Wednesday, October 26, 2022

Azmin Ali: L/Kajang, P/Dickson.. & Mat Sabu: Guling PM awal..

 

Azmin berkata, ketika Langkah Sheraton, tidak ada sesiapa yang didesak atau dipaksa meletakkan jawatan, berbanding situasi ketika Langkah Kajang dan Port Dickson. - Foto Astro AWANI

1. Langkah Kajang, Port Dickson adalah pengkhianatan sebenar - Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan oleh wakil rakyat Kajang dan Port Dickson untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebenar-benar pengkhianatan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan, tindakan tersebut mencabuli mandat rakyat dua kawasan Parlimen itu, yang telah memilih perwakilan mereka melalui proses demokrasi yang betul.
Maka, kata beliau, tidak mungkin rakyat boleh diperdayakan dengan tanggapan bahawa dirinya adalah pengkhianat atas penglibatannya dalam Langkah Sheraton.
“Langkah Kajang adalah satu pengkhianatan mutlak, yang mana wakil rakyatnya masih hidup, masih berkhidmat, dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU), tetapi oleh kerana nafsu serakah seseorang, maka dia dipaksa meletak jawatan bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu.aka, kata beliau, tidak mungkin rakyat boleh diperdayakan dengan tanggapan bahawa dirinya adalah pengkhianat atas penglibatannya dalam Langkah Sheraton.
“Langkah Kajang adalah satu pengkhianatan mutlak, yang mana wakil rakyatnya masih hidup, masih berkhidmat, dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU), tetapi oleh kerana nafsu serakah seseorang, maka dia dipaksa meletak jawatan bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu.
“Begitu juga episod yang berlaku di Port Dickson. Wakil rakyatnya terpaksa meletakkan jawatan kerana memenuhi nafsu serakah seseorang yang mahu menjadi Perdana Menteri. Apakah ini bukan pengkhianatan namanya?” soal Mohamed Azmin dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Berbanding ketika Langkah Sheraton, jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, tidak ada sesiapa yang didesak meletakkan jawatan.
Malah, katanya, mereka memperkukuhkan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri supaya beliau mempunyai sokongan kuat bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Namun malangnya, pergaduhan dan perebutan kuasa dalam PH itu menyebabkan Dr Mahathir kemudiannya meletakkan jawatan.
“Jadi, mengapa dipersalahkan saya atau Tan Sri Muhyiddin Yassin? Sedangkan, berlakunya kekosongan itu kerana tindakan Dr Mahathir meletak jawatan, maka proses penggantian itu dilakukan mengikut perlembagaan (parti),” kata Mohamed Azmin.
Pada 2014, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang membawa kepada penganjuran pilihan raya kecil yang mana Anwar masuk bertanding merebut kerusi DUN itu.
Namun, Anwar menyerahkan pencalonan itu kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selepas dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan meliwat.
Pada PRU14 pula, kerusi Parlimen Port Dickson dimenangi Datuk Danyal Balagopal Abdullah, namun dia kemudiannya menyerahkan kerusi itu kepada Anwar pada September 2018.
2. Ada tokoh politik mahu guling PM lebih awal - Mat Sabu  
Mohamad Sabu. - NSTP

ALOR GAJAH: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, mendedahkan seorang tokoh politik popular ada menemuinya dengan hasrat bekerjasama menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli politik dimaksudkannya itu, termasuk daripada parti mana.

Bagaimanapun, beliau berkata tokoh politik itu hadir menemuinya untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan pimpinan Ismail Sabri, sebelum pengumuman pembubaran Parlimen, baru-baru ini.

Mohamad atau dikenali Mat Sabu, berkata selain dirinya, tokoh politik berkenaan turut berjumpa beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pertemuan itu juga bermotifkan matlamat sama iaitu untuk meraih sokongan, sekali gus bergabung bagi membentuk kerajaan baharu.

"Dia datang jumpa kami berkali-kali. Dia kata `Mat tolonglah Mat, sokong kami kali ini, saya nak jadi perdana menteri'. Kalau Ismail Sabri tak membubarkan Parlimen, manakala Yang di-Pertuan Agong (juga) tidak mahu membubarkan Parlimen, itu bermakna perdana menteri baharu akan dilantik.

"Saya kata, takkanlah kita nak ikut Britain yang mana perdana menteri silih berganti dalam masa 44 hari, (sedangkan) dasar Ismail Sabri belum lagi berjalan, dah nak datang perdana menteri baharu pula.

"PH menolak hasrat tokoh politik itu, kita kata 'enough is enough' (cukup-cukuplah). Kamu bubar saja Parlimen dan kita berdepan dengan pilihan raya walaupun (kemungkinan) banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ceramah sempena Program Jelajah Mega Harapan Melaka dan pelancaran jentera PH Melaka oleh Anwar di Sungai Petai, Rembia, di sini, malam tadi.

Pembubaran Parlimen diumumkan Ismail Sabri pada 10 Oktober lalu, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Komen Weblog Ibnu HasyimAzmin Ali: L/Kajang, P/Dickson..  & Mat Sabu: Guling PM awal..

Apakah ini juga langkah pecahkan perpaduan Melayu/Islam? Atau ikut otak Britain, PM silih berganti dalam 44 hari?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

11 comments:

  1. Anuwar merintis lompat parti. Itu ketika nak rampas kuasa dari najib. Mujur najib pelarikan ahli parlimen ke taiwan.

    Anuwar juga punya ciri ciri diktatorship. Langkah kajang dan port dikson adalah contoh nyata. Penyandang disuruh letak jawatan. Supaya anuwar ganti tempat itu.

    Anuwar juga seorang gagalis. Langkah kajang gagal menjadikannya mb selangor. Langkah port dickson gagal menjadikan pm.

    Politik anuwar politik tidak bermoral. Lompat parti dan rompak hak penyandang kajang dan port dickson bukti politik anuwar politik nafsu rakus.

    Ucapan anuwar penuh dengan moral positif. Tetapi rupanya hipokrit. Masih terbukti bila sanggup mengkhianati orang melayu dengan bercanda dengan komunis dapig.

    Persetankan moral kata anuwar. Janji kerusi pm milik aku anuwar berahim.

    ReplyDelete
  2. LANGKAH SERETON LANGKAH KAJANG
    LANGKAH SUMBANG JALAN KENGKANG
    SIAPA PUN SUMA SAMA MACAM GAMPANG
    VIDEO BLUR TU BILA NAK ULANGTAYANG


    SUMA NYA GORENG MAMAK PANDAI
    RETORIK BODOH UTK DENDANG DI BUAI
    JANGAN UNDI SUMA TAK BOLE PAKAI
    PILIH CALON BUKAN PARTI BHAII


    KAH KAH KAH....

    KIKIKIKI...

    ReplyDelete
  3. Rupanya anuwar seorang yg merbahaya. Aqalnya merbahaya. Politiknya merbahaya. Herannya macam mana ada yg menyokongnya.

    Patutlah ada yg cabut keluar dari pkr. Patutlah komunis dapig mahu anuwar jadi pm. Komunis dapig terkenal dengan kejahatannya. Terkenal dengan breaking treaty bersama pas. Maka yg cocok dengan komunis dapig ialah ahli politiksen yg jahat seperti anuwar.

    ReplyDelete
  4. https://vt.tiktok.com/ZSRGGSu4q/

    BANGANG BETUL PROFESSOR NI. BOLEH DIA KAITKAN MCA DENGAN KOMUNIS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling bangang ialah parti kafir harbi dan barua liberalnya yang menyokong dan memuja pengganas komunis PKM.

      Delete
  5. PAS Cukup Tegar Anti DAP, Tapi ...
    Bhai/DeeDee semua...

    Satu yang lawak dengan PAS adalah PAS cukup tegar anti DAP walaupun dulu Abdul Hadi Awang la selaku Presiden PAS boleh duduk semeja dengan baiknya dengan DAP...

    DAP selalu jadi mangsa tuduhan dari PAS dengan isu-isu Anti Islam la.. Anti Raja la... Anti Sultan la... Anti Melayu la... malah sampai tuduhan mengatakan DAP itu adalah Komunis dan penyokong kuat LGBT...

    Hahaha

    Gua bukan aper... gua tau PAS dan UMNO memang memerlukan DAP untuk menjadi punching bag mereka agak PAS dan UMNO kekal relevan dalam dunia politik Malaysia.... PAS dan UMNO selalu memancing cerita kononnya DAP rasis.... walhal yang sebenarnya rasis adalah MCA dan MIC serta PAS dan UMNO itu sendiri...

    Hahaha...

    Apa pun... sepanjang gua hidup nih... tak pernah sekali pun Kerusi Parlimen atau DUN yang DAP pegang akan dilawan oleh PAS ... PAS tak pernah lawan one to one kerusi Parlimen dan DUN DAP ... hahaha... malah PAS tak berani nak letak calon DHPP sebagai lawan kepada kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi oleh DAP ...

    Sembang jer la... tapi tolo takdak.... Hahaha


    Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2022/10/pas-cukup-tegar-anti-dap-tapi.html#ixzz7ioglW7sC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barua roket sembang kencang babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak ! Sembang kari pong pang pong pang tetapi puak roket takut nak bertanding lawan PAS di Kelantan dan Terengganu.

      Delete
  6. BILA POK CIK HADI NAK LAWAN KAPIR DAP. ISLAM LAWAN KAFIR. SURE ISLAM MENANG. KATA BERANI SANGAT. ADA BERANI KA. BUKTIKAN LA. PENULIS BLOG NI PUN BOLEH GAK JADI CALON LAWAN KAFIR2 DAP. BUKTINYA. TULISAN BUKAN MAIN GANAS HEBAT. ISLAM TULEN. BUKTINYA LA WEIIIIIIIIIIIII

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barua roket sembang kari pong pang pong pang tetapi habuk pun tarak. Calon-calon roket takut bertanding lawan PAS di Kelantan dan Terengganu. Terkilat roket di darat sudah tahu kencingnya hancing.

      Delete
    2. Pokcik hadi dah keluar pun dari pee hancing. Apa maksudnya. Jangan jadi jahil macam auwar.

      Delete
  7. Umat Islam wajib bersatu padu menolak parti kafir harbi dan barua munafiqun liberal mereka dan puak kluster mahkamah kerana mereka tidak akan teragak-agak untuk menindas dan menzalimi kaum Melayu Islam dan agama Islam.

    Fakta sejarah seperti Bintang Tiga, keganasan PKM, rusuhan 1967, rusuhan 1969, penindasan parti PAP ke atas kaum Melayu Singapura, ICERD, Rome Statute dan Malaysian Malaysia dll adalah bukti yang sangat jelas bahawa kaum Melayu Islam tidak boleh menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada orang kafir rasis.

    Cukuplah 22 bulan rakyat
    dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi oleh parti kafir garbi dan barua munafiqun liberal. Jika 22 tahun, lu fikirlah sendiri.

    Hanya orang bodoh suka dikencing berulang kali.

    ReplyDelete