Tuesday, October 25, 2022

Aman cium dahi pelakon wanita. Apa komen?

 

Di sebalik keindahan melodi dan lirik lagu Satu Hari Saat Hujan, namun, dalam sinematografi terselit babak Aman mencium dahi pelakon wanita.

HALAMAN HIBURAN

Cium bukan sebab nafsu - Aman Aziz

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aman Aziz muncul dengan single baharu berjudul Satu Hari Saat Hujan yang ditulis berdasarkan kisah cinta monyet yang pernah dilalui.

Menerusi video berkonsepkan romantik dan fantasi itu, kelihatan pemilik nama lengkap Mohammad Razman Abdul Aziz, 29, menjalinkan hubungan dengan seekor ikan duyung.

Bagaimanapun, di sebalik keindahan melodi dan lirik lagu Satu Hari Saat Hujan dan dalam sinematografi terdapat babak menimbulkan rasa senang terutama aksi Aman mencium dahi pelakon wanita.

Malah, ada yang meluahkan pendapat, video muzik mempunyai persamaan dengan drama Korea yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu.

Aman berkata, babak cium dahi itu tiada dalam skrip, ia dibuat secara spontan seperti diarahkan pengarah video muzik.

"Ketika itu, hari sudah lewat malam dan mengejar masa untuk menyiapkannya.

"Masa mood sedih itulah pengarah suruh saya cium dahi wanita itu, saya pula mengikut sahaja kehendaknya.

"Lagipun, ia bersesuaian dengan karakter saya sedang bersedih apabila orang yang disayangi hendak pergi. Saya juga ikut kata hati," katanya kepada BH Online. 

Mengulas adakah tidak terfikir babak cium boleh mencetuskan kontroversi, Aman berkata, dia baru sedar kemungkinan akan menimbulkan kontroversi selepas menonton semula video muzik selepas siap.

"Masa 'shoot', saya tak terfikir langsung. Bagaimanapun, saya buat video muzik atas dasar kerja, bukannya nafsu.

"Bukanlah nak kata saya nak membiasakan diri dengan perkara seumpama ini, tetapi hakikatnya babak cium dibuat bukan kerana nafsu.

"Tak dinafikan, saya risau sangat. Namun, perkara sudah berlaku, jadi saya kena tanggung risiko.

"Saya akan terima apa sahaja kesannya termasuk kecaman netizen. Tapi, saya juga melihat perkara ini dari sudut positif.

"Saya anggap ia adalah satu kesilapan dan akan cuba memperbaikinya agar jadi lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Mengulas dakwaan kontroversi dirancang semata-mata untuk publisiti, Aman berkata, dia tiada niat langsung mencari publisiti.

"Tetapi, jika ia berlaku secara kebetulan, Alhamdulillah," ujarnya.

Aman berkata, ada juga netizen menganggap video muzik itu mempunyai persamaan dengan drama Korea popular.

"Secara jujurnya, saya tidak tahu pun soal drama Korea itu. Idea saya untuk video muzik untuk dirakamkan di lokasi yang ada air kerana lagu ini sedih.

"Air adalah lambang ketenangan. Cadangannya, saya nak ke laut.

"Namun, kekangan cuaca penggambaran dibuat di kawasan memancing. Ketika itulah, timbul idea mewujudkan watak duyung untuk memberikan kelainan.

"Pada awalnya, saya yang perlu menjadi duyung, namun disebabkan tubuh saya bukan seperti model, jadi watak ini diserahkan kepada pelakon wanita," katanya.

Berbicara soal imej lebih ke arah K-Pop, Aman berkata, dia pernah mencuba pelbagai jenis gaya.

"Saya pernah berpakaian seperti mat moto, mengenakan jaket dan seluar jeans koyak.

"Saya juga pernah bergaya kemas. Sejujurnya, saya tak kisah mencuba pelbagai gaya dan bersesuaian mengikut aliran.

"Imej K-Pop pun bukanlah kekal kerana saya akan terus mencuba gaya baharu, asalkan bersesuaian dan orang boleh terima," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Cina Buta. (BH)


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Apabila nafsu dan kejahilan menguasai diri seseorang, semua yang haram dianggap halal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails