Monday, October 31, 2022

5 cakar PH melalui 5 situasi.. PAS X mampu?

 


1. Percakaran PH hanya akan porak-perandakan politik 

LOJIK untuk kita lihat bahawa PH dapat memerintah dengan baik semakin sukar kelihatan. Percakaran sesama mereka ketika 22 bulan memerintah sebenarnya telah cukup untuk semua pengundi-pengundi faham. 

Terkini dalam tempoh perundingan kerusi sebelum penamaan calon 5 November ini, kelihatan jelas bergelora retak menanti belah. 

5 situasi percakaran dalaman sesama pemimpin parti dan sesama rakan koalisi adalah seperti berikut;

1. Isu tokoh-tokoh PAN dicuri PKR atau PAN sia-siakan tokoh sendiri (Nik Omar, Husam Musa dan lain-lain).

2. Isu penyandang kerusi Cina DAP bertanding bebas kerana dirampas Melayu DAP Syefura demi kaburi pengundi Melayu. Penyokong Cina DAP kecewa. 

3. DAP ketepikan Charles Santiago mengecewakan India DAP dan penyokong pro liberal seolah-olah DAP tak hargai pemimpin berjasa. 

4. Desas-desus PKR ketepikan penyandang yang ada pengaruh tersendiri Sivarasa dan Maria Chin. 

5. Pertembungan DAP vs PAN , sehingga Phahrolrazi dipecat, Muhaimin Sulam belum jelas masa depan. 

Melalui 5 situasi yang dinyatakan, antara kesimpulan yang boleh dibuat adalah;

1. Dalam kesemua situasi ini PAN paling kelihatan jadi mangsa buli DAP dan PKR. 

2. Tindakan DAP awal melobi ganti kerusi BERSATU dan pertembungan isu kerusi Jerai dan Changkat Jong adalah tanda proaktif untuk meneroka kerusi Melayu dengan muka Melayu tapi hati nurani adalah DAP.

3. Parti blok pembangkang masih dalam sindrom penafian bahawa mereka juga menyusun politik atas pertimbangan bangsa dan racial card. Mulut lain, apa yang dibuat lain.  

PH dalam naratif yang dikempen kononnya menolak pendekatan berasaskan bangsa lalu mereka pukul rata bahawa pendekatan berasaskan bangsa adalah rasis. Realitinya, mereka menyusun strategi politik juga dengan pendekatan bangsa bahkan ada kes mendorong kepada kepekatan rasisme. 

Sudahlah tak stabil, tak jujur pula tu. Bagaimanalah PH nak jadi kerajaan yang baik untuk rakyat.

ZIKRULLAH ISMAIL
Darul Naim Research Centre
31 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 31/10/2022

2. PAS tak mampu tadbir negara? 

SEMASA PAS memenangi Kelantan, Tok Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berhadapan persepsi boleh ke Tok Guru atau Tok Lebai tadbir negeri, cukup urus pondok je

Namun, persepsi tersebut telah pun dirobohkan. Kini, timbul pula persepsi boleh ke PAS tadbir negara. 

Saya gembira dengan persepsi ini, kerana menunjukkan PAS sudah pun naik level. Daripada kesangsian tadbir negeri kepada kesangsian tadbir negara. 

Kini, tiada lagi kesangsian akan kemampuan PAS tadbir negeri. PAS memang mampu tadbir negeri. 

▪︎32 tahun Kelantan tanpa rasuah. 

▪︎20 janji Manifesto Terengganu tertunai.

▪︎RM68 bilion jumlah pelaburan di Kedah. 

Fakta ringkas ini membuktikan PAS mampu mentadbir dengan formula politik yang berasaskan nilai integriti, tunai janji dan pacu ekonomi. 

Sekarang tembok persepsi PAS mampu tadbir negara kian merekah dan runtuh. Tiga Menteri PAS dan lima Timbalan Menteri telah beraksi. 

Prestasi Menteri dan Timbalan Menteri ini dapat dilihat dari laporan yang disediakan oleh Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS). 

Kini, kita semua sedang menunggu calon-calon yang bakal dikemukakan oleh PAS. 

Calon yang dikatakan mengambil kira aspek kemampuan untuk menjadi Menteri atau Timbalan Menteri bukan semata-mata sebagai wakil rakyat. 

Ini juga satu peningkatan level dan kualiti yang PAS tonjol meruntuhkan lagi tembok rapuh persepsi PAS tak mampu tadbir negara. 

