SANGGUP atau tidak bagi orang Melayu mengangkat martabat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan?
Saya banyak bertanya dan mendengar cerita mengenai kejamnya Komunis kepada bangsa Melayu.
Mendengarnya pun dah menggambarkan betapa mereka tidak layak diletakkan sebaris dengan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah Melayu.
Tanya sahaja kepada generasi awal bagaimana kejamnya Komunis kepada mereka satu masa dahulu.
Saya bantu senaraikan dapatan dari internet mengenai PH dan Komunis:
1. Dalam satu wawancara, aktivis Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan mengiktiraf Komunis dalam usaha memerdekakan negara dan memasukkan maklumat tersebut dalam buku teks. 29 Julai 2018.
https://images.app.goo.gl/a6eQobP5nCAnR4nu9
2. Penghasilan komik propaganda pro Komunis dan pro PH oleh bekas pemimpin parti DAP Hew Kuang Yau serta mengedarkan komik tersebut di sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Diterbitkan oleh muzium kebudayaan komik Asia dan dibiayai oleh Kerajaan Pulau Pinang.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-haramkan-komik-propaganda-komunis-220835
3. Abu Chin Peng (Setiausaha Parti Komunis Malaya meninggal 2013) dibawa pulang 16 September 2019 (Hari Malaysia) dari Thailand ke Malaysia.
4. Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Pulau Pinang – sekumpulan zombi berpakaian Komunis berarak ceria seolah-olah gambaran Komunis yang telah 61 tahun terkubur bangkit semula.
https://www.mynewshub.tv/2018/09/apa-motif-zombi-komunis-rai-hari-merdeka/
AIREROSHAIRI ROSLAN
Timbalan Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL Pahang
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang – HARAKAHDAILY 27/11/2022
2. Menteri PH pernah desak tukar Pegawai Kementerian
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Foto JAMAL KEMALA/HARAKAHDAILYPUTRAJAYA: Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan sikap pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang sejak awal pemerintahan bergaduh dengan penjawat awam.
Menurutnya, semasa 22 bulan beliau bersama PH, sebaik sahaja PH membentuk kerajaan, lapan daripada Menteri PH mendesak untuk menukar lapan ketua setiausaha dari kementerian masing-masing.
“Saya mahu katakan di sini, sebaik sahaja dibentuk kerajaan PH, lapan menteri PH mendesak supaya lapan ketua setiausaha ditukar dari kementerian masing-masing.
“Masuk dalam kabinet, ingin bergaduh dengan anggota perkhidmatan awam, menukar pegawai kerajaan termasuk lapan ketua setiusaha,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan pada Program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional di Kompleks Kejiranan Presint 16, di sini, pada Rabu.
Turut hadir, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.
Justeru kata Mohamed Azmin, rakyat Putrajaya yang kebanyakan terdiri daripada penjawat awam perlu menghukum PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini. – HARAKAHDAILY 27/10/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Komunis/PH masuk & hasut pegawai kementerian..
Sudah terbukti, tunggu apa lagi, tolak PH dan kuncu-kuncunya..
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
Atok kau datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu..Boboi jadi presiden gagasan itu maka bole pakai ke gagasan atok tu..!?
ReplyDeleteSatu gagasan baru Acah Acah Power Melayu Islamiah berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan.
Siapa yang undi Mahathir dan gagasan parti baru dia ini akan undi Singapura, anak cucu kroni taikun Cina proksi DAP@LeeKwanYew. Tergadai Pulau Batu Putih gadai pada anak Lee Kwan Yew akhirnya.
Malah anak anak Tun sendiri menolak perjuangan Islam dan Melayu dan parti parti Melayu. Anak nya aktif dalam gerakan LGBT, COMANGO dan Seksuality merdeka.
Link bawah ni haah..!
https://penerangandppns.blogspot.com/2011/01/edisi-bongkar-marina-mahathir-antara.html?m=1
Tiada satu pun teras kaum Cina seperti MCA, Gerakan DAP parti berasaskan kaum Cina Jho Loh mengutuk perbuatan Jho Low. Malah mereka menganggap Jho Low sebagai wira yang berjaya menjadikan pemimpin Melayu bertanyakan dan bercakaran sesama sendiri.
Jho Low lesap sambil tepok tangan melihat betapa mudah pemimpin Melayu diperbodohkan oleh kaum Cina DAP@LeeKwanYew.
Undi Mahathir dan gagasan bermakna Undi untuk kemenangan barua Melayu dalam DAP, Lee Kwan Yew dan Singapura. Kemenangan untuk anak cucu dan kroni seperti kes kroni anak Taikun Cina bernama Nevin Tan diatas tadi. Anak kroni bebas lepas anak marhaen ke tali gantung dan penjara.
Gerakan ini insyallah akan mempercepatkan Mukhriz@Boboi dilingkupkan dengan cepat dan akan melenyakan legasi ini dari politik Malaysia selama lamanya.
KHALAS
Aduhai. PM boneka rupanya dsai. Abg mat kata dsai next pm. Macam ni punya teruk sanggup abg mat pilih sebagai next pm.
ReplyDeleteBoneka hidup ni materialistik. Hanya kerana kerusi, sanggup gadai maruah diri. Jadi boneka. Sanggup dedah penerima rasuah. Tak sanggup dedah pemberi rasuah.
Pandai beri nasihat kepada pendengar ceramah. Tapi kata azmin, cermin muka dulu. Mesti kes teruk ni. Sembunyi tabiat. Tapi yang jelas tak boleh sembunyi, jadi boneka komunis dapig.
Kit siang kata dsai ialah next pm. Cepat jer tuan sabu sambut dsai is the next pm.
ReplyDeleteX boleh tuan sabu nak cakap lebih lebih. Sebab tuan sabu pun kolej drop out.
Kit siang pulak datang dari funan. Bawa fahaman komunis. Mula mula bela ayam. Kemudian bela babi.
Dsai pulak suka dengan pujian. X sedar dia sedang masuk perangkap komunis dapig. Jadi pengerusi pun terpaksa ikut majoriti.
Sebarang keputusan mesyuarat jadi beban pengerusi. Rakyat tidak tahu itu keputusan majoriti komunis dapig yg terpaksa pengerusi patuh. Implikasinya pengerusi juga.
Malaysia baru adalah agenda komunis dapig.
Malaysian malaysia adalah agenda komunis dapig.
Ini semua nak hapus keistimewaan bumiputera dalam perlembagaan.
Nak hapus Islam sebagai agama persekutuan.
Nak hapus institusi kesultanan.
Siapa bonekanya. DSAI.
Jauh sekali sikap Pas yang dulu dengan yang sekarang. Hari ini, sekiranya Pas muncul di dada-dada akhbar, maka yang biasanya terucap itu adalah pesan-pesan larangan dan pengharaman ke atas segala macam acara dan perbincangan! Cukup berbeza dengan bagaimana jaguh Presiden Pas yang dahulu(Ya, lebih dahulu dari HJ Hadi), iaitu Dr Burhanuddin al Helmy sendiri.
ReplyDeleteDalam mendepani fahaman Komunisme beliau tidak memilih jalan yang totalitarian dan keras seperti mana yang diterapkan oleh UMNO ketika itu. Sebaliknya, beliau memilih pendekatan yang demokratis dan terbuka, atau dengan sebutan beliau sendiri; 'menghendaki agar ideologi komunis itu ditentang dengan aman dan damai, demi kepentingan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaya sendiri.'
Kita sudah tentu boleh berbeza dan mengkritik konsepsi Dr Burhanuddin al Helmy tentang idea Komunisme, namun kita harus sanjung dan hormat keterbukaan beliau untuk membiarkan wacana tanding kiri dibuka dengan luas untuk tatapan dan penyertaan umum. Tiada perlu pengharaman, pemboikotan, yang iras budaya anak-anak kecil yang belum akil baligh.
Berikut adalah petikan daripda ucapan Dr Burhanuddin al Helmy pada tahun 1957, sempena kemerdekaan tanah Melayu:
'Komunisme adalah satu faham internasional. Peleburan pemberontakan itu di Malaya tak akan bererti bahawa faham itu akan hancur. Kerana faham itu bercorak internasional. Apa lagi faham itu timbul dan lahir dari kemelaratan dalam masyarakat. Kerana ia lahir dari masyarakat, dari kemelaratan masyarakat, maka ia harus dibasmi dengan pengetahuan kemasyarakatan pula, bukan dengan pengetahuan ketenteraan, bukan dengan kekerasan senjata.
Parti Islam SeMalaya (PAS) adalah bertentangan dengan aliran dan faham komunis. Islam dan komunisme tidak, dan tidak akan dapat disesuaikan. Tetapi ini tidak pula bererti bahawa PAS tidak mempunyai sikapnya sendiri terhadap masalah komunisme dan terhadap masalah pemberontakan Parti Komunis Malaya.
PAS menganggap bahawa komunis adalah satu penyakit dalam masyarakat, satu penyakit yang lahir dari kemelaratan dan kesengsaraan dalam masyarakat kita sendiri. PAS mempunyai keyakinan terhadap kekuatan ideologinya sendiri, terhadap kesucian dan kemuliaan keislamannya, untuk mengatasi sebarang ideologi yang lain PAS mempunyai keyakinan kepada kekuatan keimanan rakyatnya untuk menghadapi persaingan dan perlumbaan ideologi yang lain.
Kami berkeyakinan bahawa dalam persaingan dan perlumbaan yang aman damai antara ideologi- ideologi di dalam masyarakat kita, maka ideologi kitalah yang akan dapat menakluki ideologi-ideologi yang lain. Kerana itulah PAS menghendaki pemecahan dan penyelesaian yang aman damai kepada soal komunisme di tanahair kita, menghendaki agar ideologi komunis itu ditentang dengan aman dan damai, demi kepentingan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaya sendiri.'
BUKTI UMNO & MCA/BN ADALAH TALIBARUT KOMUNIS
ReplyDeleteCuba tanya Tg Adnan Tg Mansor bekas SUA UMNO. Dia telah mendedahkan dalam Sidang Akhbar bahawa adalah perkara biasa bagi UMNO & MCA menghantar Pewakilan Khas ke Kongres Komunis Sedunia di Beijing setiap tahun sejak Dulu lagi!
MELAYU KHIANAT TALIBARUT JEPUN & BRITISH
Semasa Jepun masuk Malaya, org-org Melayu yg Khianat telah menjadi Talibarut Jeneral Yamashima, malah mereka mengenakan uniform askar Jepun dan menyiksi serta memancung kepala marhean terutamanya masyarakat Cina. Entah berapa ramai anak gadis Melayu telah diperkosa oleh mereka. Setelah British datang menubuhkan UMNO Lama, MCA dan MIC, semua bekas Talibarut Jepun masuk UMNO dan semua ahli PKM diberi pengampunan dgn syarat menyertai MCA. Itulah Melayu Khianat jenis UMNO semasa zaman Jepun mereka menjadi Talibarut Jepun dan semasa British datang, mereka menjadi Talibarut British rakan Whiskey pegawai Inggeris.
BRITISH MERAMPAS PENTADBIRAN RAJA MELAYU - MENYERAHKANNYA KEPADA UMNO, MCA & MIC
Sebelum Kemerdekaan Raja-Raja Melayu mentadbir Negri masing-masing. British campur tangan dgn meletakkan Residen mereka dibeberapa negeri tanpa Raja. Setelah British merampas Kuasa pentadbiran Raja-Raja Melayu dan diberikan Kemerdekaan kepada Talibarut mereka UMNO, MCA dan MIC dibawah Perikatan Kapal Layar Penjajah tanpa diadakan Pilihanraya Umum terlebih dahulu. Pejuang-pejuang Kemerdekaan Tanahair seperti almarhum Prof Dr Burhanuddin al-Helmi (pemimpin Majlis Tertinggi Agama Islam yg mengepalai Perhimpunan Gunung Semanggol di Maahad Ehya as-Sharif Menentang British dan UMNO), Pejuang Nasionalis Ahmad Boestamam dan pendekar Mat Kilau serta lain-lain diberkas dan dipenjarakan oleh UMNO Talibarut Penjajah.
BN TALIBARUT KOMUNIS SEDUNIA
Setelah Parti Demokratik Kuomindang pimpinan Dr Sun Yatsen kalah (dlm perang saudara yg berlarutan selama 37 tahun di China) kpd Parti Komunis pimpinan Mao Tzetung (pada tahun 1948) pada tahun berikutnya, PKM di Malaya telah menyerah kalah dan semua ahli PKM diberi pengampunan dgn syarat menyertai Kapal Layar Penjajah (kini dikenali sebagai Barisan Nasional). Itulah asal-usul BN ditubuhkan oleh British dan disertai oleh bekas-bekas ahli PKM. Barisan Nasional (BN) adalah Komponen bekas ahli PKM yg ditubuhkan oleh British dan mereka sebahagian drp gagasan Komunis Seluruh Dunia. Buktinya BN telah menghantar Pewakilan Khas ke Kongres Komunis Sedunia di Beijing setiap kali ia diadakan. Kemungkinan pada bulan ini PAS bakal mengiringi UMNO dan MCA menghadiri Persidangan Komunis Antarabangsa buat kali pertama dlm hidup Wala'un. Walaupun PAS pernah dikhianati oleh UMNO setelah ditendang dari Kerajaan Perpaduang Asri-Razak tahun 70an namun Wala'un masih tak serik-serik lagi.
TUJUAN ASAL PENUBUHAN PAS MENENTANG UMNO
PAS ditubuhkan setelah Majlis Tertinggi Agama Islam (MATA) pimpinan Prof Dr Burhanuddin al-Helmi dan Hizbul Muslimin (HAMIM) telah diharamkan oleh UMNO atas arahan Boss mereka British. PAS ditubuhkan di Madrasah al-Masriyah, Bkt Mertajam, Pulau Pinang oleh almarhum Tokguru Ahmad Fuad al-Masri dan rakan-rakan semata-mata bagi menentang UMNO Talibarut Penjajah. Kini PAS telah jauh menyimpang dari tujuan asal penubuhannya apabila menangguk ditepian gantang diantara kaki UMNO Talibarut Komunis dan BERSATU Parti Katak Pengkhianat Mandat Rakyat Malaysia. Kedua-dua Parti UMNO Baru Mat Sakau dan BERSATU Pengkhianat Mandat Rakyat itu diasaskan oleh Madey kutty yg sekali lagi menubuhkan Parti ketiganya PEJUANG.
AYUH! SEGENAP BANGSA (Melayu, Cina, India, Siam, Serani, Kadazan, Iban, Dayak....) SELURUH Rakyat Bangsa Malaysia kita KUBURKAN UMNO, MCA, MIC, BERSATU, PEJUANG dan PAS pada PRU-15 kelak!