Tuesday, September 13, 2022

Seks untuk kesihatan, ini, 10 kebaikan.

 

Hubungan seks boleh bantu panjangkan jangka hayat, jalani hidup lebih sihat dan pelbagai manfaat lain. - Foto hiasan

10 kebaikan hubungan seks untuk kesihatan

Biasanya apabila topik hubungan seks diutarakan, sebilangan individu menganggap ia bagi tujuan keseronokan, sebaliknya ia tidak sekadar memenuhi tuntutan agama, malah lebih penting ia juga mempunyai manfaat baik terhadap kesihatan.

Hubungan seks boleh membantu memanjangkan jangka hayat dan menjalani hidup lebih sihat dengan meningkatkan imuniti, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko kanser tertentu.

Namun, manfaat memiliki kisah percintaan yang memuaskan tidak semestinya memerlukan pasangan, sebaliknya manfaat kesihatan itu masih boleh diperoleh walaupun secara sendirian.

Pakar kesihatan lelaki dari United Kingdom, Dr Jeff Foster dan psikoterapi, Lucy Beresford menjelaskan 10 sebab mengapa seks bukan sekadar sensasi yang menyeronokkan, sebaliknya penting untuk kesihatan jangka panjang.

1. Untuk imuniti

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal akademik Psychological Reports menunjukkan individu yang menjalin hubungan seks dua kali seminggu memiliki peningkatan antibodi immunoglobulin A (IgA) sebanyak 30 peratus.

Antibodi itu membantu melawan jangkitan dan jumlah yang lebih banyak bermakna tubuh akan lebih berkemampuan melawan jangkitan.

Menurut Dr Foster: "Seks meningkatkan tahap antibodi sekali gus menambah baik sistem imun dan boleh mengurangkan keseriusan jangkitan virus."

2. Linodo (nafsu)

Lelaki yang tidak menjalani hubungan seks selama tiga hari hingga seminggu akan meningkatkan libido, namun jika berterusan sehingga 12 minggu, tahap testosteron akan mula menurun.

Dr Foster berkata: "Ia bererti gunakan atau anda akan kehilangannya. Seks memenuhi keperluan diri, meningkatkan hormon gembira, aliran darah, kesejahteraan hidup dan testosteron, dan disebabkan itu, kita mahu lakukannya semula."

3. Kesihatan mental

Beberapa kajian menunjukkan individu yang aktif secara seksual kurang berdepan kemurungan dan keresahan, serta mampu menguruskan tekanan harian secara lebih baik.

Menurut Dr Foster: "Walaupun pekerjaan anda menyebabkan tekanan atau kehidupan berkeluarga menyebabkan tekanan, langkah untuk aktif secara seksual boleh mengurangkan aspek itu."

4. Kanser prostat

Manfaat seks tidak hilang walaupun usia meningkat. Ia boleh kekal seumur hidup, malah manfaatnya meningkat selepas usia 40 tahun.

Lelaki yang aktif secara seksual dapat mengurangkan risiko kanser prostat.

Menurut Dr Foster: "Saranannya adalah untuk mengeluarkan air mani tiga kali seminggu. Namun, tiada angka tetap. Lebih banyak seks, risiko kanser prostat akan semakin berkurangan, jadi lakukannya sebanyak yang boleh."

5. Sebagai senaman

Purata pasangan di United Kingdom menjalin hubungan seks antara tiga hingga lima minit. Ia tidak mencukupi untuk dianggap sebagai senaman, namun memilik manfaat tersendiri.

Beresford berkata: "Ia baik untuk kamu, seperti mana yoga baik untuk kita, sama ada dari segi fleksibiliti, regangan dan mengekalkan postur.

"Seks juga membolehkan kita kekal terhubung dengan tubuh kita, dan mengetahui apa yang tubuh mahu dan perlukan."

6. Tekanan darah

Lonjakan penghasilan testosteron ketika seks boleh mengurangkan tekanan darah, manakala hormon serotonin, endorfin dan feniletilamina turut dihasilkan ketika seks, yang boleh mengurangkan tekanan.

Menurut Dr Foster: "Ia bermanfaat atas beberapa sebab membabitkan hormon dan aliran darah, namun kesan psikologinya ialah jika kita lebih tenang, kita kurang cenderung untuk tertekan dan tekanan darah menurun."

7. Tanda amaran

Kekurangan libido mungkin petanda hormon kita bermasalah, dan jika sudah tidak mampu mendapat ereksi, ia menunjukkan terdapat masalah dengan kesihatan jantung.

Dr Foster berkata: "Kekurangan testosteron untuk lelaki dan progesteron untuk wanita yang melalui fasa putus haid boleh menjejaskan libido.

"Disfungsi erektil (mati pucuk) boleh menjadi petanda aliran darah yang tidak baik dan masalah pada jantung, dan penting untuk ia diperiksa.

Seks boleh membantu memberi amaran kesihatan."

8. Kekal muda

Anda tidak perlu bimbang kehilangan libido apabila semakin berusia.

Dr Foster berkata, seks adalah 'proses sepanjang jangka hayat' dan ia kekal sehingga kita mati.

"Walaupun hanya melakukannya sendirian, kita masih boleh mendapat manfaat pada minda dan tubuh. Otak kita tidak tahu sama ada terdapat pasangan di kemaluan kita," katanya.

Menurut Beresford: "Menerusi hubungan seks ia boleh mengurangkan tahap tekanan dan membantu kita hidup lebih lama."

9. Mengatasi kesakitan

Peningkatan hormon gembira dalam tubuh boleh membantu meningkatkan toleransi pada kesakitan, kata Dr Foster.

"Jika anda memiliki fungsi seksual yang baik, hormon gembira akan meningkat dan ia boleh membantu mengurangkan rasa sakit.

"Kebiasaannya doktor akan memberi antidepresan pada pesakit yang memiliki sindrom kesakitan kronik bukan kerana mereka kemurungan, namun kerana kesan antidepresan."

10. Tidur

Dakwaan mengatakan lelaki akan tertidur selepas seks adalah mitos, kerana hormon dopamin yang dihasilkan selepas klimaks, sebenarnya menyebabkan kedua-dua jantina mengantuk.

Menurut Dr Foster: "Bukan aktiviti seksual yang menyebabkan kita keletihan, sebaliknya hormon itu yang membuatkan kita rasa amat tenang secara tiba-tiba. Ia membantu semua orang untuk tidur." - AGENSI


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Altimatum nyanyi lagu penyamun. Tak habis habis ngatanya. Udah sampai ke penyanyi pulak. Cukup cukuplah tibai orang melayu. Cer tibai pulak bangsa yg beri rasuah.

Anonymous said...

Dah kena racun dgn mat jambu dan mat trowong. Dok tibai org melayu sambil sembunyi the satan of dapig.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails