Tuesday, October 11, 2022

Dagang hidupan liar & seludup ular dalam seluar..



Tenggiling, antara hidupan liar yang diperdagangkan diangkut dari Afrika. - Foto AFP

1. AS sekat kumpulan Malaysia atas dakwaan pemerdagangan hidupan liar

WASHINGTON: Amerika Syarikat hari ini berkata, ia telah mengenakan sekatan terhadap kumpulan Malaysia, menuduhnya terbabit dalam 'pemerdagangan kejam hidupan liar yang terancam serta produk pemburuan haram'.

Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan berkata, ia telah mengenakan sekatan terhadap rakyat Malaysia Teo Boon Ching, Pertubuhan Jenayah Transnasional Pemerdagangan Hidupan Liar Teo Boon Ching dan syarikat Malaysia, Sunrise Greenland.

Teo Boon Ching pakar dalam pengangkutan tanduk badak, gading dan tenggiling dari Afrika.

Ia menggunakan laluan melalui Malaysia dan Laos untuk perkhidmatan kepada pelanggan di Vietnam dan China, kata kenyataan Jabatan Perbendaharaan. - REUTERS


2. Lelaki didakwa menyeludup ular sawa dalam seluarnya

Ular sawa Burma. - Foto AP

ALBANY: Seorang lelaki di New York City telah didakwa menyeludup tiga ekor ular sawa Burma dalam seluarnya di persimpangan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada.

Calvin Bautista, 36, dituduh membawa ular yang disembunyikan itu ke dalam bas yang melintasi utara New York pada 15 Julai 2018.

Pengimportan ular sawa Burma dikawal oleh perjanjian antarabangsa dan oleh peraturan persekutuan yang menyenaraikannya sebagai 'memudaratkan manusia'.

Bautista, dari Queens, telah dihadapkan ke mahkamah Selasa lalu di Albany atas pertuduhan penyeludupan persekutuan dan dibebaskan sementara menunggu perbicaraan, menurut siaran berita dari pejabat Peguam AS, Carla B Freedman.

Arahan untuk mendapatkan maklum balas dari peguam Bautista telah dikeluarkan.

Pendakwa raya memaklumkan, jika disabitkan kesalahan, Bautista berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda setinggi AS$250,000 (RM1.16 juta).

Hal berkaitan import ular sawa Burma dikawal ketat dalam perjanjian antarabangsa dan tersenarai dalam peraturan negara sebagai haiwan yang memudaratkan manusia.

Ular sawa Burma adalah salah satu spesies ular terbesar di dunia serta dianggap sebagai spesies haiwan terancam di Asia dan Florida. - AP


BERITA BERKAITAN


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails