Monday, October 10, 2022

Agung: 'kecewa dengan perkembangan politik'.. Mengapa?

 

Seri Paduka ketika menerima Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap memohon perkenan pembubaran Parlimen semalam.

Agong perkenan pembubaran Parlimen, kecewa dengan perkembangan politik

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa negara dan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata susulan rasa kecewa itu, Al-Sultan Abdullah memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Justeru, katanya, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat, dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.

"Seri Paduka menegaskan negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat, secara keseluruhannya.

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu.

Mengenai permohonan pembubaran parlimen, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Negara, pada jam 12 tengah hari semalam.

Baginda selaras kuasa sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub di bawah Perkara 40(2) dan Perkara 55(2) Perlembagaan, memperkenankan pembubaran itu, selepas memperhalusi permintaan berkenaan. (BH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Agung: 'kecewa dengan perkembangan politik'.. Mengapa?

Mungkin ada yang bertanya begini? Kalau ada, mungkin ini jawapan terbaiknya...

"PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh 4 tahun 5 bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14.

PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sangat penting ini."

Diangkat dari "Bubar Parlimen: Kenyataan media Presiden PAS" ABDUL HADI AWANG 13 Rabi’ul Awwal 1444 / 10 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 10/10/2022


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails