HUJAH mungkir manifesto sudah cukup untuk menghanyutkan dan menenggelamkan PH dalam arus PRU15 ini.
Apa lagi yang diharapkan dengan parti yang telah menipu rakyat. Seseorang itu adalah tidak waras, kita memilih pemimpin yang kita sudah tahu bahawa mereka itu adalah penipu.
Orang yang tidak waras pun tak sokong orang yang menipu. Adalah menjadi satu kehinaan bagi kita yang waras untuk menyokong DAP dan PH yang penipu. Tak malukah kita dengan anak-anak kita, jika mereka tanya, “Ibu, kenapa ibu sokong PH yang tipu rakyat?”
Apa yang kita nak jawab, sedangkan kita ajar anak jangan menipu, kita marah anak kita jika mereka menipu. Tapi bila mengundi kita sokong parti penipu. Nampaknya kita hanya mampu tersengeh-sengeh dan memperlihat betapa hinanya akal kita di depan anak-anak.
Lantaran itu, kita tidak tahu kategori mana yang boleh diletakkan kepada mereka yang sokong PH. Orang tidak waras pun tak sokong penipu, anak kecil pun tertanya-tanya kenapa sokong penipu.
Marilah kita ajar PH sebagaimana ajar anak-anak kita untuk tidak menipu. Anak-anak, kita ajar dengan cara tegur dan didik mereka.
PH pula cara yang betul adalah dengan kita tidak mengundi mereka. Biar mereka sedar, akan rakyat Malaysia tidak sesekali berkompromi dengan parti penipu.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 20/10/2022
2. Pemerkasaan perundangan Islam: Usaha berterusan JPM HEA
2 comments:
JAHANAM MALAYSIA
1. Kita telah lalui 4 Kerajaan dalam masa kurang 5 tahun: BN, PH, PN dan PN+/BN+ (nama belum ditentukan).
2. Propaganda politik yang kuat dicanang sekarang adalah negara jahanam dalam 22 bulan PH memerintah. Katanya ekonomi merudum, pelabur lari dan rakyat sengsara.
3. Jangan kita senang lenang termakan propaganda. Oleh itu, mari kita semak fakta dan data yang ada:
Dalam 22 bulan PH memerintah dari bulan May 2018- Feb 2020, ini merupakan indikator ekonomi negara:
✅ KDNK negara NAIK pada tahun 2019 pada kadar USD365b berbanding tahun 2017 bila BN memerintah iaitu pada USD319b.
✅ KDNK PER KAPITA juga turut MENINGKAT dengan signifikan pada tahun 2019 berbanding 2018 dan 2017. Tahun 2019: RM11,414 berbanding tahun 2017: RM10,259 per kapita.
✅ RIZAB TUNAI NEGARA turut BERTAMBAH iaitu pada RM104b (2019) berbanding RM102b (2017). Ini bermakna simpanan wang tunai negara oleh BNM lebih baik di bawah PH.
✅ NILAI EKSPORT NEGARA juga MENINGKAT dua tahun berturut-turut berbanding tahun 2017. Nilai eksport negara pada tahun 2018 ialah USD 246b dan tahun 2019: USD238b, berbanding 2017: USD223b.
Ini bermakna barang buatan Malaysia dieksport lebih banyak di bawah PH.
✅ KADAR PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) y.o.y pada tahun 2018 ke 2019 juga MENINGKAT. Berbanding kadar FDI y.o.y 2016 ke 2017 (BN) yang menurun dengan banyak semasa tahun2 terakhir BN memerintah.
✅ KADAR INDEKS PENGGUNA (CPI) juga BERTAMBAH BAIK pada nilai 0.66 (2019) berbanding 3.39 (2017). Ini menunjukan harga barang stabil dan kuasa beli rakyat bertambah dengan signifikan ketika PH memerintah negara.
4. Ini merupakan fakta dan data yang saya ambil dari laporan World Bank dan bukan dari blog cap ayam. Bagi yang rajin boleh semak sendiri dan sahkan atau betulkan data yang diberi.
5. Data dan fakta tidak menipu tuan puan. 6 indikator di atas jelas menunjukkan ekonomi negara berada atas landasan yang betul ketika PH memerintah negara. Rakyat terjaga dan pelabur asing makin meyakini pentadbiran negara pada ketika itu.
6. Ini juga boleh dilihat dengan pelbagai pengiktirafan dalam indeks antarabangsa:
⬆️ Indeks Persepsi Rasuah, kedudukan negara adalah yang terbaik dalam masa 10 tahun iaitu pada tangga ke-51 pada tahun 2019, berbanding tangga ke-67 (2017) dan tangga ke-57 (2020).
⬆️ Ease of Doing Business tangga ke-12 (2019) berbanding tangga ke-24 (2017).
⬆️ Indeks Kebebasan Media tangga ke-123 (2019) berbanding tangga ke-144 (2017).
⬆️ Indeks Kedamaian Antarabangsa tangga ke-25 (2019) daripada tangga 35 (2017).
⬆️ Indeks Kesejahtera Antarabangsa: tangga ke- 41 (2019) berbanding tangga ke-42 (2017)
7. Kecuali Competitive Index yang turun pada tahun 2019, indeks2 antarabangsa yang lain meningkat dengan baik sepanjang 22 bulan di bawah PH.
8. Jadi saya tak paham mana datang negara jahanam ketika PH memerintah?
9. Kalau betul nak tahu jahanam ke tak negara, cuba tanyakan Kerajaan sebelumnya.
❌ Kenapa 1MDB yang dikata fitnah, namun negara masih menanggung hutangnya sebanyak RM32b? Kenapa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% ketika tahun 2018? Kenapa ekuiti rakyat tempatan menurun dengan banyak pada tahun 2015 berbanding tahun 1990-an? Yang meningkat ekuiti asing pula.
❌ Kenapa eksport barang buatan negara dan FDI makin menurun pada tahun2 terakhir BN memerintah 2014-2017? Yang lebih menyedihkan, kenapa sejak tahun 2015, Thailand dan Vietnam meninggalkan kita dalam banyak perkara? Dan Indonesia sekarang bila2 masa boleh potong kita.
❌ Yang paling afdal untuk ditanya, kenapa ketika BN memerintah Malaysia, dunia menggelarkan kita Kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia?
13. Kalau semua ini tak menjahanamkan negara, saya tak tahu apa pula. Nampak sangat propaganda dibuat untuk menutup dosa mereka kepada negara.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
PENGKHIANAT
1. Dalam politik, mantranya there is no permanent friend, and there is no permanent enemy. Politics is fluid. Itu kata orang politik.
2. Dulu kita saksikan betapa berpatah arangnya UMNO dan PAS. Habis dikafirkan. Tragedi Memali, sampai bermatian. Sekarang pula boleh duduk satu Kerajaan.
3. Tun M dan DAP pun sama. Dulu musuh utama, PRU14 boleh bersatu semula. Sekarang, lain pula cerita.
4. 65 tahun Malaysia merdeka, Malaysia mengorak langkah ke politik matang. Bila demokrasi dirai, jatuh2an dalam dunia politik, itu perkara normal.
5. Dalam demokrasi yang lebih lama, seperti Britain contohnya. Jatuhkan PM berapa kali, orang dah tak bunyi. Baru2 ini, PMnya Boris Johnson jatuh hasil tindakan parti sendiri.
6. Di Jepun, 3 Perdana Menteri dalam sepenggal. Blok parti Kerajaan dan Pembangkang bergandingan. Jatuhkan lawan dan sesama kawan.
7. Cuma di Malaysia, ini pertama kali terjadi. Maka kita pun terkejut sekali. Sampai cakap pasal politik pun dah lali.
8. Semalam, PKR nyatakan pendirian lagi sekali. Akhbar salah petik kenyataan Presiden mereka. Tidak ada kerjasama dengan PN dan GTA setakat ini.
9. Namun, tak pernah keluar kenyataan PH untuk berpatah arang dengan BN. Sudah ada bunyi di kalangan pemerhati politik, PH dan BN akan berbandingan tubuh Kerajaan.
10. DAP pun pernah keluar kenyataan, gabungan DAP dan UMNO itu perkara munasabah. UMNO pun tidak balas menghentam. Hanya diam.
11. Come PRU15 ini, statistik dan jangkaan penganalisa politik, tiada suatu blok pun akan akan menang majoriti. Sama ada PH, BN atau PN. Mereka perlu buat gabungan dan pakatan untuk tubuh Kerajaan.
12. Dalam hal ini, semua blok kena pilih the lesser evil. Mungkin pada PH, BN is a lesser evil than PN sebab PN pernah khianat.
13. Saya dari mula, adalah pro Kerajaan Campuran. Kalau PH nak bergabung dengan BN nak tubuh Kerajaan, dan mereka bagi line up Menteri yang baik saya sokong. Mana baik untuk negara kita dokong.
14. Cuma satu, apa termanya? Kalau Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri tetapi dengan syarat Kluster Mahkamah dapat lepas diri, adakah Rafizi akan berdiam diri?
15. Kalau brokernya Zahid Hamidi, adakah PH masih lagi terima, semata2 kerana nak berkuasa kembali?
16. Pada saya, kita harus belajar. Father of all pengkhianat is Kluster Mahkamah. Kita dah nampak 3 kali. Mereka sekongkol khianat mandat rakyat, khianat rakan kolisi dan khianat PM sendiri.
17. Jatuhnya Kerajaan Malaysia Baru, Kerajaan Melayu Islam dan Kerajaan Keluarga Malaysia kerana hidden hands mereka2 ini. Takkan la kita tak nampak lagi?
18. Pada saya, kalau PH bergabung dengan BN melalui Zahid Hamidi, tak gunalah PRU. Nescaya Kerajaan lepas ni juga takkan stabil. Lainlah, kalau PH tak kisah mereka terlepas lari.
19. Kalau gandingannya dengan Ismail Sabri, Tok Mat, KJ dan Johari Ghani, saya rasa kita boleh diterima lagi. Tapi kuatkah mereka melawan Zahid Hamidi?
Salam hormat,
Post a Comment