang untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia dan masyarakat umum, walaupun ianya melibatkan insan yang dikenali, kes itu adalah kes yang sedang dibicarakan di dalam mahkamah.

“Dan perlu untuk kita menghormati proses mahkamah dan serahkan ianya pada pihak berautoriti untuk melaksanakan tugasnya.

“Peganglah kepada pesan dan ajaran agama kita yang digariskan mengikut kaedah fiqh menyebut (bermaksud): “Asal setiap sesuatu adalah tidak bertanggungjawab/tidak bersalah”.

Jelasnya, erti kata lain seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman yang membenarkan kes yang berlangsung.

“Maka sepanjang proses perbicaraan ini berlangsung, saya menegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama.

“Kita perlu memegang akhlak dan ilmu ajaran agama terutama sekali kepada para pendakwah dan ikon-ikon besar yang diikuti orang ramai,” katanya lagi.

Tambahnya, seluruh rakyat juga diseru untuk tidak menangguk air yang keruh sehingga tanpa sedar memberi mesej buruk terhadap nilai agama dan ramai lagi para agamawan yang berusaha membawa mesej agama kepada masyarakat  dengan ikhlas dan bersungguh.

“Kita tetap tidak bersetuju dengan apa-apa perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang. Apatah lagi perlakuan yang menceroboh kehormatan diri,” ujarnya.

Menurutnya, jika berlaku jenayah, ia mesti dilapor kepada pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, hukuman yang tegas perlu diberikan kepada pelakunya, tidak kira siapa pun dia.

Ini, ujarnya adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada semua pihak.

“Ibu bapa, pendidik, pemimpin, NGO dan semua pihak, kita bersatu hati untuk turun padang memberikan kempen kesedaran kepada masyarakat daripada jenayah seperti ini.

“Adalah menjadi tugas kita semua untuk sama-sama melindungi masyarakat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biarlah kebenaran itu dibawa mengikut saluran yang tepat dan kita terus menjadi rakyat dan umat Islam yang bertanggungjawab dalam apa jua situasi agar Allah menilai yang terbaik terhadap usaha kita sebagai seorang Muslim, insya-Allah,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 28/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden PAS turun ke Sg Merchang terus buktikan ke'prihatin rakyat'nya..

Dan senator Datuk Idris Ahmad menegaskan 'untuk tidak diulas kes perbicaraan gangguan seksual melibatkan seorang insan yang dikenali.'

Al-hamdulillah. 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails