Sunday, September 25, 2022

Rasuah Indo, Hakim Mahkamah Agung ditahan.

 


Hakim Mahkamah Agung Indonesia ditahan dakwaan rasuah

JAKARTA: Badan antirasuah Indonesia menahan seorang hakim Mahkamah Agung kerana didakwa terbabit dalam skandal rasuah, salah seorang majistret paling berprofil tinggi yang berdepan siasatan jenayah itu.

Timbalan Ketua Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) dalam satu sidang media, berkata Hakim Sudrajad Dimyati ditahan selepas melaporkan diri secara sukarela kepada agensi itu, semalam.

KPK menahan enam suspek lain yang disyaki terbabit dalam kes rasuah membabitkan nilai 2.2 bilion rupiah (RM666,532) untuk mendapatkan keputusan yang memihak bagi kes rayuan oleh koperasi pemberi pinjaman yang berdepan masalah insolvensi.

Pengerusi KPK, Firli Bahuri, sebelum ini secara terbuka menggesa Sudrajad dan tiga yang lain supaya menyerah diri.

Bagaimanapun, Sudrajad tidak segera memberi maklum balas kepada permintaan untuk mengulas dakwaan itu.

Pegawai Jabatan Pengawasan Mahkamah Agung, Zahrul Rabain, berkata Sudrajad akan digantung tugas, namun tidak menyatakan berapa lama tempohnya.

Firli berkata, KPK melakukan serbuan di Jakarta dan Semarang pada minggu ini dan menahan enam individu serta merampas wang tunai hampir AS$148,000 (RM677,618) di rumah seorang pegawai Mahkamah Agung, majoritinya dalam mata wang dolar Singapura dengan sebahagiannya disembunyikan dalam ruang kosong dalam kamus.

Media melaporkan, seorang peguam dari koperasi pemberi pinjaman semalam memberitahu pemberita di KPK, beliau bersedia 'untuk dihukum seberat mungkin'.

KPK ditubuhkan pada 2002 selepas kejatuhan Presiden Suharto, yang mana pemerintahannya didakwa pengkritik sebagai kleptokrasi.

Agensi itu mendapat sokongan orang ramai kerana bertindak ke atas tokoh yang berkuasa, termasuk ahli politik berprofil tinggi, ahli perniagaan, hakim tertinggi dan bekas menteri, yang dipenjarakan pada 2021 selama 12 tahun kerana menerima sogokan dalam perolehan pakej bantuan pandemik.

Presiden Joko Widodo dipilih pada 2014 atas platform untuk memerangi rasuah, namun beberapa pengkritik, berkata kuasa KPK disekat ketika beliau memegang jawatan, bagaimanapun kerajaan menafikan agensi itu disekat. - REUTERS


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Atok pun responsible bab hakim ni. Masa tu dia lantik tommy tommy. Banyak yg tommy tommy buat masa ada kuasa. Tertuduh dlm kes adib, lepas bebas.

Cer mat jambu singkap kes tommy tommy. Ada teloq ker tidak mat jambu. Ada beran ke dia singkap kes tommy tommy. Ini tidak asyik asyik tibai org melayu jer. Macam group pee hancing suci.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails