Friday, September 16, 2022

Russia salur dana p/raya M'sia kepada siapa? ..& bunuh Al-Qaeda.

 

Presiden Russia, Vladimir Putin. - Foto SPUTNIK/AFP

1. Russia salur dana campur tangan dalam pilihan raya negara lain, dedah perisikan AS

WASHINGTON: Russia secara rahsia menyalurkan sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM1.352 bilion) kepada parti dan calon politik asing di lebih 24 negara sejak 2014 dalam usaha untuk meraih pengaruh, menurut laporan penilaian perisikan yang tidak lagi diklasifikasikan Amerika Syarikat (AS).

Laporan itu mendedahkan bahawa nilai itu adalah angka minimum dan Russia berkemungkinan menyalurkan dana tambahan secara rahsia dalam kes yang tidak dikesan," kata seorang pegawai kanan pentadbiran.

"Kami fikir ini hanyalah sebilangan daripada banyak kes," kata pegawai itu kepada pemberita dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Dalam satu kes yang dirujuk dalam laporan penilaian itu, Perisikan AS menyatakan bahawa seorang duta Russia di sebuah negara Asia yang tidak dinamakan sudah menyalurkan jutaan dolar kepada seorang calon Presiden.

Laporan penilaian yang turut memetik sumber pentadbiran juga mendedahkan Russia menggunakan Brussels sebagai hab untuk menyokong calon berhaluan kanan.

Kedutaan Russia di Ecuador juga, didakwa menyalurkan 'sejumlah dana besar' dari 2014 hingga 2017 untuk campur tangan dalam pilihan raya negara itu.

Penilaian perisikan itu juga mendakwa Russia menggunakan kontrak dan syarikat rekaan di Eropah serta menyalurkan dana rahsia secara langsung kepada Amerika Tengah, Asia, Asia Barat dan Afrika Utara.

"AS sedang memaklumkan dapatan itu kepada negara yang terjejas secara langsung," kata pegawai pentadbiran berkenaan.

Pegawai itu berkata, pentadbiran AS juga sedang membincangkan perisikan secara lebih meluas dengan lebih 100 negara sebagai sebahagian daripada "Sidang Kemuncak Demokrasi" Presiden Joe Biden, satu inisiatif yang dijanjikannya dalam kempen pilihan raya 2020.

Pentadbiran Biden meminta penilaian itu dibuat berikutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine pada Februari lalu, yang mendorong usaha besar AS untuk meminggirkan Moscow daripada kuasa Eropah. - AFP


2. CIA jelaskan bagaimana pemimpin Al-Qaeda dibunuh 

Gambar edaran Biro Penyiasat persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan risalah mengesahkan pembunuhan ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri. - Foto AFP

WASHINGTON: Serangan dron Amerika Syarikat (AS) yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, pada awal minggu ini hanya dilancarkan selepas risikan terperinci dan memenuhi pelbagai protokol.

Zawahiri bersembunyi selama beberapa tahun dan operasi untuk mengesan dan membunuh lelaki itu dilakukan secara berhati-hati, sabar dan berterusan oleh komuniti pembanteras keganasan dan perisikan.

Seorang pegawai pentadbiran kanan AS yang enggan dikenali memberitahu pemberita bahawa operasi itu dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) selepas mendapat kebenaran Presiden AS, Joe Biden.

Sehingga pengumuman rasmi AS, banyak khabar angin tersebar mengenai tempat persembunyian Zawahiri antaranya di kawasan dikuasai puak etnik Pakistan atau di dalam Afghanistan.

Pegawai kanan yang enggan dikenali itu turut memberikan beberapa butiran operasi pembunuhan Zawahiri.

Selama beberapa tahun, kerajaan AS mengetahui mengenai rangkaian yang menurut risikannya, menyokong Zawahiri dan sepanjang tahun lalu, susulan pengunduran AS dari Afghanistan, pegawai memerhatikan tanda kehadiran Al-Qaeda di negara itu. 

Tahun ini, pegawai mengesahkan keluarga Zawahiri iaitu isteri, anak perempuan dan cucunya ditempatkan di sebuah rumah rahsia di lokasi selamat di Kabul, di mana Zawahiri berulang kali dikesan berada di sana. 

Selama beberapa bulan, pegawai perisikan lebih yakin bahawa mereka sudah mengesahkan identiti Zawahiri di rumah rahsia terbabit di Kabul.

Pada awal April, mereka mula memberi taklimat kepada pegawai pentadbiran kanan, disusuli taklimat peringkat tertinggi kepada Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan, yang kemudian memberi taklimat kepada Presiden AS, Joe Biden.

"Kami dapat menentukan bagaimana cara kehidupan Zawahiri sekeluarga melalui pelbagai sumber maklumat bebas untuk dilaporkan kepada penyelaras operasi itu.

"Sebaik Zawahiri tiba di rumah rahsia di Kabul, pengamatan pegawai mendapati beliau tidak meninggalkan premis itu dan beliau disahkan berada di balkoni, apabila serangan bertubi-tubi dilancarkan," kata pegawai terbabit.

Pegawai menyiasat pembinaan dan keadaan rumah rahsia itu serta meneliti penghuninya bagi memastikan AS dengan yakin boleh menjalankan operasi untuk membunuh Zawahiri, tanpa mengancam integriti struktur bangunan bagi meminimumkan risiko kepada orang awam dan keluarga Zawahiri.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, Biden bertemu dengan penasihat utama dan Kabinet untuk meneliti dapatan perisikan dan menilai tindakan terbaik.

Pada 1 Julai lalu, Biden diberi taklimat mengenai cadangan operasi di Bilik Situasi Rumah Putih oleh anggota Kabinetnya, termasuk Pengarah CIA, William Burns.

Biden bertanyakan soalan terperinci mengenai maklumat yang diketahui dan bagaimana mereka memperolehnya selain meneliti model rumah rahsia yang dibina serta dibawa oleh komuniti perisikan ke mesyuarat terbabit.

Presiden bertanya mengenai cahaya, cuaca, bahan pembinaan dan faktor lain yang boleh memberi kesan kepada kejayaan operasi, kata pegawai berkenaan selain memohon analisis potensi berlaku mogok jika serangan dilancarkan di Kabul.

Kemudian, sekumpulan peguam kanan pelbagai agensi meneliti secara rapi laporan risikan dan mengesahkan bahawa Zawahiri adalah sasaran yang sah berdasarkan kepemimpinan berterusan dalam Al-Qaeda.

Pada 25 Julai lalu, Biden memanggil anggota Kabinet dan penasihat utamanya untuk mendengar taklimat terakhir serta membincangkan mengenai bagaimana pembunuhan Zawahiri akan menjejaskan hubungan AS dengan Taliban.

Selepas meminta pandangan pihak lain di dalam bilik itu, Biden seterusnya membenarkan serangan udara yang disesuaikan dengan tepat dan bersyarat bagi meminimumkan risiko kematian orang awam. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimRussia secara rahsia menyalurkan sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM1.352 bilion) kepada parti dan calon politik asing di lebih 24 negara sejak 2014 dalam usaha untuk meraih pengaruh.

Jadi tidak mustahil ada agennya di negara ini. Kalau ada siapa atau parti mana agennya? Kalau AS sanggup menghapuskan Al-Qaeda hingga ke akar umbi, takkan Russia tidak?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails