Loke berkata, tidak akan berlaku pertembungan kerana pucuk pimpinan Pakatan Harapan telah membuat keputusan menyerahkan kerusi Changkat Jong kepada DAP. - Gambar fail
1. PRU15: DAP, Amanah bertelagah kerusi DUN Changkat Jong?
IPOH: DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dikatakan bertelagah mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong di Teluk Intan apabila kedua-dua parti itu mengumumkan calon masing-masing di kerusi sama untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Terdahulu semalam, Amanah mengumumkan Dr Muhaimin Sulam sebagai calonnya di DUN itu manakala malam tadi, DAP mengumumkan Badrul Hisham Badarudin sebagai calon di kerusi yang sama.
Setiausaha Agong DAP Anthony Loke Siew Fook bagaimanapun berkata, tidak akan berlaku pertembungan kerana pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah membuat keputusan menyerahkan kerusi itu kepada DAP.
"Tidak ada soal bertembung, itu keputusan yang telahpun dicapai secara konsensus di peringkat kepimpinan tertinggi Majlis Presiden, Top 3.
"Saya bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Mohamad Sabu dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution, kita telah mengadakan meeting Top 3, sebelum Konvensyen di Ipoh pada minggu lepas. Persetujuan telah dicapai pada ketika itu," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis pengumuman calon DAP bagi Perak di Ipoh pada Jumaat malam.
Tegasnya, beliau tidak akan mengumumkan sesuatu yang belum ada keputusan.
Sementara itu, Ketua Amanah Kawasan Teluk Intan, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir dalam reaksinya menegaskan penetapan semua kerusi yang ditandingi Amanah adalah seperti yang diumumkan Pengerusi Amanah Perak merangkap Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi pada sebelah pagi.
Menurutnya, Amanah Teluk Intan tidak menerima sebarang perubahan melibatkan DUN Changkat Jong daripada Jawatankuasa Amanah negeri mahupun kepimpinan di peringkat nasional.
Katanya, ia berikutan DUN Pasir Bedamar telahpun ditandingi oleh DAP, di samping kerusi Parlimen Teluk Intan.
2. RU15: Muhyiddin sedia sahut cabaran debat antara calon PM Muhyiddin berkata, isu melibatkan ekonomi dan pendidikan antara perkara yang boleh dibincangkan dalam debat berkenaan. - Gambar fail
PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan mana-mana calon Perdana Menteri parti lain sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cabaran Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar semua calon Perdana Menteri berdebat sebelum pilihan raya berkenaan berlangsung.
Tambah Muhyiddin, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdepan dengan cabaran berkenaan sekiranya tidak melibatkan sebarang perkara negatif.
"Saya tiada masalah untuk debat atau dialog. Kalau penganjur jemput secara rasmi, (debat) itu sesuai, tidak timbul reaksi tidak elok dan dibuat secara adil, saya tiada masalah," katanya ketika sidang media selepas sesi ramah mesra bersama masyarakat Cina di Bukit Kepong di sini, pada Jumaat.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, isu melibatkan ekonomi dan pendidikan antara perkara yang boleh dibincangkan dalam debat berkenaan.
Tegasnya, tujuan mengadakan debat mestilah berlandaskan isu-isu yang mendatangkan manfaat untuk negara.
Selain daripada Anwar yang menjadi calon Perdana Menteri PH, dan Muhyiddin (Perikatan Nasional), antara calon Perdana Menteri yang lain termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Barisan Nasional).
Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera sebelum ini menolak cabaran tersebut, dan menyifatkannya tidak membawa sebarang manfaat.
Pada 19 Oktober lalu, semasa berucap di Temerloh, Pahang, Anwar yang juga Presiden PKR mengemukakan cadangan agar tiga calon Perdana Menteri yang bertanding dalam PRU15 itu ditemukan dalam acara debat.
Beliau ditemui selepas majlis pengumuman calon DAP bagi Perak di Ipoh pada Jumaat malam.
Tegasnya, beliau tidak akan mengumumkan sesuatu yang belum ada keputusan.
Sementara itu, Ketua Amanah Kawasan Teluk Intan, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir dalam reaksinya menegaskan penetapan semua kerusi yang ditandingi Amanah adalah seperti yang diumumkan Pengerusi Amanah Perak merangkap Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi pada sebelah pagi.
Menurutnya, Amanah Teluk Intan tidak menerima sebarang perubahan melibatkan DUN Changkat Jong daripada Jawatankuasa Amanah negeri mahupun kepimpinan di peringkat nasional.
Katanya, ia berikutan DUN Pasir Bedamar telahpun ditandingi oleh DAP, di samping kerusi Parlimen Teluk Intan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP v/s Amanah kerusi DUN Changkat Jong. Muhyiddin debat calon PM.
Gendang perang PRU 15 semakn rancak...
2 comments:
Ini akibat x ikut hukum Islam. Pan terpaksa ikut hukum komunis dapig.
Majoriti atau hampir semua ahli dewan negara, ahli parlimen, adun dan menteri DAP terdiri dari bukan Melayu dan bukan Islam.
Hampir semua calon Melayu dalam DAP kalah dalam pemilihan pemimpin peringkat negeri dan pusat.
Bukankan DAP mendakwa ia adalah parti pelbagai kaum bukan parti rasis tetapi fakta di atas menafikan dakwaan DAP ?
Post a Comment