Thursday, October 06, 2022

Biduk berlalu kiambang bertaut. Siapa biduk?

 


PAS masih harap UMNO dan BERSATU kembali bertaut - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, masih berharap penyatuan semula UMNO dan BERSATU dapat dijayakan demi mempertahankan kepemimpinan Melayu Islam dan Bumiputera di negara ini.

Beliau berkata, perpaduan gabungan parti terbesar Melayu Islam itu perlu diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengambil kira kejayaan kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN).

"PAS sangat mengharapkan supaya perpaduan yang berjaya diusahakan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran PN bersama parti-parti dari Sabah dan Sarawak, bergabung bagi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam dan Bumiputera.

"Hasil gabungan ini telah berjaya menjatuhkan PH dan menubuhkan sebuah kerajaan campuran PN," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Abdul Hadi menegaskan, sepatutnya UMNO dan BERSATU saling bekerjasama atas paksi 'selamatkan negara dan rakyat bersama Islam' dan bukannya bertindak menyelamatkan diri dan kumpulan tertentu sahaja.

Beliau turut menegur 'permusuhan' di antara UMNO dan BERSATU ketika ini, dengan memetik ayat al-Quran mengenai kepentingan penyatuan demi agama.

"Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gagal dan hilang kekuatan kamu serta bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal: 46)

Tegasnya, PAS kekal dengan pendirian bagi mempertahankan konsep wasatiyah dan ingin melihat penyatuan berlaku membabitkan BERSATU dan UMNO.

"PAS tetap mempertahankan konsep wasatiyah dengan berada di tengah-tengah gelanggang pertembungan yang mahu merungkaikan kejayaan bersama menyelamatkan kerajaan PN, setelah bersama-sama berjaya khususnya dalam keadaan bencana COVID-19 dengan menyingkirkan kerajaan PH yang sebenarnya gagal disebabkan krisis dalamannya yang hangat diketahui umum," katanya.

Beliau turut berkata, gabungan Muafakat Nasional (MN) yang sebelum ini dipersetujui turut dianggotai BERSATU perlu diteruskan.

"Tiada sebab yang munasabah untuk merungkainya dan menasakhkan keputusan yang telah dimeteraikan kepada gabungan yang hanya terhad kepada UMNOdan PAS sahaja, setelah ada dalam kalangan UMNO menolak Bersatu atau kalangan Bersatu menolak UMNO.

"PAS membawa agenda perpaduan umat serta konsep wasatiyah, walaupun pernah bermusuhan yang paling tajam dengan BN yang terdapat dalamnya UMNO dan daripada situlah asalnya BERSATU," katanya.

Katanya, PAS akan terus teguh dengan penyelesaian politik berpandukan perintah Allah SWT sebagaimana termaktub di dalam al-Quran.

"PAS tetap memilih konsep ini (wasatiyah) berpandukan perintah Allah SWT dalam al-Quran walaupun berulang kali rebah dan bangun, malah lebih banyak masa mengalami kekalahan dalam pilihan raya daripada memperoleh kemenangan.

"Perkara ini berlaku kerana PAS percaya bahawa penyelesaian selain daripada Islam pasti akan gagal dan manusia tidak boleh ditipu selama-lamanya," katanya. (BH)

BERITA BERKAITAN

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biduk berlalu kiambang bertaut. Siapa biduk?

Adakah DAP dan barua-baruanya?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails