Saturday, October 22, 2022

DAP-PH tipu & mungkir janji. JPM perkasa RUU 355

 


1. DAP-PH parti tipu rakyat dan mungkir janji

HUJAH mungkir manifesto sudah cukup untuk menghanyutkan dan menenggelamkan PH dalam arus PRU15 ini.  

Apa lagi yang diharapkan dengan parti yang telah menipu rakyat. Seseorang itu adalah tidak waras, kita memilih pemimpin yang kita sudah tahu bahawa mereka itu adalah penipu.  

Orang yang tidak waras pun tak sokong orang yang menipu. Adalah menjadi satu kehinaan bagi kita yang waras untuk menyokong DAP dan PH yang penipu.  Tak malukah kita dengan anak-anak kita, jika mereka tanya, “Ibu, kenapa ibu sokong PH yang tipu rakyat?” 

Apa yang kita nak jawab, sedangkan kita ajar anak jangan menipu, kita marah anak kita jika mereka menipu. Tapi bila mengundi kita sokong parti penipu. Nampaknya kita hanya mampu tersengeh-sengeh dan memperlihat betapa hinanya akal kita di depan anak-anak.  

Lantaran itu, kita tidak tahu kategori mana yang boleh diletakkan kepada mereka yang sokong PH. Orang tidak waras pun tak sokong penipu, anak kecil pun tertanya-tanya kenapa sokong penipu.  

Marilah kita ajar PH sebagaimana ajar anak-anak kita untuk tidak menipu. Anak-anak, kita ajar dengan cara tegur dan didik mereka.  

PH pula cara yang betul adalah dengan kita tidak mengundi mereka. Biar mereka sedar, akan rakyat Malaysia tidak sesekali berkompromi dengan parti penipu.  

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 20/10/2022


2. Pemerkasaan perundangan Islam: Usaha berterusan JPM HEA 

PERJUANGAN untuk memperkasa kedudukan perundangan serta institusi kehakiman syariah adalah antara keutamaan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

Ia adalah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha yang bersungguh-sungguh telah digerakkan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan.

Sebagaimana yang kita semua maklum, institusi Mahkamah Syariah merupakan salah satu daripada dua sistem keadilan yang ada di negara kita. Walaupun ia terletak di bawah kuasa negeri-negeri namun, Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil berat dan bergandingan bersama pihak berkuasa agama Islam di negeri- negeri terhadap keperluan Mahkamah-mahkamah Syariah. 

Penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai agensi penyelaras peringkat Persekutuan adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap perkembangan mahkamah dan sistem kehakiman syariah di negara ini.

Selari dengan perkembangan institusi Mahkamah Syariah, hal ehwal berkaitan pendakwaan Syariah, penguatkuasaan Syariah dan guaman syarie hendaklah bergerak seiringan. Pemerkasaan Mahkamah Syariah tidak boleh terpisah sama sekali dengan pendakwaan, penguatkuasaan dan guaman syarie kerana tiga komponen institusi ini amat berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain.

Dalam tempoh setahun mengetuai Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ada 3 perkara penting yang telah diusahakan:

1. Penubuhan semula Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Othman Mustapha, mantan Ketua Pengarah JAKIM dan dianggotai oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada golongan ilmuan dan pentadbir. Jawatankuasa ini sedang melihat secara spesifik, perkara-perkara penting yang perlu ditambah baik dalam pentadbiran Mahkamah Syariah secara holistik. 

Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah ini dianggotai oleh tokoh-tokoh dalam negara yang pakar dalam pelbagai bidang di bawah JKMMS iaitu :

i. Pengharmonian antara Undang-undang Sivil dan Undang-undang Syariah;

ii. Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355];

iii. Pengurusan dan Penstrukturan Mahkamah Syariah;

iv. Latihan Hakim dan Pegawai Syariah;

v. Pendidikan Undang-undang Syariah; dan

vi. Hal-ehwal berkaitan Peguam Syari’e.

2. Penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Wilayah Persekutuan). Usaha untuk mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie telah bermula sejak tahun 1984 lagi. Pada tahun 1995, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil telah meneruskan usaha penggubalan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) sehingga selesai. Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Wilayah-wilayah Persekutuan) [Akta 814] telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019 dan seterusnya telah mula berkuat kuasa pada 21 Jun 2022 yang lalu.

3. RUU 355 Perkara ketiga, berkaitan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) RUU355. Memorandum Jemaah Menteri Mengenai Cadangan Dasar Penggubalan RUU 355 telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2022 dan Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355. Draf RUU355 juga telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Tentunya usaha ini dilaksanakan bersungguh-sungguh mengikut lunas dan tertib yang sepatutnya. Ini adalah komitmen kita sejak dahulu lagi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Selain itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengambil usaha memperkasa RUU Mufti dan RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan). Memorandum Jemaah Menteri Dasar Penggubalan RUU Mufti dan RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 September 2022 dan telah dipersetujui secara prinsip dalam mesyuarat tersebut.

RUU Mufti dan RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) telah dikemukakan kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 19 September 2022 untuk semakan dan kelulusan.

Tentunya penerusan kepada usaha-usaha yang digerakkan ini adalah amat penting untuk memperkasa institusi kehakiman dan perundangan syariah. Ia perlu dilaksanakan mengikut lunas dan tertibnya. Melalui kerjasama strategik Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak berkuasa agama Islam negeri serta lain-lain pihak-pihak berautoriti, hasrat untuk memperkasa kedudukan institusi kehakiman dan perundangan syariah akan menjadi kenyataan. – HARAKAHDAILY 20/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimDAP-PH tipu & mungkir janji. JPM perkasa RUU 355.

PRU 15 ini, pilihlah antara DAP-PH parti tipu rakyat dan mungkir janji, dengan parti yang memperjuangkan Islam di negara ini..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Unnamed said...

JAHANAM MALAYSIA
1. Kita telah lalui 4 Kerajaan dalam masa kurang 5 tahun: BN, PH, PN dan PN+/BN+ (nama belum ditentukan).
2. Propaganda politik yang kuat dicanang sekarang adalah negara jahanam dalam 22 bulan PH memerintah. Katanya ekonomi merudum, pelabur lari dan rakyat sengsara.
3. Jangan kita senang lenang termakan propaganda. Oleh itu, mari kita semak fakta dan data yang ada:
Dalam 22 bulan PH memerintah dari bulan May 2018- Feb 2020, ini merupakan indikator ekonomi negara:
✅ KDNK negara NAIK pada tahun 2019 pada kadar USD365b berbanding tahun 2017 bila BN memerintah iaitu pada USD319b.
✅ KDNK PER KAPITA juga turut MENINGKAT dengan signifikan pada tahun 2019 berbanding 2018 dan 2017. Tahun 2019: RM11,414 berbanding tahun 2017: RM10,259 per kapita.
✅ RIZAB TUNAI NEGARA turut BERTAMBAH iaitu pada RM104b (2019) berbanding RM102b (2017). Ini bermakna simpanan wang tunai negara oleh BNM lebih baik di bawah PH.
✅ NILAI EKSPORT NEGARA juga MENINGKAT dua tahun berturut-turut berbanding tahun 2017. Nilai eksport negara pada tahun 2018 ialah USD 246b dan tahun 2019: USD238b, berbanding 2017: USD223b.
Ini bermakna barang buatan Malaysia dieksport lebih banyak di bawah PH.
✅ KADAR PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) y.o.y pada tahun 2018 ke 2019 juga MENINGKAT. Berbanding kadar FDI y.o.y 2016 ke 2017 (BN) yang menurun dengan banyak semasa tahun2 terakhir BN memerintah.
✅ KADAR INDEKS PENGGUNA (CPI) juga BERTAMBAH BAIK pada nilai 0.66 (2019) berbanding 3.39 (2017). Ini menunjukan harga barang stabil dan kuasa beli rakyat bertambah dengan signifikan ketika PH memerintah negara.
4. Ini merupakan fakta dan data yang saya ambil dari laporan World Bank dan bukan dari blog cap ayam. Bagi yang rajin boleh semak sendiri dan sahkan atau betulkan data yang diberi.
5. Data dan fakta tidak menipu tuan puan. 6 indikator di atas jelas menunjukkan ekonomi negara berada atas landasan yang betul ketika PH memerintah negara. Rakyat terjaga dan pelabur asing makin meyakini pentadbiran negara pada ketika itu.
6. Ini juga boleh dilihat dengan pelbagai pengiktirafan dalam indeks antarabangsa:
⬆️ Indeks Persepsi Rasuah, kedudukan negara adalah yang terbaik dalam masa 10 tahun iaitu pada tangga ke-51 pada tahun 2019, berbanding tangga ke-67 (2017) dan tangga ke-57 (2020).
⬆️ Ease of Doing Business tangga ke-12 (2019) berbanding tangga ke-24 (2017).
⬆️ Indeks Kebebasan Media tangga ke-123 (2019) berbanding tangga ke-144 (2017).
⬆️ Indeks Kedamaian Antarabangsa tangga ke-25 (2019) daripada tangga 35 (2017).
⬆️ Indeks Kesejahtera Antarabangsa: tangga ke- 41 (2019) berbanding tangga ke-42 (2017)
7. Kecuali Competitive Index yang turun pada tahun 2019, indeks2 antarabangsa yang lain meningkat dengan baik sepanjang 22 bulan di bawah PH.
8. Jadi saya tak paham mana datang negara jahanam ketika PH memerintah?
9. Kalau betul nak tahu jahanam ke tak negara, cuba tanyakan Kerajaan sebelumnya.
❌ Kenapa 1MDB yang dikata fitnah, namun negara masih menanggung hutangnya sebanyak RM32b? Kenapa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% ketika tahun 2018? Kenapa ekuiti rakyat tempatan menurun dengan banyak pada tahun 2015 berbanding tahun 1990-an? Yang meningkat ekuiti asing pula.
❌ Kenapa eksport barang buatan negara dan FDI makin menurun pada tahun2 terakhir BN memerintah 2014-2017? Yang lebih menyedihkan, kenapa sejak tahun 2015, Thailand dan Vietnam meninggalkan kita dalam banyak perkara? Dan Indonesia sekarang bila2 masa boleh potong kita.
❌ Yang paling afdal untuk ditanya, kenapa ketika BN memerintah Malaysia, dunia menggelarkan kita Kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia?
13. Kalau semua ini tak menjahanamkan negara, saya tak tahu apa pula. Nampak sangat propaganda dibuat untuk menutup dosa mereka kepada negara.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,

Unnamed said...

PENGKHIANAT
1. Dalam politik, mantranya there is no permanent friend, and there is no permanent enemy. Politics is fluid. Itu kata orang politik.
2. Dulu kita saksikan betapa berpatah arangnya UMNO dan PAS. Habis dikafirkan. Tragedi Memali, sampai bermatian. Sekarang pula boleh duduk satu Kerajaan.
3. Tun M dan DAP pun sama. Dulu musuh utama, PRU14 boleh bersatu semula. Sekarang, lain pula cerita.
4. 65 tahun Malaysia merdeka, Malaysia mengorak langkah ke politik matang. Bila demokrasi dirai, jatuh2an dalam dunia politik, itu perkara normal.
5. Dalam demokrasi yang lebih lama, seperti Britain contohnya. Jatuhkan PM berapa kali, orang dah tak bunyi. Baru2 ini, PMnya Boris Johnson jatuh hasil tindakan parti sendiri.
6. Di Jepun, 3 Perdana Menteri dalam sepenggal. Blok parti Kerajaan dan Pembangkang bergandingan. Jatuhkan lawan dan sesama kawan.
7. Cuma di Malaysia, ini pertama kali terjadi. Maka kita pun terkejut sekali. Sampai cakap pasal politik pun dah lali.
8. Semalam, PKR nyatakan pendirian lagi sekali. Akhbar salah petik kenyataan Presiden mereka. Tidak ada kerjasama dengan PN dan GTA setakat ini.
9. Namun, tak pernah keluar kenyataan PH untuk berpatah arang dengan BN. Sudah ada bunyi di kalangan pemerhati politik, PH dan BN akan berbandingan tubuh Kerajaan.
10. DAP pun pernah keluar kenyataan, gabungan DAP dan UMNO itu perkara munasabah. UMNO pun tidak balas menghentam. Hanya diam.
11. Come PRU15 ini, statistik dan jangkaan penganalisa politik, tiada suatu blok pun akan akan menang majoriti. Sama ada PH, BN atau PN. Mereka perlu buat gabungan dan pakatan untuk tubuh Kerajaan.
12. Dalam hal ini, semua blok kena pilih the lesser evil. Mungkin pada PH, BN is a lesser evil than PN sebab PN pernah khianat.
13. Saya dari mula, adalah pro Kerajaan Campuran. Kalau PH nak bergabung dengan BN nak tubuh Kerajaan, dan mereka bagi line up Menteri yang baik saya sokong. Mana baik untuk negara kita dokong.
14. Cuma satu, apa termanya? Kalau Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri tetapi dengan syarat Kluster Mahkamah dapat lepas diri, adakah Rafizi akan berdiam diri?
15. Kalau brokernya Zahid Hamidi, adakah PH masih lagi terima, semata2 kerana nak berkuasa kembali?
16. Pada saya, kita harus belajar. Father of all pengkhianat is Kluster Mahkamah. Kita dah nampak 3 kali. Mereka sekongkol khianat mandat rakyat, khianat rakan kolisi dan khianat PM sendiri.
17. Jatuhnya Kerajaan Malaysia Baru, Kerajaan Melayu Islam dan Kerajaan Keluarga Malaysia kerana hidden hands mereka2 ini. Takkan la kita tak nampak lagi?
18. Pada saya, kalau PH bergabung dengan BN melalui Zahid Hamidi, tak gunalah PRU. Nescaya Kerajaan lepas ni juga takkan stabil. Lainlah, kalau PH tak kisah mereka terlepas lari.
19. Kalau gandingannya dengan Ismail Sabri, Tok Mat, KJ dan Johari Ghani, saya rasa kita boleh diterima lagi. Tapi kuatkah mereka melawan Zahid Hamidi?
Salam hormat,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails