Saturday, October 15, 2022

Dikehendaki Indonesia di berkas di KL, Kenapa X dengan Jho Low?

 

1. Dalang judi online sangat dikehendaki Indonesia diberkas di KL

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sangat dikehendaki Polis Indonesia kerana mendalangi aktiviti perjudian dalam talian (online) di negara berkenaan, berjaya diberkas di sini.

Suspek dikenali sebagai Apin BK ditahan pada Khamis lalu hasil kerjasama Polis Republik Indonesia (POLRI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata lelaki terbabit sangat dikehendaki POLRI kerana dipercayai mendalangi aktiviti perjudian online di Indonesia.

"Suspek dilaporkan menyerah diri kepada pihak berkuasa Indonesia yang mengesannya di Kuala Lumpur. Dia kemudian ditahan sebelum dibawa pulang ke Jakarta untuk siasatan lanjut, semalam," katanya kepada BH, hari ini.

Acryl Sani berkata, suspek juga dikehendaki atas kesalahan melakukan pengubahan wang haram di Indonesia.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, berkata suspek ditahan hasil kerjasama POLRI dan PDRM.

"Pada 9 Ogos lalu, Apin BK melarikan diri ke Singapura ketika Polis Sumatera Utara (POLDA SUMUT) menyerbu premis perjudian di Kompleks Cemara Asri, Deli, Serdang, Indonesia.

"Beberapa anggota kemudian ditugaskan di beberapa negara untuk menjejaki Apin BK yang melarikan diri ke Singapura sebelum memasuki Malaysia," katanya.

Listyo berkata, Apin BK kini ditempatkan di Pusat Tahanan, Badan Reserve Kriminal (BARESKRIM) di Jakarta untuk siasatan lanjut.


2. 'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali' Oktober 5, 2022 @ 6:23pm  

Bradley Hope (kiri) dan Tom Wright.

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak membuat sebarang permohonan kepada China bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari negara itu.

Perkara itu didedahkan penulis bersama buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World', Bradley Hope menerusi episod kelima program 'Di Mana Jho Low' yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube hari ini.

Memetik sumber dalam kerajaan China, katanya tiada pihak di Malaysia yang benar-benar meminta China untuk mengembalikan Jho Low, walaupun laporan sebelum ini dinyatakan sudah ada usaha mendapatkan ahli perniagaan itu.

Hope memaklumkan berdasarkan maklumat sumber dalaman kerajaan China, tiada sebarang permohonan dikemukakan pihak berkuasa sama ada polis, pejabat Peguam Negara, unit rasuah asing bagi mendapatkan ahli perniagaan dalam pelarian itu.

"Perkara paling menarik yang saya diberitahu sumber itu adalah dikatakan kepada saya ialah tiada siapa di Malaysia - sama ada polis, Jabatan Peguam Negara (AGC), unit rasuah asing - tiada siapa yang meminta China untuk Jho Low.

"Jadi, walaupun apa yang anda dengar secara terbuka, kononnya kami sedang mencari Jho Low, (namun) orang ini (sumber) menyatakan, tiada siapa di Malaysia yang mencari Jho Low.

"Penjelasan mereka adalah pada asasnya, terdapat terlalu ramai orang berkuasa di Malaysia yang berkaitan dengan Jho Low yang belum benar-benar diterokai sepenuhnya - wang yang mereka terima, kaitan hubungan mereka.

"Tiada sesiapa di Malaysia yang benar-benar mahukan Jho Low kembali. Apa yang dilakukannya satu 'ledakan' terlalu besar, semua yang dia lakukan dan tahu boleh menjejaskan di Malaysia," kata Hope dalam video berdurasi 12 setengah minit yang disiarkan di Youtube hari ini.

Wright dan Hope melancarkan saluran Youtube melalui Project Brazen pada 31 Ogos lalu, selepas melancarkan kempen untuk membongkar lebih lanjut mengenai Jho Low selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

Dalam siri pertama Youtube itu, kedua-dua penulis mendedahkan mendapat maklumat Jho Low berada di China dengan gambar ahli perniagaan itu dilihat berada di pusat perjudian di negara itu.

Wright berkata dengan pendedahan itu sudah pasti rakyat Malaysia "sangat marah" kerana tiada pihak yang menuntut atau membuat tindakan lanjut mengenainya.

Dalam video hari ini, Hope mendakwa sumbernya juga memberitahu Jho Low mempunyai "perjanjian jelas" dengan Beijing untuk diberikan kebebasan bergerak dan tiada campur tangan dari negara asing ketika beliau berada di China.

Wright dan Hope mendakwa Jho Low mendapat perlindungan daripada China kerana terbabit dalam projek inisiatif 'Belt and Road' di China ketika era pentadbiran Najib.

Kedua-duanya juga mendakwa bahawa Jho Low kini menetap di tanah besar China sejak Najib jatuh dari tampuk kuasa, malah keluarganya yang berasal dari Pulau Pinang kini berpangkalan di Hong Kong.

"Jadi semua aset mereka dan segalanya kini berada di Hong Kong dan mereka kini penduduk Hong Kong. Mereka menjalani kehidupan seperti biasa di Hong Kong," kata Hope.

Sebelum ini dilaporkan China berulang kali menafikan dakwaan bahawa mereka melindungi Jho Low.

Pada awal September, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengulangi komitmen pasukan keselamatan untuk terus mengesan ahli perniagaan dalam buruan itu dan membawanya ke muka pengadilan.

Beliau juga menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low menghubungi pihak polis.

Difahamkan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan daripada dana 1MDB oleh Jho Low dan beberapa pegawai peringkat tinggi yang menguruskan dana itu serta sekutu mereka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa itu setakat ini masih belum berhasil.

Jho Low berdepan saman AS$3.78 bilion atau RM16.82 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.

Dengan pihak berkuasa Malaysia terus mencarinya, dia dilaporkan menawarkan penyelesaian tetapi Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan perkara itu ditolak.

Laporan berita yang memetik sumber, mendakwa bahawa Jho Low menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya.

Sementara itu, dilaporkan seorang pegawai kanan polis mengesahkan nama Jho Low tiada dalam senarai Notis Merah Interpol kerana jenayahnya tidak dilihat sebagai mengancam nyawa atau keselamatan awam.

Menurut sumber polis, pihaknya sedang mencuba sedaya upaya untuk mengesan Jho Low dan membawanya ke muka pengadilan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikehendaki Indonesia di berkas di KL. Boleh pun.

Kenapa kepada Jho Low tak boleh? Benarkah tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali?

Sandiwara siapa?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

  1. Maki hamun orang Melayu bila berkuasa 22 bulan dalam PH tapi bila tak ada kuasa bukan nak cari Jho Low tapi Tun cari Melayu semula.

    Mamak goreng Melayu Makan. Sorry lah ini kali goreng mamak dah tak laku. Tekak kembang nak muntah.

    Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), turut menekankan perjuangannya bukan untuk parti, tetapi untuk nasib dan masa depan orang Melayu.

    “Kalau parti lari daripada dasar untuk memelihara orang Melayu, saya tidak sokong sebab itu saya keluar daripada UMNO kerana UMNO sudah menyeleweng,” tegas Dr Mahathir.

    Senarai kenapa patut ditolak kerajaan PH yang disokong oleh barua barua Melayu yang bersekongkol dengan PH

    22 bulan Pakatan Harapan Tun jual semua kepentingan Melayu sepenuh bila menang PRU14:

    1)Pecat 17 ribu kaki tangan kontrak.
    2)Hapuskan JASA,BTN,SPAD.
    3)Pindahkan asset TH 19b ke sykt bawah MOF.
    4)Wujudkan Petugas Khas Wan Ji dan gang utk kaji pendidikan Islam & yg bukan Islam boleh bagi pendapat.
    5)Jual asset LTAT
    6)76% asset ladang TH dijual dan dlm proses.
    7)Gugurkan semua dakwaan melibatkan orang mereka. LTTE, kes Terowong, Pembelian Rumah bawah harga pasaran
    8)Beri bantuan pada sekolah swasta dan kolej Cina yang berkiblat ke Taiwan dan guna sijil UEC.
    9)Potong peruntukan sekolah kebangsaan lebih dari RM500 juta.
    10)Jual asset ladang gula Felda.
    11)Jual asset strategik Khazanah.
    12)Batalkan peruntukan 2.5b untuk bina sekolah di Sabah dan Sarawak
    13)Mahu hapuskan elaun kritikal dan pencen Penjawat Awam.
    14)Program PLKN dibatalkan.
    15)Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan lebih RM200 juta.
    16)Ganti GST dgn SST yg penuh dengan ketirisan.
    17)Refund cukai pada pengelak cukai.
    18)Pecat 45k kakitangan pencuci dan sekuriti sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt.
    19)Program untuk kurangkan Penjawat Awam sebanyak 5%.
    20)Hapuskan unit STAGG,STING,STFOC PDRM.
    21)PH menjual 12 strategic assets worth -- RM25.6 billion, including IHH Berhad (RM8.42 billion),
    - Sapura Upstream (RM3.7 bililon),
    - Acibadem Sigort (RM1.25 billion),
    - Telco M1 (RM1.65 billion),
    - TNB shares (RM1.05 bililon),
    - Boustead Plantation (RM1.2 bililon),
    - Axiata Digital (RM0.579 bililon),
    - BDO Unibank (RM0.415 bililon),
    - CIMB (RM0.364 billion),
    - Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).
    22) Bailout kedai roti The Loft 10 juta dan dihadiahkan Bandar Malaysia pada tokey Cina bernilai RM20 bilion.
    23) Tun semasa jadi PM kerajaan PH beri percuma Pulau Batu Putih pada Singapura sedangkan ada bukti bersurat milik negara. Link bawah ni haah..

    https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/07/837174/pulau-batu-puteh-sudah-hilang-selama-lamanya?amp_gsa=1&amp_js_v=a6&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16290046534991&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2021%2F07%2F837174%2Fpulau-batu-puteh-sudah-hilang-selama-lamanya

    Semua ini melibatkan kepentingan Islam Melayu dan Bumiputera dijarah dan dicairkan sehabis mungkin.

    Jawatan Peguam Negara belum pernah dijawat oleh bukan Melayu , namun ia telah dapat kepada bukan Melayu melalui Tommy Thomas hasil tangan Mahathir.

    Jawatan Menteri kewangan yang selama ini hanya dijawat oleh orang Melayu telah dapat ketangan bukan Melayu

    Celah mana Tun tekan kan nasib orang Melayu. Maki hamun orang Melayu bila berkuasa bila tak ada kuasa bukan nak cari Jho Low tapi Tun cari Melayu semula.

    Tun adalah orang yang berkomplot melindungi dan membela Cina Jho Low, Zety Taufik Ayman, Nik Faisal dan CEO Astro, Semua pegawai2 Cina AmBank yang memalsukan tandatangan Najib.

    PRU 15 masa terbaik melingkup kan kartel mafia kerala

    ReplyDelete