Kini, PAS sudah cukup bersedia untuk tadbir negara. Bukan sahaja bersedia malah kita juga telah menunjukkan kemampuan mentadbir negeri dan negara. Berikan peluang kepada PAS-PN. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR 
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 31/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim5 cakar PH melalui 5 situasi.. PAS X mampu?

Telah jelas sekarang PH yang gagal dan ghuyup. Dan PAS mampu tadbir negara. Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

7 comments:

Unknown said...

Nak banding arwah nik aziz dgn pemimpin pas kini. Jauh panggang dr api

Anonymous said...

Percakaran dalam pee hancing tentang isu calon dan kerusi jelas menunjukkan wujud konflik dalaman yang boleh menjadi retak menunggu belah dan membawa kepada kekalahan pee hancing.

Rakyat sendiri pun tidak percaya pada pee hancing setelah rakyat dikencing hingga hancing dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi.

Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun , lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Sikap hipokrit dan lidah biawak puak pee hancing sangat jelas konon memuji dan memuja TGNA tetapi mereka sendiri menolak ajaran TGNA menegakkan Islam dan menyuruh manusia melakukan kebaikan (Islam) dan mencegah kemungkaran dan kesesatan.

Pujian mereka pada TGNA hanyalah setakat kerongkong sahaja tidak sampai di hati.

Mereka menghina ajaran Islam, menentang hukum Islam dan menafikan hak Islam dan umat Islam dan mereka menghalalkan yang haram seperti pesta arak, judi dan pusat maksiat dll dan mereka mahu negara umat Islam menjadi negara sekular yang mengasingkan agama Islam dari kehidupan dunia.

Anonymous said...

Seperti biasa, abam anuwar tidak mengamalkan politik bersih. Kali ini melakukan kegiatan mencuri ahli. Kerana terdesak nak menang.

Mencuri ini tidak termasuk dalam strategi politik. Tapi merupakan satu penampilan sikap buruk abam anuwar. Sejak abam anuwar tubuh pkr, banyak hal melanggar susila dlm berpolitik.

Abam anuwar merintis politik lompat. Sekarang abam anuwar merintis politik curi ahli. Bahan curi ialah nik omar dan husam musa. Dari ahli sekutu sendiri iaitu pan. Ni dikatakan parti politik tikam parti sekutu.

Sementara nik omar dikatakan ulama bertaraf tinggi. Sebenarnya tidak. Kerana membenarkan dirinya jadi bahan curi. Hilang dah warasnya. Mungkin sebab derhaka kepada bonda yg melahirkannya.

Pan jadi parti yg tidak dihormati. Dengan pkr mencuri ahli terang terangan, komunis dapig pun terus dengan sikap membuli.

Dulu komunis dapig cuba buli pas. Bila komunis dapig tidak hormat pas, maka pas tidak perlu hormat komunis dapig.

Tapi pan tiada telor. Atau telor kecik. Dicuri ahli pan diam, dibuli komunis dapig, pan menikus.

Tiba masanya sokong parti yg bersih dan bebas rasuah.

Anonymous said...

Elok bubar jer pkr (parti khianat rakyat). Mereka dalam pkr tak sedar yg mereka jadi alat untuk komunis dapig berkuasa. Lagi pun abam anuwar tidak dapat menggalas jawatan pm secara bebas. Kerana jadi boneka komunis dapig.

Pan pun elok muhasabah diri. Mereka terkeluar dari pas sebab termakan dakyah komunis dapig. Komunis dapig fitnah tghh, mereka pun ikut sama. Sekarang mereka terumbang ambing. Nak kata parti agama pun tidak, nak kata parti melayu pun tidak. Melainkan agen untuk menaikkan komunis dapig.

Anonymous said...

Hahaha... aekk, tidak ker yg pahrurozi tu diantara hulubalang pro dap dulu yg pecahkan pas sehingga tertubuhnya partipan?
janganlah pulak si pahrurozi tu lari dari perjuangan asal geng "barua" yg bercita² memperhabakan diri pada tuanDap mereka pulak.
akan marah la kepala²balaci dap jika cuba lari dari akidah mempertuankan dapiq.

hehehe.. nak tergelak ruuu

Anonymous said...

Mana adab? Yg dah meninggal x payah diungkit. Mereka x dapat membalas. Lagi pun tak patut mengusik keluarga mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails