Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mencuba masakan daging lempap ketika hadir Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Felda Palong hari ini.
Pekebun kecil getah FELDA turut dapat Bantuan Musim Tengkujuh
JEMPOL: Kerajaan bersetuju pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah akan turut diperluas kepada pekebun kecil getah FELDA di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, dasar pemberian yang menetapkan syarat hanya pekebun kecil getah mempunyai tanah seluas di bawah lima ekar (2.02 hektar) sebelum ini akan diubah kepada 10 ekar (4.05 hektar) ke bawah.
Katanya, perubahan itu bagi menjamin pekebun kecil FELDA yang kebanyakan mengusahakan ladang seluas 10 ekar ke bawah akan turut menikmati bantuan itu.
Datuk Seri Ismail Yaakob ketika tiba di Dataran Seri Jempol bagi perasmian sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Sri Jempol, hari ini. - Foto BERNAMA"Dulu kita susah mahu bagi (pekebun kecil FELDA) sebab (syaratnya) lima ekar ke bawah, sedangkan di FELDA, kebanyakan mereka ada tanah 10 ekar (4.05 hektar) ke bawah.
"Jadi kita minta ubah dasar itu untuk membolehkan mereka dapat (BMT). Kita tahu harga getah turun dan mereka langsung tak boleh menoreh getah sebab musim hujan," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Program Kenduri Sekampung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Turut sama hadir, Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) serta masjid-masjid khususnya di bawah Parlimen Jempol.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan sedar cabaran dan kepayahan yang dihadapi pekebun kecil getah terutama pada setiap kali musim tengkujuh.
Datuk Seri Ismail Sabri meluangkan masa bersama penduduk Felda Palong yang hadir pada program Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) hari ini. - Foto BERNAMA"Menoreh musim hujan tapi susu getah bercampur air hujan. Saya tahu kesusahan dihadapi pekebun kecil termasuk mereka di FELDA.
"Jadi, apa yang pekebun kecil RISDA dapat iaitu sebanyak RM200 sebulan untuk empat bulan maka pekebun kecil getah di FELDA juga akan dapat, inilah kerajaan kita," katanya.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat semalam mengumumkan kadar bayaran BMT dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pekebun kecil getah FELDA turut dapat Bantuan Musim Tengkujuh, al-hamdulillah, nasib baik di bawah PM baru Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kalau masih di bawah PH 22 bulan ghuyub, bekas menteri tak cerdik itu, FELDA sawit pun nak ditukar kepada 'tanam buluh'.
Bengong!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
1 comment:
Hidup pas
Post a Comment