Friday, September 02, 2022

Titisnya air mata buaya, Rosmah. Merdeka teladani.

 

Rosmah Mansor ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk keputusan kes rasuah projek solar hibrid di 369 sekolah pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion. - Foto AFP

1. Rosmah menangis minta belas kasihan 

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor yang merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan, memohon mahkamah supaya berbelas ihsan kepadanya dalam menjatuhkan hukuman.

Rosmah yang sesekali sebak dan menangis melalui kandang tertuduh, meminta mahkamah supaya lebih bersifat kemanusiaan kepadanya.

Katanya, beliau menghormati keputusan hakim Mohamed Zaini Mazlan, bagaimanapun mahu meninggalkan mahkamah dengan memori yang baik terhadap sistem keadilan.

"Tetapi tidak mengapa. Saya memohon belas kasihan dan lebih berperikemanusiaan kepada saya. Jika ini boleh berlaku kepada saya, ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan.

"Mereka sudah melakukan kepada suami saya supaya kami menanggung sengsara.

"Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita yang kini terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong lebih berperikemanusiaan," katanya.

Rosmah mempertahankan pendirian bahawa beliau tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang daripada mana-mana pihak.

Katanya, beliau tidak pernah mempengaruhi suaminya, Datuk Seri Najib Razak malah Najib juga memintanya supaya tidak campur tangan.

Mahkamah berehat seketika untuk menjatuhkan hukuman.


2. Kekalkan merdeka dengan teladani cara ulamak dahulu 

ALOR SETAR: Cabaran Pemuda PAS dalam meneruskan perjuangan kemerdekaan mestilah meneladani para ulamak terdahulu yang menuntutnya demi memastikan Islam tertegak di bumi bertuah ini.

Perwakilan Pemuda PAS Melaka, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif berkata, para ulamak dahulu menghadapi penjajah untuk memastikan kemakmuran negara ini dengan hukum syarak.

Kerana katanya, para penjajah datang bukan sahaja kerana kuasa dan kekayaan, tetapi memenuhi agenda 3G yang turut meliputi tujuan agama di mana tuntutan kemerdekaan itu mesti diperjuangkan kini.

Jelasnya, agenda tersebut masih menjajah anak-anak muda kini hingga menyebabkan golongan itu sering bertindak mengikut hawa nafsu dan akal fikiran semata tanpa agama.

“Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan syahadah dan kemerdekaan yang ada pada Tanah Melayu pada ketika ini,” ujarnya membahas Ucaptama Ketua Pemuda PAS pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia di Hotel Raia, di sini sebentar tadi.

Perwakilan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Zulfadli Zakariah juga mengungkap perkara sama apabila menyatakan tonggak kekuatan pahlawan dahulu.

Mereka itu jugalah katanya, pejuang kemerdekaan di mana perjuangan berteraskan akidah dan untuk anak cicit terus berpegang dengan akidah itu.

“Maka disebabkan perjuangan yang telah pun mereka korbankan, maka alhamdulillah, pada hari ini, kita dapat merasai nikmat Islam sehinggakan kita sama-sama dapat berkumpul pada hari ini,” ujarnya.

Para pejuang itu menurutnya, juga menggerakkan agenda ilmu di mana di samping menghunus keris, mereka adalah tenaga pengajar di surau masjid.

“Mereka juga mempunyai amalan-amalan yang tersendiri. Amalan itulah yang menjadi sumber kekuatan mereka untuk terus berjuang bagi mempertahankan Tanah Air tanpa ada rasa gentar terhadap musuh-musuh Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/9/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimTitisnya air mata buaya, si Rosmah.  Merupakan sebuah kisah dan tauladan, bekas PM suami isteri pertama Malaysia yang meringkok di penjara pada masa musim hari merdeka ini. 

Walau pun titisnya air mata, rakyat menganggap tetap air mata buaya yang baru lepas mengganas. 

Namun pintu taubat tentu masih terbuka. Semoga tidak berjangkit kepada bekas-bekas PM yang lain lagi.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails